Pusat Perhubungan Alumni UKM

Directions Website Contact the university

Pusat Perhubungan Alumni UKM Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia

KEJOHANAN GOLF AMAL TERBUKA UKM 2026 Panggilan mesra untuk semua golfers & peminat sukan golf! Pusat Perhubungan Alumni ...
26/09/2026

KEJOHANAN GOLF AMAL TERBUKA UKM 2026

Panggilan mesra untuk semua golfers & peminat sukan golf!

Pusat Perhubungan Alumni UKM membawakan Kejohanan Golf Amal Terbuka UKM 2026 yang dinanti-nantikan! Sama ada anda Alumni UKM, Warga UKM, atau orang awam — semua dijemput hadir meriahkan padang! 🔥

BILA & DI MANA?
🗓️ 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 7:00 pagi – 1:00 tengah hari
📍 Kelab Golf Danau, UKM

APA YANG MENANTI ANDA?
👕 Baju Eksklusif Kejohanan
⛳ Green Fee, Buggy & Makan Tengah Hari
🎁 Cabutan Bertuah Menarik

🚗 HADIAH HOLE IN ONE ISTIMEWA: Peluang bawa pulang sebuah kereta e.MAS 5!

Yuran penyertaan cuma RM400 / pemain. Tempat adalah TERHAD dan pendaftaran ditutup pada 25 September 2026!

Ayuh sahut cabaran, ajak geng golf anda, dan daftar sekarang!

👉 Klik link pendaftaran: https://forms.gle/Z93uynGgWZFLEc2e9

Jumpa anda di Kelab Golf Danau!






TAHNIAH ALUMNI Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Afrah Abdulazez Al-Zoub...
25/09/2026

TAHNIAH ALUMNI

Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Afrah Abdulazez Al-Zouba (Alumni Fakulti Perubatan 2007) atas pelantikan sebagai Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat (Menteri Hal Ehwal Luar) Yaman, berkuat kuasa 24 Julai 2026.

Kami berbangga dengan alumni UKM!





JEJAK ALUMNI UKM @ ARBA FOUNDATION23 September 2026Pusat Perhubungan Alumni UKM meneruskan siri program Jejak Alumni den...
23/09/2026

JEJAK ALUMNI UKM @ ARBA FOUNDATION
23 September 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM meneruskan siri program Jejak Alumni dengan menjejaki En. Azlan Shah Nabees Khan, alumni FPI tahun 2018. Beliau kini cemerlang berkhidmat dan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di ARBA Foundation.

Inisiatif ini bermatlamat untuk terus memperkukuh jaringan strategik dan silaturahim antara UKM dengan alumni di pelbagai sektor industri, di samping bertukar pandangan bagi pemerkasaan universiti dan pembangunan pelajar.

Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat bagi inisiatif seperti 1000 Kasih Alumni dan promosi Program Alumni Balik Kampus 2026 Edisi Khas, serta bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini universiti bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.





TAHNIAH ALUMNI Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Tan Sri Ayob Khan Mydi...
22/09/2026

TAHNIAH ALUMNI

Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (Alumni FEP 1990 & FTSM 2001) atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), berkuat kuasa 16 September 2026.

Kami berbangga dengan alumni UKM!





SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT ALUMNI UKM BULAN SEPTEMBER ! Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) mengucapkan Se...
21/09/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT ALUMNI UKM BULAN SEPTEMBER !

Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua alumni Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan ini.

Semoga pertambahan usia ini diiringi dengan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, dimurahkan rezeki, dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Teruslah melakar kejayaan dan mengharumkan nama alma mater! 🎓✨




SESI SLOT ALUMNI TERSOHOR BERSEMPENA MINGGU TEKAD SISWA SESI 2026/2027Sesi Slot Alumni Tersohor bersempena Minggu Tekad ...
20/09/2026

SESI SLOT ALUMNI TERSOHOR BERSEMPENA MINGGU TEKAD SISWA SESI 2026/2027

Sesi Slot Alumni Tersohor bersempena Minggu Tekad Siswa Sesi 2026/2027 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru sahaja selesai dilangsungkan dengan jayanya. Program yang mengambil tempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) ini telah membawakan perkongsian berharga daripada barisan alumni hebat yang berpengalaman luas dalam industri masing-masing.

Para pelajar baharu berpeluang mencedok ilmu dan inspirasi kerjaya daripada tiga figura cemerlang iaitu Cik Norshakirah Ahmad Rashidi (Alumni FST, 2019, 2021) dari PPG Coating (M) Sdn. Bhd., Cik Preti Kaur Gill (Alumni FSSK, 2024) yang merupakan Pengacara Didik TV dan Startrack di Star Media Group, dan Ts. Dr. Ismamuradi Abdul Kadir (Alumni GSB, 2017) dari Bank Muamalat Malaysia Berhad. Segala nasihat dan pengalaman yang dikongsikan pastinya membuka mata para penuntut untuk merancang perjalanan akademik serta hala tuju kerjaya mereka.

Pusat Perhubungan Alumni UKM merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan panel dan semua pelajar yang menyokong, termasuklah mahasiswa yang mengikuti siaran langsung dari Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Tun Syed Nasir. Terus sematkan nilai Iman, Ilmu, Amal dalam memacu kecemerlangan di menara gading!





Pusat Perhubungan Alumni UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua Pelajar Baharu Sesi 202...
19/09/2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua Pelajar Baharu Sesi 2026-2027 ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selamat melangkah ke alam universiti! Semoga perjalanan akademik anda di kampus tercinta ini dipenuhi dengan kecemerlangan, pengalaman yang berharga, dan kejayaan yang membanggakan. Terokailah potensi diri anda sepenuhnya, timba ilmu sebanyak mungkin, dan binalah jaringan persahabatan yang kukuh.





JEJAK ALUMNI UKM @ MAJLIS GETAH MALAYSIA (MRC)18 September 2026Pusat Perhubungan Alumni UKM meneruskan siri program Jeja...
18/09/2026

JEJAK ALUMNI UKM @ MAJLIS GETAH MALAYSIA (MRC)

18 September 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM meneruskan siri program Jejak Alumni dengan menjejaki En. Mohamad Hafezh Abd Rahman, alumni FTSM tahun 2001. Beliau kini cemerlang berkhidmat dan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Kelestarian dan Maklumat (CISO) di Majlis Getah Malaysia (MRC).

Inisiatif ini bermatlamat untuk terus memperkukuh jaringan strategik dan silaturahim antara UKM dengan alumni di pelbagai sektor industri, di samping bertukar pandangan bagi pemerkasaan universiti dan pembangunan pelajar.

Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat bagi inisiatif seperti 1000 Kasih Alumni dan promosi Program Alumni Balik Kampus 2026 Edisi Khas, serta bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini universiti bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.





BORAK ALUMNI BERSAMA YBHG. DATO’ SERI CM VIGNAESVARAN A/L JEYANDRANPusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malays...
17/09/2026

BORAK ALUMNI BERSAMA YBHG. DATO’ SERI CM VIGNAESVARAN A/L JEYANDRAN

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan sesi penggambaran podcast Borak Alumni bersama YBhg. Dato’ Seri CM Vignaesvaran a/l Jeyandran, Principal Consultant SMR HR Group (Alumni Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Fakulti Pengurusan Perniagaan 1997). Perkongsian inspirasi, pengalaman serta pencapaian cemerlang ini diharapkan dapat menjadi sumber motivasi kepada warga UKM dan seluruh komuniti alumni.

Nantikan siaran penuh podcast Borak Alumni yang akan ditayangkan tidak lama lagi di saluran YouTube rasmi Pusat Perhubungan Alumni UKM.





Selamat Hari Malaysia 2026Pusat Perhubungan Alumni UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh r...
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya buat semua warga alumni UKM di mana jua anda berada! 🇲🇾

Bersesuaian dengan aspirasi "Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati", marilah kita terus bersatu hati menghargai keharmonian dan kemakmuran negara. Sebagai graduan universiti watan, ayuh kita teruskan bakti berteraskan prinsip Iman, Ilmu, dan Amal demi membangunkan nusa dan bangsa.





Address

Kompleks Alumni UKM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perhubungan Alumni UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Perhubungan Alumni UKM:

Shortcuts

Share