Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Banting

Call Directions Website Contact the university

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Banting Welcome to the official FB page of MARA College Banting, Selangor. This page is managed by the stude

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan seluruh rak...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia. ❤️
Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya, mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat cinta akan tanah air.
📅 16 September 2026

Berbeza budaya, satu jiwa. Bersama membina Malaysia. 🇲🇾✨
Selamat Hari Malaysia buat seluruh warga KMB! ❤️

SALAM HARI MALAYSIA! 🇲🇾

14/09/2026

Satu penghormatan buat Presiden MPP KMB dapat hadir dalam program Bicara Inspirasi Menjadi Pemimpin Pelajar Proaktif di IBEST.

Lebih bermakna apabila dapat kembali bertukar pandangan, berkongsi pengalaman, dan berdiskusi bersama kepimpinan pelajar di sini, lebih-lebih lagi menjejakkan kaki semula ke sekolah di mana semuanya bermula.

Terima kasih MPM IBEST atas jemputan dan sambutan yang luar biasa! Semoga silaturahim dan perkongsian idea ini terus membakar semangat barisan Ketua & Timbalan Badan Kepimpinan untuk memacu perubahan yang lebih hebat.


Presiden MPP serah Resolusi Belia Desa 2035 kepada YB Timbalan Menteri Datuk Hajah Rubiah WangSuara belia desa kini di p...
04/09/2026

Presiden MPP serah Resolusi Belia Desa 2035 kepada YB Timbalan Menteri Datuk Hajah Rubiah Wang

Suara belia desa kini di peringkat penggubalan dasar!🙌🏻

Presiden MPP Kolej MARA Banting kita, Saudara Adam Danish, telah berkesempatan menyerahkan Resolusi Belia 2035 secara rasmi kepada YB Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Hajah Rubiah Wang Datuk Hajah Rubiah Haji Wang

Mewakili suara seluruh belia desa, inilah masanya idea, aspirasi, dan masa depan luar bandar dibawa terus ke meja kepimpinan tertinggi negara!

Korang setuju tak kalau anak muda diberi lebih
banyak peranan dalam pembangunan dasar
negara? Cuba drop pendapat korang kat bawah!


KKDW

Presiden MPP with YAB TPM Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi“Bila anak muda diberi ruang, inilah masanya kita buktikan su...
04/09/2026

Presiden MPP with YAB TPM Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

“Bila anak muda diberi ruang, inilah masanya kita buktikan suara belia desa didengar di peringkat tertinggi!“

Korang tahu tak, Presiden MPP Kolej MARA Banting kita, Saudara Adam Danish, baru sahaja bersama-sama YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Konvensyen
Belia Desa 2026! Mewakili suara seluruh belia desa, ini momen penting untuk kita terus melangkah ke depan.

Saudara Adam Danish berkata “Mewakili seluruh Belia Desa pada konvensyen kali ini, kami amat komited bagi memastikan pembangunan desa terjamin untuk menyediakan sebanyak mungkin peluang dan ruang generasi belia akan datang untuk terus berjaya”

Korang rasa apa lagi sumbangan anak muda yang kita patut ketengahkan lepas ni? Cuba komen sikit!



AnakMudaMADANI

31/08/2026

MERDEKA: SEMANGAT KITA, CERITA KITA

Semangat kemerdekaan bukan sekadar pada sambutan, tetapi pada kenangan, kebersamaan dan semangat yang kita cipta bersama. ❤️

Jom saksikan kompilasi video Mentor Mentee KMB sempena Bulan Kemerdekaan! 🎥🇲🇾

Daripada gelak tawa hingga momen penuh semangat patriotik, inilah sedikit warna-warni warga KMB dalam menyambut kemerdekaan. 🔥
Selamat menonton & MERDEKA! 🇲🇾❤️


🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Tanggal 31 Ogos menjadi simbol kebebasan, perpaduan dan semangat cinta akan tanah air...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Tanggal 31 Ogos menjadi simbol kebebasan, perpaduan dan semangat cinta akan tanah air yang terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. ❤️
Marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu serta menyemarakkan semangat patriotisme demi Malaysia yang lebih gemilang.

“Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka.” 🇲🇾✨
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 buat seluruh warga KMB!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾❤️



26/08/2026

Alhamdulillah, memori indah Malam Cinta Rasul 2026 masih terasa! ✨

​Pada 24 Ogos lalu (10 Rabiulawal 1448H), suasana malam kita cukup tenang dan syahdu dari jam 8.30 hingga 10 malam. Majlis anjuran MPP menerusi Exco Kerohanian dan Insaniah ini dianjurkan dengan satu niat utama, iaitu untuk memartabatkan nilai kerohanian dan menyuburkan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW. Kita sama-sama terbuai dengan alunan selawat, qasidah, dan ceramah ringkas yang sangat bermakna, diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada kumpulan tahfiz jemputan, Maahad Tahfiz Darul Ilmi.

​Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang hadir memeriahkan majlis terbuka ini! Memang meriah sungguh dengan sokongan penduduk Kampung Bukit Changgang, adik-adik dari SMK Bukit Changgang, dan ramai lagi. Semoga ukhuwah yang terjalin dan selawat yang dialunkan malam itu menjadi asbab kebaikan untuk kita semua. Jumpa lagi di program akan datang! 🤍

24/08/2026

Alhamdulillah, malam yang penuh keberkatan telah labuhkan tirainya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga komuniti, para pelajar, serta ibu bapa yang sudi meluangkan masa dan hadir meriahkan Malam Cinta Rasul KMB 2026 malam ini.

Kehadiran anda semua amat bermakna dalam menyemarakkan lagi rasa cinta kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga setiap langkah dan selawat yang dilantunkan menjadi asbab keberkatan buat kita semua. Jumpa lagi di program yang akan datang! ✨🤍

24/08/2026

Tinggal 3 jam je lagi! Sambil tunggu pukul 8.00 malam ni, ni info penting untuk rujukan parking korang. Pastikan letak kenderaan di zon yang betul supaya senang nak masuk dewan nanti! 🚗✨

Address

Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Banting:

Shortcuts

Share