ADTEC JTM Kampus Kuala Langat

Call Directions Website Contact the university

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Facebook rasmi ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Ini adalah Facebook Rasmi ADTEC JTM kampus Kuala Langat.

Segala berita, artikel, aktiviti dan maklumat berkaitan ILP Kuala Langat adalah sah dan benar hanya di FB ini. Jika ada FB yang menggunakan nama yang sama, ia bukanlah mewakili ILP Kuala Langat secara rasmi

Pengambilan Sesi 1/2027 akan dibuka bermula 1 Oktober 2026.
28/09/2026

Pengambilan Sesi 1/2027 akan dibuka bermula 1 Oktober 2026.

Permohonan UP_TVET Perdana 2027 dibuka mulai 1 Oktober hingga 16 November 2026. ๐ŸŽ“

Sebelum mula memohon, pastikan Profil Pemohon anda lengkap dan maklumat yang diberikan adalah tepat. Bila semua dah siap, bolehlah terus pilih program TVET yang sesuai dengan minat dan perancangan anda. โœจ

Jangan tunggu last minute โ€” rancang masa hadapan anda, satu langkah pada satu masa!

Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
๐Ÿ’กTVET - Pilihan Utama Kerjaya!

24 September 2026 II Pertandingan MasterChef KESKIL ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Pertandingan MasterChef KESKIL merupak...
24/09/2026

24 September 2026 II Pertandingan MasterChef KESKIL ADTEC JTM Kampus Kuala Langat

Pertandingan MasterChef KESKIL merupakan satu program berbentuk pertandingan masakan yang dianjurkan oleh KESKIL sebagai platform untuk mencungkil bakat, kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan warga yang terlibat.

Bertemakan suasana dapur profesional, pertandingan ini memberi peluang kepada para peserta untuk menunjukkan kebolehan mereka menghasilkan hidangan yang menarik, kreatif dan menyelerakan.

Setiap pasukan perlu menggabungkan kemahiran penyediaan makanan, kreativiti persembahan serta kerjasama antara ahli pasukan bagi menghasilkan hidangan terbaik.

Para peserta bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran memasak, malah berpeluang membawa pulang hadiah lumayan yang disediakan kepada pemenang.

Pertandingan ini bukan sekadar tentang siapa yang paling pandai memasak, tetapi tentang semangat berpasukan, kreativiti, ketelitian dan keberanian mencipta sesuatu yang istimewa.

Dengan dapur sebagai medan pertandingan dan hidangan sebagai hasil karya, setiap pasukan mempunyai peluang untuk membuktikan bahawa mereka mampu menghasilkan sajian bertaraf MasterChef.

โ€œDari dapur, lahirnya kreativiti. Dari kerjasama, tercipta kemenangan!โ€
MasterChef KESKIL โ€” Masak, Cipta, Hidang dan Menang!

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"


#๐‰๐จ๐ฆ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐€๐ƒ๐“๐„๐‚๐‰๐“๐Œ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐€๐ƒ๐“๐„๐‚๐‰๐“๐Œ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐ˆ๐‹๐๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.0
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

Jom sertai kami di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
23/09/2026

Jom sertai kami di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.

Pada 21 dan 22 September 2026, Jawatankuasa Kluster ICT Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah menganjurkan program JTM Skil...
22/09/2026

Pada 21 dan 22 September 2026, Jawatankuasa Kluster ICT Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah menganjurkan program JTM Skills 2026 Bidang ICT bertempat di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, Johor. Program pertandingan ini membawa tema "Melahirkan Bakat Digital, Memacu Masa Depan".

Syabas dan tahniah diucapkan kepada skuad ADTEC JTM Kampus Kuala Langat atas semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan ini diadakan.

Setinggi-tinggi tahniah buat pasukan Cyber Security, iaitu Muhammad Hafizzul Bin Mohd Zaini dan Muhammad Hakimi Aswad Bin Mohd Faiszal di bawah bimbingan jurulatih Puan Nurulafiza Binti Ramli, yang telah mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Kuala Langat selepas berjaya merangkul gelaran JOHAN.

Ucapan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada wakil kategori IT Network System Administration (ITNSA), iaitu Nazihan Bin Nazzuzi dan berserta jurulatih Encik Mohd Rahim Bin Mohd Amin atas usaha gigih, komitmen padu serta dedikasi tinggi dalam mewakili dan menaikkan nama ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa Kluster ICT JTM, ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, para hakim, serta seluruh warga kerja yang menjayakan program ini. Diharapkan pencapaian dan pengalaman ini dapat terus membakar semangat para pelajar untuk melahirkan lebih ramai bakat digital yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing!

โ€œKemahiran Anda, Masa Depan Kita!โ€







22/09/2026
22/09/2026
21 - 22 September 2026 II KURSUS JANGKA PENDEK ADOBE PREMIERE PRO ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Kursu...
22/09/2026

21 - 22 September 2026 II KURSUS JANGKA PENDEK ADOBE PREMIERE PRO

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek Adobe Premiere Pro yang melibatkan peserta daripada Politeknik Banting.

Kursus ini dikendalikan oleh Pn. Sarala Kanthasamy, dengan pengajaran yang memberi fokus kepada teknik-teknik suntingan video menggunakan Adobe Premiere Pro.

Peserta didedahkan kepada pelbagai kemahiran dalam menghasilkan video yang lebih kreatif dan berkualiti, termasuk teknik penyuntingan, penyusunan klip, penggunaan efek, transisi serta penghasilan video yang lebih menarik dan profesional.

Semoga kursus ini dapat meningkatkan kemahiran digital dan kompetensi peserta dalam bidang penyuntingan serta penghasilan kandungan video.

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"


#๐‰๐จ๐ฆ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐€๐ƒ๐“๐„๐‚๐‰๐“๐Œ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐€๐ƒ๐“๐„๐‚๐‰๐“๐Œ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐ˆ๐‹๐๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

17 September 2026 II SESI RAKAMAN PODCAST โ€“ FORUM TVET TAHUNAN IMT-GT 2026๐Ÿ“… 17 September 2026 (Khamis)โฐ 10.00 pagi๐Ÿ“ Stud...
18/09/2026

17 September 2026 II SESI RAKAMAN PODCAST โ€“ FORUM TVET TAHUNAN IMT-GT 2026

๐Ÿ“… 17 September 2026 (Khamis)
โฐ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Studio Podcast JTM, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
๐ŸŽฏ Tajuk: Memacu Teknologi Rel Masa Depan Melalui TVET

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah melaksanakan sesi rakaman podcast sempena Forum TVET Tahunan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) 2026.

Sesi podcast ini menampilkan dua panel iaitu YBrs. Ts. Mohd Sukri bin Musa, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuantan dan YBrs. Ts. Azkar Albar bin Abu Bakar, Pengarah ADTEC JTM Kampus Bukit Katil, dengan En. Mohd Amirul Syafiq bin Abdullah, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat sebagai moderator.

Sesi ini turut menjadi medium untuk mempromosikan Forum TVET Tahunan IMT-GT 2026 yang akan berlangsung pada 29 September 2026 di Kuantan, Pahang, di samping meningkatkan kesedaran mengenai IMT-GT dan kepentingan kerjasama pembangunan TVET di peringkat serantau.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan sesi rakaman ini. ๐Ÿ‘

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"

#๐‰๐จ๐ฆ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐€๐ƒ๐“๐„๐‚๐‰๐“๐Œ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐€๐ƒ๐“๐„๐‚๐‰๐“๐Œ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐ˆ๐‹๐๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น


17 September 2026 II MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL (TAC) ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT BIL.1/2026Mesyuarat J...
17/09/2026

17 September 2026 II MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL (TAC) ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT BIL.1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal Bil. 1/2026 telah dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Encik HarisfazillahBin Jamel TAC bidang Teknologi Komputer Rangkaian (Pengerusi), Encik Nizam Bin Bahari (Teknologi CADD Senibina), Ts. Mohd Azrin Bin Ibrahim (Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)), En. Muhamad Fadlishah Rusli. (Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)), En. Muhammad Rahezar Bin Rahmat (Teknologi Ujian & Penilaian Penembusan Keselamatan Siber) dan En. Suria Ramadhan Bin Rosman (Teknologi Rangkaian Komputer).

Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan perkara-perkara yang dapat menambah baik pelaksanaan TVET di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.

Selain daripada itu, mesyuarat ini juga diharapkan dapat menjadi batu loncatan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat lagi di antara pihak industri dan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"


#๐‰๐จ๐ฆ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐€๐ƒ๐“๐„๐‚๐‰๐“๐Œ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐€๐ƒ๐“๐„๐‚๐‰๐“๐Œ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐ˆ๐‹๐๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

16/09/2026

Address

Jalan Sultan Abd Samad
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60331204600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to ADTEC JTM Kampus Kuala Langat:

Shortcuts

Share