Jabatan Hal Ehwal Pelajar- HEP Ikbnkl

Jabatan Hal Ehwal Pelajar- HEP Ikbnkl Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengendalikan Aktiviti, Pengambilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar, Unit Displin & Tatatertib, Surau & Asrama Pelajar IKBNKL

Ke arah hostel 5* dengan nilai murni dan kasih sayang bagi setiap pelajar dgn pemantapan disiplin, rohani, spiritual, kepimpinan agar menjadi aset negara yang tiada tolak bandingnya

LAWATAN KEBAJIKAN DAN ZIARAH  KAKITANGAN IKBN KUALA LANGATKlang, 19 Jun 2024 – Wakil kakitangan IKBN Kuala Langat telah ...
22/06/2024

LAWATAN KEBAJIKAN DAN ZIARAH KAKITANGAN IKBN KUALA LANGAT

Klang, 19 Jun 2024 – Wakil kakitangan IKBN Kuala Langat telah mengadakan lawatan kebajikan dan ziarah kepada pelajar IKBN Kuala Langat Ibnul Qaiyyim Hanafi bin Ahmad Firdaus yang telah terlibat dalam kemalangan Ahad lepas.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pn. Ida Shahiza binti Saharom, Ketua Jabatan Perkhidmatan Sukan, En. Hus Zaidi bin Shamsu Ariffin, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Pn. Rafidah binti Saad, En. Ezzat Nafis bin Badrul Hisham dan En. Mohd Norshariman bin Mohamad. Lawatan ini turut disantuni bapa pelajar iaitu En. Ahmad Firdaus.

Terima kasih diucapkan kepada bapa pelajar En. Ahmad Firdaus yang telah menyantuni lawatan daripada IKBN Kuala Langat. Didoakan juga Ibnul Qaiyyim Hanafi semoga cekal menghadapi ujian ini dan beroleh kesembuhan segera serta kembali sihat seperti sedia kala.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BERSAMA IKTBN DUSUN TUAHulu Langat, 19 Mei 2024 : Perlawanan persahabatan antara IKBN Kuala Lang...
22/06/2024

PERLAWANAN PERSAHABATAN BERSAMA IKTBN DUSUN TUA

Hulu Langat, 19 Mei 2024 : Perlawanan persahabatan antara IKBN Kuala Langat dan IKTBN Sepang telah berlangsung dengan jayanya di gelanggang sukan IKTBN Dusun Tua.

Persediaan awal kedua-dua pasukan adalah medium persedian dan juga pemanas badan bagi menghadapi Kejohanan Sukan ILKBS Kali ke-36 di IKBN Kuala Langat. Bukan keputusan yang dicari, tetapi semangat kesukanan yang tinggi serta keserasian pasukan menjadi falsafah kedua-dua pasukan .

Antara sukan yang terlibat dalam perlawanan persahabatan tersebut adalah bola sepak 9 sebelah, badminton campuran dan juga bola tampar.



TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







IKBN KUALA LANGAT SERTAI SEMARAK HBN @ KBS PUTRAJAYA 15 Mei 2024 - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia & Majlis Belia M...
15/05/2024

IKBN KUALA LANGAT SERTAI SEMARAK HBN @ KBS

PUTRAJAYA 15 Mei 2024 - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia & Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 dengan melaksanakan Semarak HBN @ KBS. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Adam Adli Abd. Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Pelbagai pengisian telah diadakan antaranya lafaz ikrar Belia Malaysia, Konvensyen Belia Intergriti Nasional, aktiviti kesenian, sukan dan rekreasi, pameran interaktif & jualan usahawan belia.

Pelajar Jurusan Multimedia, IKBN Kuala Langat juga telah diundang pada sesi "Sembang Selebriti" bersama youtuber filem, Saudara Zhafran Zulkifly (Zhafvlog) & pelakon filem Paskal dan Mallbatt : Misi Baskara, Saudara Taufiq Hanafi bagi perkongsian ilmu penerbitan dan perfileman. Para pelajar juga mengambil peluang mengutarakan soalan bagi meluaskan ilmu yang dipelajari.



TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







Bacaan Ikrar Belia Malaysia Sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat IKBN Kuala LangatBANTING, 15 Mei 202...
15/05/2024

Bacaan Ikrar Belia Malaysia Sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat IKBN Kuala Langat

BANTING, 15 Mei 2024 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBNKL telah menganjurkan progran Bacaan Ikrar Belia Malaysia Peringkat IKBN Kuala Langat sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 bertempat di Dewan Ibnu Sina, di sini hari ini.

Sambutan ini merupakan salah satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

Sambutan ini telah dilaksanakan selama 2 hari bermula Himpunan Belia Pelajar IKBN Kuala Langat pada 14 Mei 2024 dan juga pada 15 Mei 2024 untuk Bacaan Ikrar Belia Malaysia 2024. Program ini turut disertai oleh Pn. Zuraidah binti Yusoff, Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan En. Bashirul bin Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan yang turut bersama-sama memberikan aspirasi belia dan juga semangat kepada pelajar IKBN Kuala Langat.

Bacaan Ikrar Belia Malaysia ini telah dilafazkan hampir 200 orang pelajar yang dipimpin oleh Saudara Ahmad Sharul bin Zuraihan, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Kuala Langat. Bacaan ikrar ini dijalankan serentak di seluruh negara sebagai usaha menyokong Hari Belia Negara 2024 dan hasrat kerajaan dalam memacu kecemerlangan belia negara.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul



.ILKBS

Sambutan Hari Zoonosis Sedunia, Program Pencegahan Leptospirosis26 Ogos 2023 - Program Pencegahan Leptospirosis Peringka...
26/08/2023

Sambutan Hari Zoonosis Sedunia, Program Pencegahan Leptospirosis

26 Ogos 2023 - Program Pencegahan Leptospirosis Peringkat Daerah Kuala Langat telah dilaksanakan bertempat di Pasar Awam Banting. IKBN Kuala Langat turut hadir untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Zoonosis Sedunia dan Program Pencegahan Leptospirosis Peringkat Daerah Kuala Langat. Program ini merupakan program kesedaran mengenai kawalan penyakit berjangkit daripada haiwan kepada manusia daripada bakteria, virus, parasit yang melibatkan hubungan langsung manusia melalui makanan dan juga persekitaran.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat ini turut dihadiri oleh Ts Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah IKBN Kuala Langat. Seramai 6 orang pelajar IKBN Kuala Langat juga telah hadir bagi menerima hadiah kemenangan bagi Pertandingan Mengutip Sampah sempena Program Gotong Royong Kategori IPTA yang telah dilaksanakan pada 19 Ogos di IKBN Kuala Langat.

Penganjuran program ini tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

26/08/2023

Address

IKBN Kuala Langat
Banting
42700,BANTINGSELANGOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Pelajar- HEP Ikbnkl posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share