Politeknik Banting

Politeknik Banting PBS managed by PolyCC

Jom jumpa kami di Hub 4, reruai 30 dan 31 di Hari TVET Negara 2026, Dataran Putrajaya bermula Jumaat ini 5 Jun 2026 sehi...
04/06/2026

Jom jumpa kami di Hub 4, reruai 30 dan 31 di Hari TVET Negara 2026, Dataran Putrajaya bermula Jumaat ini 5 Jun 2026 sehingga 7 Jun 2026!

Tahniah kepada para pelajar Politeknik Banting Selangor yang berjaya mengaplikasikan ilmu dan kemahiran dalam pemasangan...
03/06/2026

Tahniah kepada para pelajar Politeknik Banting Selangor yang berjaya mengaplikasikan ilmu dan kemahiran dalam pemasangan lampu solar di kampus. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong amalan kelestarian alam sekitar, malah membuktikan keupayaan pelajar TVET dalam menghasilkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada komuniti kampus.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada pensyarah penasihat, Ts. Mohd Khairun Nizam bin Sa'adan dan Puan Adibah Hasanah Binti Abd Halim, atas bimbingan, komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan projek ini.

Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada warga PBS untuk terus berinovasi dan menyumbang ke arah pembangunan kampus yang lebih lestari.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada tiga atlet hoki Politeknik Banting Selangor (PBS), iaitu Muhamad Rifdi Ha...
02/06/2026

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada tiga atlet hoki Politeknik Banting Selangor (PBS), iaitu Muhamad Rifdi Hakim bin Muhamad Rizal, Muhammad Irfan Haiqal bin Shahrul dan Azfar Wazif bin Hatrihalobor yang kini sedang mengikuti sesi latihan bersama pasukan hoki SSN Predators sebagai persediaan menghadapi Kejohanan TNB Malaysian Junior Hockey League 2026.

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta membuktikan komitmen, disiplin dan bakat yang dimiliki oleh para atlet PBS dalam arena sukan hoki. Semoga mereka terus berusaha dengan penuh dedikasi dan mengharumkan nama pasukan serta institusi di pentas kejohanan yang berprestij ini. Selamat berjuang dan semoga berjaya! πŸ‘βœ¨


MALPTAAC Siri 17/26 🌲πŸͺ–Majlis penyerahan bendera Kontinjen MALPTAAC PBS telah berlangsung di Kem Shah Alam pada 1 Jun 202...
02/06/2026

MALPTAAC Siri 17/26 🌲πŸͺ–

Majlis penyerahan bendera Kontinjen MALPTAAC PBS telah berlangsung di Kem Shah Alam pada 1 Jun 2026. Dalam majlis ini, Tuan Pengarah PBS telah menyerahkan bendera kontinjen kepada ketua pasukan MALPTAAC PBS iaitu saudara Prebet Muhamad Ariff bin Badrin dan seterusnya melakukan majlis "Flag off" pelepasan peserta kontinjen ke MALPTAAC 17/2026 di PUO.

​Pergerakan melibatkan 1 kereta dan 1 bas yang melibatkan 45 org peserta dan jurulatih Batalion Ke 2 Rejimen 502 Askar Wataniah Kem Shah Alam yang ketuai oleh Mejar M. Sani bin Buang dan dibantu oleh Ts. Mohd Nasiruddin bin Hushim.

​Misi peserta PBS kali ini adalah dengan menggalas cabaran di Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) edisi ke-17. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pegawai dan anggota. Laksanakan tugas dengan penuh disiplin dan integriti!

​

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim ata...
01/06/2026

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Tahun 2026

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga POLYCC





DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahKE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-P...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

SULTAN IBRAHIM

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 JUN 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim daripada:
Pengarah
&
Seluruh Warga Politeknik Banting Selangor




Selamat Menyambut Hari Wesak 2026Semoga Hari Wesak membawa ketenangan jiwa, kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian k...
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026

Semoga Hari Wesak membawa ketenangan jiwa, kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian kepada semua yang meraikannya. Semarakkan nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan demi masyarakat yang lebih sejahtera.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga PBS

Aidiladha membawa pengertian bahawa setiap pengorbanan dan keikhlasan akan melahirkan nilai, kekuatan dan keberkatan yan...
26/05/2026

Aidiladha membawa pengertian bahawa setiap pengorbanan dan keikhlasan akan melahirkan nilai, kekuatan dan keberkatan yang besar.

Dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, setiap usaha, masa, komitmen serta cabaran yang ditempuhi merupakan sebahagian daripada perjalanan untuk mencapai kejayaan dan memberi impak positif kepada masyarakat.

Semoga semangat Aidiladha terus menyatukan ukhuwah, memperteguh azam serta menyuntik inspirasi kepada kita untuk terus berbakti dalam mendidik dan membangunkan generasi masa hadapan.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 2026

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi Politeknik Banting Selangor serta semua Warga PBS

Syabas & Tahniah kepada peserta dari PBS, Pn. Aishah binti Saim yang berjaya menyandang kemenangan sebagai naib johan ka...
25/05/2026

Syabas & Tahniah kepada peserta dari PBS, Pn. Aishah binti Saim yang berjaya menyandang kemenangan sebagai naib johan kategori berpasukan & tempat ke-5 kategori beregu wanita di Thomas Woodball Cup 2026 yang berlangsung di Laman Woodball Wawasan. Beliau yang mewakili Selangor turut muncul tempat ke-5 kategori berpasukan di Kejohanan Woodball Sirkit 1 Kebangsaan 2026.

Dalam kejohanan yang sama, En. Mohamad Khairani bin Mohamed Amin turut memenangi Gate In One.


✨ BENGKEL PEMBANGUNAN BAHAN DIGITAL INTERAKTIF eBOOK PBS 2026 βœ¨πŸ“… 22 Mei 2026πŸ“ Bilik Seminar Perpustakaan PBSUnit ePembel...
22/05/2026

✨ BENGKEL PEMBANGUNAN BAHAN DIGITAL INTERAKTIF eBOOK PBS 2026 ✨

πŸ“… 22 Mei 2026
πŸ“ Bilik Seminar Perpustakaan PBS

Unit ePembelajaran dan Multimedia PBS telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembangunan Bahan Digital Interaktif eBook Politeknik Banting Selangor Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan pensyarah daripada pelbagai jabatan.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menghasilkan eBook interaktif menggunakan platform Canva bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran digital yang lebih kreatif, inovatif dan efektif. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan garis panduan pembangunan eBook interaktif serta tatacara pendaftaran eISBN.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta berjaya menghasilkan bahan digital yang lebih interaktif dan berkualiti selaras dengan pendekatan Outcome-Based Teaching and Learning (OBTL) dalam memperkasa PdP abad ke-21.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, fasilitator serta jawatankuasa yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat terus memperkukuhkan budaya inovasi digital dan penghasilan bahan PdP berkualiti di PBS. πŸš€πŸ“š

Address

Persiaran Ilmu, Jalan Sultan Abdul Samad Kuala Langat
Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share