23/01/2019
Assalamualaikum W. B. T. dan Salam Sejahtera
PERMOHONAN MENYAMBUNG PENGAJIAN BAGI PELAJAR BERSTATUS TERMINATED BAGI SEMRSTER APRIL 2019 DAN SETERUSNYA
Pengumuman penting kepada pelajar yang berstatus Terminated, yang ingin menyambung pengajian pada April 2019/Semester berikutnya, dikehendaki membuat proses permohonan ke fakulti selewat - lewatnya pada 24hb Januari 2019 (Khamis).
Pelajar boleh memuatturun borang tersebut dari Student Portal Unisel. Borang tersebut perlu diisi lengkap, dan diwajibkan untuk mempunyai surat penjelasan (rayuan meneruskan pengajian) kepada:
Dr. Muhammad bin Daoh
Dekan
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
Universiti Selangor
Pelajar perlu mendapatkan tandatangan Ketua Program /Penyelaras terlebih dahulu sebelum menyerahkan borang yang telah lengkap ke Pejabat Timbalan Dekan Akademik FPSS.
Sekian.
fess.unisel.edu.my