30/11/2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
*PROGRAM BANTUAN ASAS UNIVERSITI (BAYU) FASA 2*
Kerajaan Negeri Selangor prihatin dalam membantu mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa kepada pelajar akibat kesan daripada pandemik Covid-19.
Para pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sepenuh masa di Universiti Selangor dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan dengan melengkapkan eFROM BAYU_FASA 2 dan emelkan dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum 3 Disember, 2021.
Pelajar yang telah melengkapkan permohonan eFROM BAYU_FASA 2 adalah diwajibkan hadir bersama dokumen-dokumen sokongan untuk serahan secara fizikal pada ketetapan seperti berikut:
Kampus : UNISEL Bestari Jaya
Tarikh : 8 Disember, 2021 (Rabu)
Masa : 9:30 - 4:00 petang
Lokasi : Dewan Mini, Tingkat 2, Perpustakaan UNISEL
Kampus : UNISEL Shah Alam
Tarikh : 9 Disember, 2021 (Khamis)
Masa : 9:30 - 4:00 petang
Lokasi : Dewan Pro-Canselor
Permohonan yang tidak lengkap akan dikategorikan tidak berjaya oleh pihak Unit Pendidikan Tinggi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Saluran bantuan akan terus disalurkan kepada pihak Universiti untuk penajaan yuran asas bagi permohonan yang berjaya sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
03-55212303 atau/ 03-55447073 atau/ 03-32805085
Sila imbas (scan) QR code atau klik capaian (link) berikut:
https://tinyurl.com/2p98enwn
Sekian dimaklumkan.
Nota:
*Pelajar yang telah membuat permohonan BAYU Fasa 1, tidak perlu membuat permohonan bagi BAYU FASA 2.*
(senarai para pelajar LAYAK terima dalam proses pembayaran BAYU FASA 1 : https://tinyurl.com/rp8km2p7 )