Demi Mahasiswa Unisel - DMU

Demi Mahasiswa Unisel - DMU Demi Mahasiswa Unisel

Visi
* Menjadi medium utama bagi menyuarakan hak mahasiswa kepada pihak universiti

Misi
* Membentuk Kepimpinan mahasiswa intelektual, amanah dan berdaya saing
* Membudayakn ilmu lantas mewujudkan suasana kampus yang harmoni
* Menyemai dan menyuburkan nilai murni dalam kalngan warga Unisel

Membangun siswa demi negara
27/08/2022

Membangun siswa demi negara

*TINJAUAN PERSPEKTIF DAN KEPRIHATINAN MAHASISWA TERHADAP PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA*Sukacita dimaklumkan bahawa Gabun...
08/08/2022

*TINJAUAN PERSPEKTIF DAN KEPRIHATINAN MAHASISWA TERHADAP PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA*

Sukacita dimaklumkan bahawa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) di bawah Jabatan Kajian Intelektual (JKI) sedang melaksanakan Tinjauan Perspektif dan Keprihatinan Mahasiswa Terhadap Perkembangan Politik Malaysia.

Dijemput mahasiswa/wi yang menuntut di IPTA dan IPTS di dalam negara atau di luar negara untuk melengkapkan tinjuan ini. Kami mensasarkan sekitar 3000 mahasiswa untuk menjawab tinjauan ini.

Akhir sekali, GAMIS mengucapkan terima kasih atas kerjasama mahasiwa/wi kerana melengkapkan tinjauan ini.

Klik pautan dibawah untuk menjawab:
📥https://bit.ly/3zNpS9t



25/05/2022
🔥 DMU beraksi lagi! Kini bersama sahabat-sahabat dari IIUM dan beberapa kampus lagi 🔥*🎗️SINAR SISWA: UNDI 18: RELEVAN AT...
10/03/2022

🔥 DMU beraksi lagi! Kini bersama sahabat-sahabat dari IIUM dan beberapa kampus lagi 🔥

*🎗️SINAR SISWA: UNDI 18: RELEVAN ATAU TIDAK?🎗️*

_"Undi 18 ini merupakan penghormatan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada anak muda untuk menyumbang tenaga dan idea demi memperkasakan demokrasi negara." Portal Rasmi Kerajaan Malaysia_

We Unite For Islam (WUFI) ingin mengajak semua lapisan masyarakat untuk menyertai sebuah forum Sinar Siswa bertajuk Undi 18: Relevan Atau Tidak?

Butiran program:

📆 Tarikh: 11 Mac 2022 (Jumaat)
🕰️ Masa: 9.15 malam
💻 FB Live : https://www.facebook.com/wufiiium

Panel kehormat :

1. *Dr. Ghazali Jaapar*
(Penolong Profesor, Jabatan Undang-undang Islam, UIAM)
2. *Br. Darwisy Roslan*
(Presiden Kesatuan Pelajar UIAM)

TERBUKA KEPADA SEMUA❗

Nantikan kupasan dan rungkaian kepada persoalan-persoalan anda berkenaan politik oleh panel-panel yang hebat!✨






Jangan lupa temu janji kita malam ini. Saksikannya dengan mengklik link ini. Jangan lupa share kepada sahabat handai.
10/03/2022

Jangan lupa temu janji kita malam ini. Saksikannya dengan mengklik link ini. Jangan lupa share kepada sahabat handai.

[] DIALOG: POLITIC? LET'S BACK TO BASIC [] 🌐Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hil...

DMU in action! Kini bersama SMART UPM bekerja bagi memberi penerangan kepada mahasiswa soal politik.[] *DIALOG: POLITIC?...
08/03/2022

DMU in action! Kini bersama SMART UPM bekerja bagi memberi penerangan kepada mahasiswa soal politik.

[] *DIALOG: POLITIC? LET'S BACK TO BASIC* [] 🌐

_Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang..” (Imam al-Gazali)_

Sempena minggu kecaknaan politik atau Polly Week anjuran SMART yang berlangsung dari 6-12 Mac ini, terdapat satu acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu *DIALOG SMART: POLITIC? LET'S BACK TO BASIC* dengan ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: *10 Mac 2022 (Khamis)*
⏰ Masa: *9.15 pm - 11.00 pm*
📱 Siaran Langsung: *YouTube SMART2U STUDIO*
https://youtube.com/channel/UCufeRWjyQAyR4n9pYXDHCrw

Nantikan kupasan dan rungkaian kepada persoalan-persoalan anda berkenaan politik oleh panel-panel yang hebat!✨

' Sedia Menerajui Aspirasi Sejagat '









SERUAN TURUN MENGUNDI PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI SELANGORDemi Mahasiswa Unisel menyeru kepada seluruh mahasiswa Unise...
27/05/2019

SERUAN TURUN MENGUNDI PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI SELANGOR
Demi Mahasiswa Unisel menyeru kepada seluruh mahasiswa Unisel agar sama-sama menunaikan tanggungjawab memilih kepimpinan dengan turun mengundi di dalam pilihanraya kampus yang bakal berlangsung pada 28 & 29 Mei 2019.

Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan, maka jika tidak mampu maka dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman”

Amar ma’ruf nahi mungkar merupakan salah satu tanggungjawab kita semua sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Dengan kuasa yang kita ada sebagai pengundi untuk memilih pemimpin yang bakal menyuarakan suara-suara mahasiswa, kita bertanggungjawab untuk turun mengundi bagi memilih pemimpin yang mampu menjalankan amar makruf nahi mungkar serta ikhlas menjaga kebajikan mahasiswa di dalam kampus Unisel.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Selepas aku, kamu akan dipimpin oleh banyak pimpinan, maka yang baik memimpin kamu dengan kebaikan dan yang zalim p**a memimpin kamu dengan kezaliman, maka dengar dan taatilah kamu dalam perkara yang menepati kebenaran, maka jika mereka berbuat baik maka kebaikan itu untuk mereka dan jika mereka berbuat jahat maka kejahatan itu terkena ke atas diri mereka sedang kamu terus mendapat kebaikan” (Riwayat Daru Qatni)

Allah SWT berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu”
[Surah an-Nisa’ ayat 144]

Mengundi adalah satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam yang mampu membawa Islam di dalam pemerintahannya. Mengundi dalam pilihan raya kampus termasuk dalam konteks jihad kerana menentang perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti hiburan melampau yang membawa kesan kepada keruntuhan akhlak selaku seorang mahasiswa.
Allah berfirman kepada semua orang beriman:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya)”
[An-Nisa:58]

Allah SWT memerintahkan kita agar melantik pemimpin yang mampu menggalas amanah dan kepada yang benar-benar layak Kuasa pemerintahan merupakan amanah yang sangat berat dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Sabda Rasululullah SAW :
إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة
’’Apabila dilenyapkan amanah, Maka nantikan kemunculan kiamat’’
Namun harus diperingatkan Akhlak Islamiyyah perlu diutamakan dalam menghadapi pilihanraya kampus. Troll membunuh nilai kesopanan, tatasusila dan perwatakan seseorang. Budaya troll sama sekali tidak layak untuk dijadikan budaya dan ikutan ramai. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan suasana ketegangan di dalam suasana pilihan raya kampus. Budaya troll akan menyebabkan rendahnya nilai diri seseorang . Mengata buruk perihal pihak lawan tanpa disedari dalam masa yang ianya sedang menjatuhkan imej pihak sendiri disebabkan sikap mereka yang kurang sopan dan saling menjatuhkan. Ini dilihat sebagai perkara yang tidak matang dan perlu diubah.

Allah SWT berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah p**a sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka…” [Al-Hujurat: 11]

Dalam islam melarang keras gurauan dan jenaka yang boleh mengaibkan, mengutuk dan menghina, Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis :
‘’Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir”

Tambahan lagi Rasulullah bersabda maksudnya :
”Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya Allah SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya.
Ayuh mahasiswa, buatlahlah pilihan yang bijak!

Demi Mahasiswa Unisel


Address

Batang Berjuntai
45600

Telephone

+60196778452

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Demi Mahasiswa Unisel - DMU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share