Institut Latihan PASTI Malaysia

Institut Latihan PASTI Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Latihan PASTI Malaysia, College & University, Taman Samudera, Batu Caves.
(1)

Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) adalah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab menganjurkan latihan kepada para guru dan pengurus PASTI di seluruh Malaysia.

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨Aidiladha mengajar kita bahawa kejayaan sebuah perjuangan lahir daripada pengorbanan, keikhlasa...
26/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Aidiladha mengajar kita bahawa kejayaan sebuah perjuangan lahir daripada pengorbanan, keikhlasan dan kesungguhan dalam mendidik serta membina generasi ummah. Semangat Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. menjadi lambang ketaatan yang tinggi kepada Allah SWT serta bukti bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan kerana agama pasti mendapat ganjaran di sisi-Nya.

Firman Allah SWT:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
(Surah Al-Hajj : 37)

Semoga Aidiladha kali ini memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan semangat tarbiah dan melahirkan jiwa pendidik serta daie yang terus istiqamah dalam menyampaikan ilmu dan membina generasi pewaris perjuangan Islam.

🌿 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑨𝒓𝒂𝒇𝒂𝒉…Hari terbaik untuk kembali mendekat kepada Allah لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ...
26/05/2026

🌿 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑨𝒓𝒂𝒇𝒂𝒉…
Hari terbaik untuk kembali mendekat kepada Allah

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Di saat ramai insan bermunajat di Padang Arafah,
jangan biarkan hati kita jauh daripada mengingati-Nya.

Mungkin inilah hari untuk air mata taubat gugur,
hari untuk doa-doa yang lama dipendam diangkat ke langit, dan hari untuk hati yang lelah kembali tenang bersama Allah

Semoga Allah menerima setiap zikir, doa dan pengharapan kita.

📌 Tarikh Penting Bulan Zulhijjah 1447HBulan Zulhijjah adalah bulan yang penuh keberkatan. Rebutlah peluang beramal Soleh...
22/05/2026

📌 Tarikh Penting Bulan Zulhijjah 1447H

Bulan Zulhijjah adalah bulan yang penuh keberkatan. Rebutlah peluang beramal Soleh dan mendekatkan diri kepada Allah.


🌟 Selamat Menduduki Peperiksaan 🌟Diploma Pendidikan Awal Kanak-KanakInstitut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) mengucapkan s...
21/05/2026

🌟 Selamat Menduduki Peperiksaan 🌟
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) mengucapkan setinggi-tinggi doa dan ucapan semoga berjaya kepada seluruh guru pelatih yang akan menduduki peperiksaan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan hati, kefahaman yang baik serta dikurniakan keputusan yang cemerlang.

Ingatlah, setiap usaha yang disulami dengan doa dan tawakal pasti akan membuahkan hasil yang terbaik. Teruskan melangkah dengan penuh yakin demi menjadi pendidik ummah yang solehah, berilmu dan berakhlak mulia.

“Rabbi zidni ‘ilma warzuqni fahma.”
“Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan kurniakanlah aku kefahaman.”

Semoga berjaya dan terus melakar kecemerlangan!

Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM)


🌷 SELAMAT HARI GURU “Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina jiwa, membentuk akhlak dan memimpin generasi m...
16/05/2026

🌷 SELAMAT HARI GURU

“Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina jiwa, membentuk akhlak dan memimpin generasi menuju cahaya Islam.”

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa.
Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah tarbiah.

Ikhlas daripada
Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM)


🌷 Selamat Hari Ibu Ibu adalah madrasah pertama buat anak-anak…Daripada tangan seorang ibu lahirnya kasih sayang, didikan...
10/05/2026

🌷 Selamat Hari Ibu

Ibu adalah madrasah pertama buat anak-anak…
Daripada tangan seorang ibu lahirnya kasih sayang, didikan, adab dan iman. 🤍

Terima kasih atas setiap doa yang tidak pernah putus,
setiap pengorbanan yang tidak pernah berkira,
dan setiap pelukan yang sentiasa menenangkan.

Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati seluruh ibu di dunia.

Syurga buatmu, wahai ibu. ✨

Selamat Hari Pekerja1 Mei 2026Buat seluruh warga pendidik dan pekerja, terima kasih atas setiap usaha, pengorbanan dan d...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja
1 Mei 2026

Buat seluruh warga pendidik dan pekerja, terima kasih atas setiap usaha, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan dalam membina generasi serta masa depan yang lebih gemilang.

Terus melangkah dengan semangat, kerana setiap titik peluh anda adalah inspirasi buat ummah dan negara.

Ikhlas daripada ILPM.


24/04/2026
24/04/2026
24/04/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐈𝐋𝐏𝐌 ! 🎓

𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝟭𝟮/𝗞𝗼𝗵𝗼𝗿𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿 𝟭 𝗗𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗹 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸!

DPAK Bukan sekadar mengejar segulung diploma, tetapi ini adalah persediaan untuk menjadi guru yang lebih hebat dan berilmu.

⌚️𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗺 𝟰.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝟮𝟰 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁)
📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵: 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴, 𝗧𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗼𝗵.
🗓 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 : 𝟮𝟰 - 𝟮𝟲 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲. (𝟯𝗵𝟮𝗺)

Langkah pertama memang mencabar, tapi di sinilah segalanya bermula. Mari kita penuhkan dada dengan ilmu, satukan ukhuwah, dan perkasakan kualiti pendidikan PASTI.

Selamat menuntut ilmu. Jadikan setiap minit di dalam kuliah sebagai bekalan untuk mendidik anak anak tunas Islam.

Address

Taman Samudera
Batu Caves

Telephone

+601111464214

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan PASTI Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institut Latihan PASTI Malaysia:

Share