Research Center For Soft Soil

Research Center For Soft Soil PUSAT PENYELIDIKAN TANAH LEMBUT

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong atas segala jasa bakti, ...
01/01/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong atas segala jasa bakti, sumbangan kepakaran dan komitmen ilmiah yang telah dicurahkan sepanjang penglibatan beliau sebagai salah seorang Penyelidik Utama Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Sumbangan keilmuan, pengalaman luas serta ketekunan beliau dalam penyelidikan telah memberi impak yang signifikan terhadap pembangunan ilmu, pengukuhan budaya penyelidikan serta penghasilan dapatan berkualiti tinggi dalam bidang kejuruteraan tanah lembut. Penglibatan aktif beliau turut menyumbang kepada pemantapan jaringan kerjasama akademik dan industri, sekali gus mengharumkan nama RECESS dan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Segala usaha, dedikasi dan pengorbanan yang telah dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada perjalanan kecemerlangan pusat penyelidikan ini.

Kami mendoakan agar Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta kejayaan berterusan dalam apa jua peranan dan cabaran baharu yang bakal ditempuhi.

Selamat maju jaya dan terima kasih atas segala sumbangan.






RECESS UTHM berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada rombongan 6 buah sekolah dari Mukim Sungai Balang, Muar, yan...
05/12/2025

RECESS UTHM berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada rombongan 6 buah sekolah dari Mukim Sungai Balang, Muar, yang turut diiringi oleh wakil Ruang Daya Cipta Muar, Perpustakaan Desa Sungai Balang, serta para pemimpin komuniti dan masyarakat setempat.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai bidang penyelidikan, teknologi, dan inovasi yang dijalankan di institusi pendidikan tinggi. Para peserta telah dibawa melawat ke beberapa fasiliti dan makmal utama di RECESS UTHM, serta diberi penerangan mengenai fungsi, kepakaran, dan pemanfaatan teknologi tanah lembut yang menjadi teras kepada aktiviti penyelidikan di pusat ini.

Melalui program ini, para pelajar berpeluang memahami dengan lebih dekat bagaimana penyelidikan dijalankan, kepentingannya kepada pembangunan negara, serta potensi kerjaya dalam bidang sains, kejuruteraan, dan teknologi. RECESS UTHM berharap pendedahan ini dapat menyemai minat dalam kalangan generasi muda, sekaligus menggalakkan pembentukan bakat masa hadapan dalam bidang penyelidikan geoteknik dan infrastruktur.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah, Ruang Daya Cipta Muar, Perpustakaan Desa Sungai Balang, dan semua pihak yang terlibat terutamanya Penyelidik Utama RECESS, Dr. Nor Azizi B Yusof atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan lawatan ini. Semoga jalinan hubungan ini dapat diteruskan melalui program kolaborasi yang lebih kukuh pada masa hadapan.





Assalamualaikum WBT and Greetings,YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Assoc. Prof./ Ir./ Dr./ Sir/ Madam,INVITATION TO PARTICIPAT...
30/09/2025

Assalamualaikum WBT and Greetings,

YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Assoc. Prof./ Ir./ Dr./ Sir/ Madam,

INVITATION TO PARTICIPATE IN *“THE INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON FRONTIERS IN SOFT SOILS AND PEAT ENGINEERING: RESEARCH, DESIGN, AND PRACTICE”* VIA WEBINAR

✅ We are pleased to inform you that the Research Centre for Soft Soils (RECESS), UTHM, in collaboration with the Geotechnical Engineering Branch (CKG) JKR, will be organizing _The International Symposium on Frontiers in Soft Soils and Peat Engineering: Research, Design, and Practice_ .

✅ This symposium will be held online (webinar) in line with the new norm, starting from 28 October 2025 to 29 October 2025.

✅ The theme of the symposium is _Frontiers in Soft Soils and Peat Engineering: Research, Design, and Practice_ .

________________________________________
📢 IMPORTANT INFORMATION

💳 Participation Fees:
• RM 300 (Local Participants)
• RM 250 (UTHM / JKR)
• RM 50 (Local Students)
• USD 80 (International Participants)
• USD 12 (International Students)

✅ Registration link & further details: https://forms.gle/2zmrQzGeTL99QAeR6

✅ The symposium will feature Keynote Speakers and Invited Speakers consisting of distinguished experts and researchers from both local and international institutions.

✅ Therefore, the Secretariat is honoured to invite Academic Staff, Researchers, Contractors, Consultants, Local Authorities, and Engineers to participate in this symposium.
________________________________________
📱 For inquiries & feedback, kindly contact:

i. RECESS PIC - Mr. Amirzaki Bin Salikin ([email protected] / +6012-7691624)
ii. JKR PIC - Ir. Ts. Dr. Eka Kusmawati Binti Suparmanto ([email protected] / +6012-6755893)
iii.Admin ([email protected])

Thank you.

  Event | Online Industrial Talk Series 2/2025"Enhanced Production Technology, Efficiency and Performance of GEOCELL for...
12/08/2025

Event | Online Industrial Talk Series 2/2025

"Enhanced Production Technology, Efficiency and Performance of GEOCELL for Global Demands"

We are honored to invite you to participate in RECESS Online Industrial Talk Series 2/2025, which will be held as follows:

🗓 15 August 2025
⏲ 11 am (Malaysia & China)
📲 Platform: googlemeet
🔗 https://meet.google.com/nwi-quff-uyb

Speaker: Mr. Randy Yuan, Business Development Director,
Ecoweb Geocell Confinement System.

📃 E-Certificate will be provided.

Come join us and see you there.

Open to all participants!

Research and Innovation Symposium CompetitionRISE 2025Exhibition Day: 25 - 26 JUNE 2025Category pelajar - Gold 🥇 Categor...
03/07/2025

Research and Innovation Symposium Competition
RISE 2025

Exhibition Day: 25 - 26 JUNE 2025

Category pelajar - Gold 🥇
Category staff - Silver 🥈

Saje nk bg pelajar test present depan org ramai sbb nk bg depa punya nervous hilang..tahniah kpd Mohamad Afiq bin Let & Muhammad Azrol Shazwan bin Sharul Anuar....😊🎉...SV masuk pun saje² nk bg semangat kat pelajar...😊🎉...terima kasih team RECESS support pelajar² Sy....







Latihan praktikal subject BFC35403 Geotechnic 2 1. Tempat : Tapak RECESS2. Tarikh: 16 Jun - 20 Jun 20253. Masa: Waktu ke...
27/06/2025

Latihan praktikal subject BFC35403 Geotechnic 2
1. Tempat : Tapak RECESS
2. Tarikh: 16 Jun - 20 Jun 2025
3. Masa: Waktu kelas BFC35403
4. Ujikaji: Mackintosh probe atau Field Vane shear test
5. Aturcara Kerja Lapangan: Pelajar akan diberikan penerangan dan demonstrasi daripada pihak RECESS dan dikehendaki untuk menjalankan ujikaji di tapak. Setiap kumpulan hanya dikehendaki untuk menjalankan salah satu ujikaji tapak samada Mackintosh probe atau Field Vane Shear test.







PROGRAM FKAAB: WE CARE 2025Program Kepentingan Hutan Gambut Dari Aspek Kejuruteraan Awam;Program Kemahiran Penyiasatan T...
20/05/2025

PROGRAM FKAAB: WE CARE 2025

Program Kepentingan Hutan Gambut Dari Aspek Kejuruteraan Awam;
Program Kemahiran Penyiasatan Tanah Di Kawasan Tanah Lembut Bagi Kerja-Kerja Pembinaan;
Smart Water Track University (SWTU)

Tarikh: 18/5/2025 (Ahad)
Tempat: Tanjung Simpang / Sungai Simpang Kanan, Batu Pahat, Johor

Staff:
1. Ir. Ts. Dr. Zeety Binti Md Yusof
2. Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khaidir Bin Abu Talib
3. Prof. Ir. Ts. Dr. Adnan Bin Zainorabidin
4. Ir. Dr. Faizal Bin Pakir

Pelajar:
1. Mohamad Afiq Bin Let
2. Muhammad Azrol Shazwan Bin Sharul Anuar
3. Muhammad Arif Azhar bin Zaihan
4. Nathrah Hanim Binti Muhamad Nazri







The Cone Pe*******on Test (CPTu) is rapidly becoming a primary in-situ test for soils. This two-day hands-on workshop, s...
12/05/2025

The Cone Pe*******on Test (CPTu) is rapidly becoming a primary in-situ test for soils. This two-day hands-on workshop, scheduled for May 5th & 6th, 2025, at the Research Centre for Soft Soil Malaysia (RECESS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. It were cover the test equipment, procedures, data collection, and calibration guidance for the CPT in typical geotechnical applications.







MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MoU)BETWEEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA AND PT. GEOTECHNICAL ENGINEERING CONSULTANT...
12/05/2025

MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MoU)
BETWEEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA AND PT. GEOTECHNICAL ENGINEERING CONSULTANT (PT. G.E.C. INDONESIA)

ON ACADEMIC, RESEARCH AND DEVELOPMENT COLLABORATION

DATE: 6/5/2025 (Tuesday)
VENUE: RECESS A9 (UTHM)

Wakil UTHM:
Prof. Ir. Ts. Dr. Adnan Zainorabidin
Ketua Pusat RECESS

Wakil PT. GEC:
Director of PT. GEC
Prof. Ir. Dr Paulus Pramono Rahardjo
PT. GEOTECHNICAL ENGINEERING CONSULTANT (GEC)

Disaksikan Oleh:
Prof. Ts. Dr. Hj. Mohd Khairul Ahmad
Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi (I2E)
UTHM







Short Course for Soil Mechanics Laboratory: Sampling, Testing, Analysis, and Application Date: 26 April 2025 (Saturday)L...
27/04/2025

Short Course for Soil Mechanics Laboratory: Sampling, Testing, Analysis, and Application

Date: 26 April 2025 (Saturday)
Location: RECESS A9

Activity:
- Sample preparation techniques for soil testing
- Laboratory testing and standards
- California Bearing Ratio (CBR) test
- Oedometer test
- Data interpretation and application in geotechnical design
- Practical demonstration of equipment and procedure

RECESS facilitator:
Ir. Ts. Dr. Zeety Md Yusof
Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khaidir Abu Talib
En Mohamad Johari Zainal







24 April 2025, Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), UTHM telah menerima kunjungan delegasi dari Industrial Corrosio...
24/04/2025

24 April 2025, Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), UTHM telah menerima kunjungan delegasi dari Industrial Corrosion Research Centre (InCORE) UiTM Shah Alam.

Delegasi diketuai oleh Prof Madya Ir Dr Najmi Yaakob, Ketua Pusat InCORE serta pelajar pelajar postgraduate telah mengadakan sesi perbincangan bersama Prof Ir.Ts. Dr. Adnan Zainorabidin, Ketua Pusat RECESS serta PR RECESS. Sesi perbincangan berkisar kepada perkongsian kepakaran dalam kajian underground corrosion untuk bahan binaan.

Selanjutnya, sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong, PR RECESS dan PM Ir Dr Najmi Yaakob merupakan intipati yang amat penting dalam memastikan kerjasama berterusan antara RECESS UTHM dan juga InCORE UiTM Shah Alam. Banyak perkara telah dikongsikan dan dibincangkan untuk kerjasama penyelidikan di masa akan datang terutamanya hal-hal berkait dengan isu pengaratan bawah tanah di tapak pembinaan.

Selain dari itu, kerjasama untuk geran industri juga akan diperkasakan demi memastikan PR RECESS dapat menyumbang dana penyelidikan di masa akan datang.

Semoga kunjungan ini akan menjadikan hubungan antara dua pusat penyelidikan bertambah erat seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara ini. Kami di RECESS mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya!







Address

Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), UTHM
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Research Center For Soft Soil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Research Center For Soft Soil:

Share