TVET MARA Sri Gading

๐Ÿ† TAHNIAH! ULTRABRICK MELANGKAH KE PERINGKAT AKHIR iMARATech 2026!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pa...
03/09/2026

๐Ÿ† TAHNIAH! ULTRABRICK MELANGKAH KE PERINGKAT AKHIR iMARATech 2026!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan ULTRABRICK dari TVETMARA Sri Gading atas kejayaan mara ke Peringkat Akhir iMARATech 2026 โ€“ MARA Technology Exploration bagi Kategori i-PSM.

๐Ÿ‘ Tahniah kepada barisan pasukan:
Dr. Khairol bin Kamaruddin (Ketua)
Dr. Mohamad Norfekry bin Md. Yacob
Naimuddin bin Abdullah
Syahrul Nizam bin Maarup

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kreativiti dan usaha berterusan dalam menghasilkan inovasi yang memberi nilai serta impak.

Semoga ULTRABRICK terus melangkah dengan yakin dan membawa pulang kejayaan di pentas akhir nanti. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Selamat maju jaya! Seluruh warga TVETMARA Sri Gading bersama anda! โค๏ธ๐Ÿ’™

03/09/2026

๐ŸŽฌ HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK โ€“ NILAI MURNI โ€œKERJASAMAโ€ ๐Ÿค

๐Ÿ“ข Jawatankuasa ARPRM TVET MARA Sri Gading dengan sukacitanya menjemput semua pelajar untuk menyertai Pertandingan Video Pendek bertemakan โ€œKERJASAMAโ€. ๐ŸŽฅโœจ

๐Ÿ’ก Jom ketengahkan kreativiti anda dan tunjukkan bagaimana semangat kerjasama mampu membawa kejayaan!

๐Ÿ“Œ SYARAT UTAMA:
๐Ÿ‘ฅ Terbuka kepada semua pelajar
๐ŸŽฌ Setiap Program & Sekretariat WAJIB menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan
โฑ๏ธ Durasi video: 3 minit
๐Ÿ“ฑ Format: MP4, minimum 720p, landscape
๐Ÿ’ญ Video mestilah karya asli dan belum pernah dipertandingkan
๐Ÿ—ฃ๏ธ Bahasa: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
๐Ÿšซ Tidak mengandungi unsur sensitif, provokatif atau bercanggah dengan syariat Islam

๐Ÿ“… TARIKH TUTUP:
๐Ÿ”ด 22 SEPTEMBER 2026 (SELASA)
โฐ 12.00 TENGAH HARI

๐Ÿ“ฒ Penghantaran video: Melalui Google Form seperti pautan/QR Code pada poster.

๐Ÿ† HADIAH MENANTI!
๐Ÿฅ‡ Johan
๐Ÿฅˆ Naib Johan
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga

โœจ Kriteria pemarkahan:
๐Ÿ’ก Kreativiti & Originaliti โ€“ 25%
๐ŸŽค Kualiti Penyampaian โ€“ 20%
๐ŸŽฏ Kesesuaian Tema โ€“ 25%
๐ŸŽฅ Kualiti Teknikal โ€“ 15%
๐ŸŒŸ Impak & Nilai Pengajaran โ€“ 15%

๐Ÿค AYUH SAMA-SAMA HIDUPKAN NILAI KERJASAMA!

โ€œBersatu hati, bergerak bersama, membina masa depan yang lebih baik.โ€ โค๏ธ

Jangan tunggu saat akhir! ๐Ÿš€
Rancang โ€ข Bekerjasama โ€ข Hasilkan โ€ข Hantar!






๐ŸŽฌ๐Ÿค

๐Ÿค KERJASAMA BUKAN PILIHAN. IA KEKUATAN KITA.Di TVETMARA Sri Gading, setiap kejayaan bermula apabila kita bergerak sebaga...
01/09/2026

๐Ÿค KERJASAMA BUKAN PILIHAN. IA KEKUATAN KITA.

Di TVETMARA Sri Gading, setiap kejayaan bermula apabila kita bergerak sebagai satu pasukan.

Kerjasama tercipta apabila kita saling membantu, menghormati pandangan, berkongsi idea dan sama-sama memainkan peranan untuk mencapai satu matlamat.

โœจ Idea yang baik menjadi lebih hebat apabila dikongsi.
โœจ Cabaran menjadi lebih ringan apabila dihadapi bersama.
โœจ Kejayaan menjadi lebih bermakna apabila diraikan sebagai satu pasukan.

Sempena Hebahan Nilai Murni: KERJASAMA, Jawatankuasa ARPRM TVETMARA Sri Gading mengajak seluruh warga kerja dan pelajar untuk terus membudayakan semangat saling menyokong dalam setiap tugasan dan aktiviti.

๐ŸŒฑ Semangat ini turut selari dengan SDG 17: Partnerships for the Goals, yang menekankan kepentingan perkongsian dan kerjasama dalam mencapai matlamat bersama.

๐Ÿค Bersama Kita, Hebat Selamanya!

Mari bina budaya kerja yang lebih positif, harmoni dan produktif โ€” bermula dengan kita.

30/08/2026

๐Ÿ”ฅ SRI GADING, KITA TURUN BERJUANG! ๐Ÿ”ฅ

Membawa nama institusi, membawa semangat satu pasukan.
Selamat berjuang buat atlet-atlet TVETMARA Sri Gading yang bakal beraksi dalam Sukan MARA Se-Malaysia Kali KE-10 (SUKMAS XI). ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ๐Ÿ…

Apa pun keputusan nanti, berikan yang terbaik dan nikmati setiap detik perjuangan di gelanggang.

All the best, Team Sri Gading! ๐Ÿ”ฅ

29/08/2026

Lama mana pun tempoh berkhidmat, semangat tetap muda ๐Ÿ˜†โœจ

Masing-masing ada perjalanan, pengalaman dan cerita tersendiri sepanjang bersama TVETMARA Sri Gading.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAyuh bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa ci...
27/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat TVETMARA Sri Gading.

๐Ÿ“… Jumaat, 28 Ogos 2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Dewan Darul Takzim, TVETMARA Sri Gading

Semoga sambutan ini menjadi medan untuk kita menghayati erti kemerdekaan, menghargai pengorbanan generasi terdahulu serta terus membawa semangat Malaysia Madani dalam membina masa depan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พJumpa anda di sana!

26/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Lari sama-sama, semangat pun sama-sama! ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธโœจ

Meriah suasana Fun Run Merdeka bersama pelajar TVETMARA Sri Gading! Bukan kejar siapa paling laju je, tapi yang penting semangat, kerjasama dan rasa bangga meraikan kemerdekaan bersama. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Semangat anak muda, semangat Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

SEBUAH JALAN, BUKAN SEKADAR DESTINASISetiap hari, sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat, kita menyebut bait doa yang sa...
24/08/2026

SEBUAH JALAN, BUKAN SEKADAR DESTINASI

Setiap hari, sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat, kita menyebut bait doa yang sama:

ุงู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตูู‘ุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู…ูŽ
โ€œTunjukilah kami jalan yang lurus.โ€

Pernahkah kita terfikir, mengapa yang diminta ialah jalan, bukan terus destinasi?

Kisah para Nabi mengajar kita bahawa nilai sebuah perjuangan bukan hanya pada apa yang terlihat di penghujungnya.

Nabi Nuh AS berdakwah selama 950 tahun, namun hanya sedikit yang beriman. Adakah Baginda gagal?

Tidak.

Baginda tetap berada di jalan yang diperintahkan Allah dan terus melaksanakan amanahnya.

Begitu juga Rasulullah SAW.

Dicaci, dihina, disakiti dan diuji dengan pelbagai kehilangan. Di Taif, Baginda terluka dan ditolak, namun perjalanan dakwah tidak pernah terhenti.

Kerana mengetahui jalan yang benar sahaja belum cukup.
Kita memerlukan kekuatan untuk terus berjalan di atasnya.

Sempena Maulidur Rasul SAW 1448H, semoga sirah Baginda membentuk generasi yang bukan hanya tahu ke mana hendak dituju, tetapi teguh prinsipnya, kuat menghadapi ujian dan istiqamah melakukan kebaikan walaupun jalannya sukar.

Kerana kejayaan bukan sekadar tentang sampai.
Kadangkala, kejayaan ialah tetap memilih untuk berjalan di jalan yang benar.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น ๐—ฆ๐—”๐—ช ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›

Renungan diinspirasikan daripada perkongsian Ustaz Azlan Shah dalam Sembang Sirah Nabi Muhammad SAW bersama Yousaf.

Address

Batu 11 Jalan Kluang
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6074532572

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVET MARA Sri Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share