FKEE, UTHM

Directions Website

FKEE, UTHM The Official FB Page of Faculty of Electrical and Electronic Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Laman FB Rasmi Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

๐ŸŽ‰ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐” ๐‰๐€๐˜๐€! ๐ŸŽ‰Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), UTHM mengucapkan setinggi-tinggi ta...
19/10/2026

๐ŸŽ‰ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐” ๐‰๐€๐˜๐€! ๐ŸŽ‰

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ๐๐ฎ๐ซโ€™๐€๐Ÿ๐ข๐Ÿ๐š๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐˜๐จ๐ฎ๐ฌ๐ซ๐ข di atas pemilihan beliau bagi mengikuti program mobiliti antarabangsa:

โœˆ๏ธ Short-Term Research Training and Cultural Exchange Programme
๐Ÿ›๏ธ National Institute of Technology, Gifu College, Jepun
๐Ÿ“… 18 Oktober โ€“ 23 November 2026

Semoga program ini memberi sejuta pengalaman bermakna, memperkasakan kemahiran penyelidikan, serta menjadi pendorong untuk terus cemerlang di persada antarabangsa! ๐ŸŒธ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ต

Selamat Maju Jaya!

:: JEMPUTAN MAJLIS HI TEA ALUMNI FKEE : "Jalinan Alumni Memacu Kolaborasi Industri" ::Assalamualaikum dan Salam Sejahter...
19/10/2026

:: JEMPUTAN MAJLIS HI TEA ALUMNI FKEE : "Jalinan Alumni Memacu Kolaborasi Industri" ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak FKEE ingin menjemput Tuan/Puan ke Majlis Hi Tea Alumni FKEE "Jalinan Alumni Memacu Kolaborasi Industri" di ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 21 November 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 2.00 pm hingga 5.00 pm
๐Ÿซ Tempat: Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru
๐Ÿ‘•Tema Pakaian: Warna Pastel

๐Ÿ’ฐ Yuran penyertaan:
๐ŸŒŸ Dewasa: RM80
๐ŸŒŸ Kanak-kanak (4-11 tahun): RM40

๐Ÿง Pembayaran penyertaan ke akaun berikut:
01070001084718
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Koperasi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) UTHM Berhad
Ref: Hi-Tea

Link pendaftaran: https://forms.gle/eJvFoVQuWpwvoZ9E6

JOM semua Alumni FKEE!!! Ayuh kita kembalikan nostalgia dan kenangan indah di FKEE sambil mencipta memori-memori baru bersama! ๐Ÿฉท

JAWATANKUASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN DAN ALUMNI FKEE

12/10/2026
๐Ÿค–๐Ÿš€ PROGRAM JARINGAN KOMUNITI: FKEE UTHM SUKSES ANJUR MAKEROBOT CHALLENGE 2026 DI SMIH PASIRRIS! ๐Ÿš€๐Ÿค–Fakulti Kejuruteraan E...
08/10/2026

๐Ÿค–๐Ÿš€ PROGRAM JARINGAN KOMUNITI: FKEE UTHM SUKSES ANJUR MAKEROBOT CHALLENGE 2026 DI SMIH PASIRRIS! ๐Ÿš€๐Ÿค–

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan bangganya telah berjaya menganjurkan pertandingan robotik Makerobot Challenge 2026 bagi memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)! ๐ŸŒŸ

Program pemindahan ilmu dan teknologi ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada para pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Pasirris, Batu Pahat. Pertandingan ini melibatkan penyertaan aktif daripada 22 orang ahli Kelab Robotik SMIH, serta 6 orang wakil berpotensi tinggi daripada Kelab Sains SMIH. ๐Ÿงฌโš™๏ธ

Butiran Program:
๐Ÿ“… Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 2:00 - 5:30 petang
๐Ÿ“ Lokasi: SMI Hidayah BP, Jalan Kg Olak Batu, Parit Raja

Kejayaan penganjuran program ini adalah hasil sinergi mantap antara pihak FKEE bersama rakan kerjasama strategik kami iaitu Innocube, MakerSpace, dan IEEE Student Branch. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan inisiatif ini, serta pihak sekolah yang memberikan kerjasama penuh. ๐Ÿค๐ŸŽ“

Tahniah kepada semua bakal jurutera dan inovator muda SMIH yang telah menunjukkan daya saing dan kreativiti yang hebat dalam mengendalikan robot masing-masing! Semoga pendedahan ini menjadi titik tolak untuk mereka terus meneroka dunia kejuruteraan dan teknologi di masa hadapan. ๐Ÿ’ก๐Ÿ”ง

Teruskan menyokong inisiatif FKEE dalam memperkasakan pendidikan STEM kepada komuniti!

28/09/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐จ๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐ค๐ž ๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š

Program Mobiliti Latihan Industri Antarabangsa ke Indonesia telah dilaksanakan selama 10 minggu dan berakhir pada 18 September 2026. Program ini merupakan salah satu inisiatif Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan melalui kerjasama strategik bersama institusi akademik dan industri di Indonesia.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universitas Bakrie, Indonesia, serta melibatkan penempatan latihan industri di PT Helio Synar Energi dan PT VKTR Teknologi Mobilitas Tbk. Program ini melibatkan dua (2) orang pelajar FKEE, iaitu Julia Binti Huszian dan Nik Nureen Nasuha Al-Husaini Binti Ahmad.

Sepanjang program, para pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang berkaitan kejuruteraan elektrik, tenaga boleh diperbaharui, infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV), teknologi mobiliti elektrik, pengurusan produk dan sistem pengurusan kualiti.

Kerjasama bersama Universitas Bakrie turut memberikan nilai tambah kepada program melalui interaksi akademik dan pendedahan kepada ekosistem pendidikan serta industri di Indonesia. Para pelajar berpeluang berkongsi pengalaman latihan industri dan hasil pembelajaran bersama pihak akademik di Universitas Bakrie sebagai sebahagian daripada pengalaman mobiliti antarabangsa mereka.

FKEE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universitas Bakrie, PT Helio Synar Energi dan PT VKTR Teknologi Mobilitas Tbk atas kerjasama, bimbingan serta sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran program dan memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar.




28/09/2026

AL-FATIHAH

Negara kehilangan seorang insan yang cukup disegani. Seorang wanita yang lembut pekertinya, tenang peribadinya, dan besar jasanya kepada masyarakat serta negara. Pemergian seorang tokoh yang pastinya meninggalkan rasa kehilangan besar di hati seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga UTHM.

Semoga roh Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

28/09/2026

๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐…๐Š๐„๐„ ๐ญ๐ข๐ฆ๐›๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐‘&๐ƒ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐“๐š๐ญ๐ž๐ฒ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ ๐š๐ค๐ฎ ๐†๐ซ๐จ๐ฎ๐ฉ, ๐‰๐ž๐ฉ๐ฎ๐ง

Seramai 3 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), UTHM, iaitu Abigail Su Kwong Rou, Benedict Pโ€™ng Zi Hao dan Muhammad Imran bin Zahari, telah berjaya menamatkan Program Mobiliti Latihan Industri Antarabangsa di Toyama, Jepun dari 13 Julai hingga 18 September 2026.

Dijalankan dengan kerjasama University of Toyama dan Tateyama Kagaku Group, program ini menempatkan para pelajar di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) syarikat tersebut. Di sana, mereka diberi tanggungjawab mengendalikan projek sebenar industri.

Antara tugasan yang dilaksanakan ialah:
๐Ÿ”น Pengukuran berasaskan LIDAR dan robotik
๐Ÿ”น Pemprosesan data awan titik 3D
๐Ÿ”น Analisis isyarat ultrasound bagi aplikasi pengimejan perubatan

Pada akhir program, para pelajar turut membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan jurutera Tateyama Kagaku.

Sepanjang tempoh tersebut, para pelajar dibimbing oleh Professor Hasegawa dari University of Toyama serta jurutera syarikat. Dari pihak fakulti, PM Ir. Dr. Nabilah dan PM Dr. Mariyam Jamilah bertindak sebagai penyelaras program.

Pengalaman ini membuktikan bahawa pelajar FKEE mampu bersaing dan menyumbang di persekitaran industri bertaraf antarabangsa. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar FKEE pada masa hadapan.




๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐จ๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐ค๐ž ๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š Program Mobiliti Latihan Industri Antarabangsa ke Indonesia ...
28/09/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐จ๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐ค๐ž ๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š

Program Mobiliti Latihan Industri Antarabangsa ke Indonesia telah dilaksanakan selama 10 minggu dan berakhir pada 18 September 2026. Program ini merupakan salah satu inisiatif Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan melalui kerjasama strategik bersama institusi akademik dan industri di Indonesia.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universitas Bakrie, Indonesia, serta melibatkan penempatan latihan industri di PT Helio Synar Energi dan PT VKTR Teknologi Mobilitas Tbk. Program ini melibatkan dua (2) orang pelajar FKEE, iaitu Julia Binti Huszian dan Nik Nureen Nasuha Al-Husaini Binti Ahmad.

Sepanjang program, para pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang berkaitan kejuruteraan elektrik, tenaga boleh diperbaharui, infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV), teknologi mobiliti elektrik, pengurusan produk dan sistem pengurusan kualiti.

Selain penguasaan kemahiran teknikal, program ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, penyediaan dokumentasi teknikal, pembentangan dan penyesuaian diri dalam persekitaran kerja antarabangsa.

Kerjasama bersama Universitas Bakrie turut memberikan nilai tambah kepada program melalui interaksi akademik dan pendedahan kepada ekosistem pendidikan serta industri di Indonesia. Para pelajar berpeluang berkongsi pengalaman latihan industri dan hasil pembelajaran bersama pihak akademik di Universitas Bakrie sebagai sebahagian daripada pengalaman mobiliti antarabangsa mereka.

FKEE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universitas Bakrie, PT Helio Synar Energi dan PT VKTR Teknologi Mobilitas Tbk atas kerjasama, bimbingan serta sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran program dan memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar.




๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐…๐Š๐„๐„ ๐ญ๐ข๐ฆ๐›๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐‘&๐ƒ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐“๐š๐ญ๐ž๐ฒ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ ๐š๐ค๐ฎ ๐†๐ซ๐จ๐ฎ๐ฉ, ๐‰๐ž๐ฉ๐ฎ๐งSeramai 3 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Elekt...
28/09/2026

๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐…๐Š๐„๐„ ๐ญ๐ข๐ฆ๐›๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐‘&๐ƒ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐“๐š๐ญ๐ž๐ฒ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ ๐š๐ค๐ฎ ๐†๐ซ๐จ๐ฎ๐ฉ, ๐‰๐ž๐ฉ๐ฎ๐ง

Seramai 3 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), UTHM, iaitu Abigail Su Kwong Rou, Benedict Pโ€™ng Zi Hao dan Muhammad Imran bin Zahari, telah berjaya menamatkan Program Mobiliti Latihan Industri Antarabangsa di Toyama, Jepun dari 13 Julai hingga 18 September 2026.

Dijalankan dengan kerjasama University of Toyama dan Tateyama Kagaku Group, program ini menempatkan para pelajar di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) syarikat tersebut. Di sana, mereka diberi tanggungjawab mengendalikan projek sebenar industri.

Antara tugasan yang dilaksanakan ialah:
๐Ÿ”น Pengukuran berasaskan LIDAR dan robotik
๐Ÿ”น Pemprosesan data awan titik 3D
๐Ÿ”น Analisis isyarat ultrasound bagi aplikasi pengimejan perubatan

Pada akhir program, para pelajar turut membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan jurutera Tateyama Kagaku.

Sepanjang tempoh tersebut, para pelajar dibimbing oleh Professor Hasegawa dari University of Toyama serta jurutera syarikat. Dari pihak fakulti, PM Ir. Dr. Nabilah dan PM Dr. Mariyam Jamilah bertindak sebagai penyelaras program.

Pengalaman ini membuktikan bahawa pelajar FKEE mampu bersaing dan menyumbang di persekitaran industri bertaraf antarabangsa. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar FKEE pada masa hadapan.




The Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), UTHM is delighted and honored to welcome our new batch of i...
23/09/2026

The Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), UTHM is delighted and honored to welcome our new batch of international mobility students!

Letโ€™s extend a warm welcome to:

๐Ÿ‡ซ๐Ÿ‡ท Lou Pรฉpin Poussard
Home Institution: ENSC (Bordeaux INP), France
Program: 1-Semester Exchange Student (Master of Science in Internet of Things)

๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ต Mirei Azuma & Reina Hioki
Home Institution: National Institute of Technology, Gifu College, Japan
Program: 1-Month Exchange Student (Research Internship)

Their registration went smoothly. The presence of our international students not only drives the faculty's internationalization goals forward but also creates wonderful opportunities for cultural exchange and academic networking for FKEE.
We wish you all a meaningful learning and research experience, along with unforgettable memories here in Malaysia!
All the best, and once again, welcome to the FKEE family!




Address

Faculty Of Electrical And Electronic Engineering (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FKEE, UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share