PROFMs UTHM

PROFMs UTHM Centre of project, property and facilities maagement services (PRoFMs) is a research centre established under Faculty

22 Mei 2026 - Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (FPTP), UTHM melalui penganjuran PRoFMS telah berjaya mengadak...
23/05/2026

22 Mei 2026 - Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (FPTP), UTHM melalui penganjuran PRoFMS telah berjaya mengadakan Program Penerbitan Umum yang memfokuskan kepada pemerkasaan penulisan kreatif dan ilmiah dalam kalangan staf.

Program ini menampilkan Prof. Madya Dr. Md Fauzi bin Ahmad , seorang ahli akademik yang aktif dan prolifik menulis artikel di ruangan surat khabar tempatan. Beliau telah berkongsi pelbagai tip praktikal, strategi penulisan, serta pengalaman luas beliau sepanjang bergelar penulis akhbar bersama lebih 30 orang staf FPTP yang hadir.

Pihak PRoFMs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Md Fauzi atas kesudian berkongsi ilmu, serta syabas kepada Dr. Haidaliza selaku Pengarah dan semua AJK Program di atas usaha dalam menjayakan program ini. Penghargaan juga kepada YBrs. Dekan, Prof. Madya Dr. Md Asrul Nasid bin Masrom yang dapat hadir menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Diharapkan program ini dapat menyemarakkan budaya penulisan dalam kalangan warga universiti amnya dan fakulti khususnya.

Address

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PROFMs UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PROFMs UTHM:

Shortcuts

Share