Smart Strainer Team

Smart Strainer Team page ini bertujuan untuk Project Kursus Creative & Innovative.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA PERSATUAN SAINS RUMAH T...
20/07/2023

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA PERSATUAN SAINS RUMAH TANGGA SMK TUN ISMAIL, PARIT RAJA

Pada 11 Mei 2023, Program It's Culinary Time! (ICT 2023) Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Knowledge Transfer Programme ini adalah kaedah praktikal untuk pemindahan pengetahuan melalui pertukaran idea kreatif, pengalaman dan kemahiran guru pelatih daripada UTHM kepada pelajar Sains Rumah Tangga. Program ini telah dianjurkan oleh Guru Praktikal dari Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, UTHM dengan kerjasama Persatuan Sains Rumah Tangga SMK Tun Ismail. Program ini berlangsung selama 5 jam bermula 7.30 pagi sehingga 8:30 pagi untuk Sesi 1 (Taklimat & Perbentangan Tajuk Dessert) dan 2:30petang - 5:30petang untuk Sesi 2 iaitu Pertandingan Membuat Basque Burnt Cheesecake. Program ini juga berjaya meraih seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada golongan para pelajar tingkatan 4 Dedikasi dan 4 Ehsan yang mengambil subjek Sains Rumah Tangga Tingkatan 4. Program ini telah dilaksanakan di dua tempat iaitu Bengkel Jahit dan Bengkel Masak SRT SMK Tun Ismail.

Pengarah program ICT 2023 ini ialah Saudara Emmanuel Aaron Alvin Uping Anak Bernadine dan Timbalan Pengarah ialah Saudari Nurshafiqa Fatehah, dibantu oleh Saudara Adham dan Saudari Nur Hafizah iaitu Guru Praktikal di SMK Tun Ismail dan merupakan pelajar Univeristi Tun Hussein Onn Malaysia. Ahli panel juri bagi pertandingan ini adalah Puan Lizastura iaitu Guru Panitia Pendidikan Seni Visual, seterusnya Puan Norzila iaitu Ketua Bidang Teknikal dan Vokasional dan juri yang ketiga ialah Pengarah Program sendiri. Program ICT 2023 ini juga turut dirasmikan oleh Puan Norzila, GKMP TVET SMK Tun Ismail. Pertandingan Membuat Basque Burnt Cheesecake telah dijuarai oleh Pasukan Panther manakala tempat kedua adalah Pasukan Cheetah dan ketiga Pasukan Tiger. Untuk sagihati ialah Pasukan Lion dan Pasukan Jaguar.

Dengan penganjuran program ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan dalam pencuci mulut atau dessert dengan lebih mendalam. Para peserta berjaya melatih diri untuk menerapkan nilai kerjasama dan komunikasi yang berkesan yang berlaku sepanjang Program ICT 2023 berlangsung dan sudah tentunya menjadi pengalaman yang sangat bermakna bagi para peserta serta menyuntik semangat kepada para peserta untuk bergiat aktif dalam menyertai apa jua aktiviti seperti pertandingan memasak yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Tuntasnya, setelah tamat program, para peserta mengisi borang maklum balas yang telah disediakan. Program ini juga diharapkan dapat memupuk minat serta mengasah bakat pelajar dalam penyediaan makanan yang dipelajari agar dapat diaplikasikan dalam kerjaya yang bersesuaian dengan bidang pelajar dan menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mencari penyelesaian bagi permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif.Semua peserta turut berpuas hati dengan anjuran pertandingan ini, para pelajar juga berharap pertandingan seperti ini dapat disebarluas dan diteruskan dengan memperbanyakkan jumlah penyertaan yang boleh menyertai pertandingan ini agar secara tidak langsung para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail menjadi para pelajar yang bergiat aktif pada program yang akan datang.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL, UTHM DENGAN KERJASAMA PANITIA KATERING DAN PENYAJIANPada 24 Mei 2023, Progra...
20/07/2023

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL, UTHM DENGAN KERJASAMA PANITIA KATERING DAN PENYAJIAN

Pada 24 Mei 2023, Program Pertandingan Memasak “Pinggan Sihat” Sekolah Menegah Kebangsaan Pandan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, UTHM dengan kerjasama Panitia Katering Dan Penyajian. Pertandingan ini berlangsung selama 3 jam bermula 7.40 pagi sehingga 10.40 pagi dan pertandingan ini juga berjaya meraih seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada golongan para pelajar iaitu wakil setiap badan beruniform sekolah iaitu Kadet Polis, Puteri Islam, Kadet pertahanan awam, Kadet Bomba dan Penyelamat, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah, Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah.

Pengarah program ini adalah Saudari Nur Izzati binti Samsuddin, Guru Praktikal di SMK Pandan dan merupakan pelajar Univeristi Tun Hussein Onn Malaysia. Ahli panel juri bagi pertandingan ini adalah Encik Daeme bin Abu Bakar iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Pandan,Puan Nor Azizah binti Omar iaitu Ketua Bidang Teknik dan Vokasional dan juri yang ketiga ialah Encik Mohd Amir bin Adi iaitu penyelaras pasukan badan beruniform SMK Pandan. Program pertandingan memasak “Pinggan Sihat” ini juga turut dirasmikan oleh Puan Jamaliah binti Shariff iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Pandan. Pertandingan memasak “Pinggan Sihat” telah dijuarai oleh badan beruniform Pengakap manakala tempat kedua adalah badan beruniform Bulan Sabit Merah dan tempat ketiga adalah badan berunifrom Puteri Islam dan pihak penganjur juga menyediakan hadiah sagu hati kepada para peserta yang lain. Dengan penganjuran program ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan kepentingan menjaga pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian para pelajar. Para peserta berjaya melatih diri untuk menangani tekanan dan konflik yang berlaku sepanjang pertandingan memasak “Pinggan Sihat” berlangsung dan sudah tentunya menjadi pengalaman yang sangat bermakna bagi para peserta serta menyuntik semangat kepada para peserta untuk bergiat aktif dalam menyertai apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah Akhir sekali, setelah tamat para peserta mengisi borang maklum balas dan kehadira kertas maklumbalas yang telah disediakan.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah sebagai medium bagi meningkatkan kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan memilih makanan yang sihat dan seimbang. Program ini juga diharapkan dapat memupuk kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pengetahuan gaya pemakanan yang sihat dan juga seimbang dan kemahiran serta ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam konteks pemilihan makanan yang sihat.
Hasil kerjasama semua pihak, pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya tanpa mengalami sebarang masalah. Semua peserta turut berpuas hati dengan anjuran pertandingan ini, para pelajar juga berharap pertandingan seperti ini dapat disebarluaskan dengan memperbanyakkan jumlah peserta yang boleh menyertai pertandingan ini agar secara tidak langsung para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan menjadi para pelajar yang bergiat aktif serta berani mencabar diri sendiri untuk menyertai pertandingan dan merasai sendiri pengalaman bertanding secara sihat dalam kalangan para pelajar.

Address

UTHM
Batu Pahat
86400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smart Strainer Team posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share