23/09/2026
BIOSAFETY TRAINING: COMPLIANCE, DECONTAMINATION AND PPE (HANDS-ON)
Program Biosafety Training: Compliance, Decontamination And PPE (Hands-On) ini telah dihadiri oleh enam orang Penolong Jurutera dari Institut Kejuruteraan Integrasi (IIE) iaitu En. Mohd Azwadi dan En. Ahmad Nasrul (MiNT-SRC), En. Mokhtar dan En An'Amurahman (AMMC), Pn. Miskiah (EMC) dan En. Mohd Azwan (MPRC). Program ini merupakan anjurkan bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dan Prince Of Songkla University (PSU), Hat Yai Thailand.
Program intensif selama dua hari (23-24 September 2026) ini telah membuka tirainya secara rasmi pagi tadi dengan pengisian yang padat demi memperkasakan kawalan keselamatan biologi di makmal.
Hari Pertama 23 September 2026
Sesi pagi: Pematuhan Dan Garis Panduan Biosafety
Tirai program ini dibuka dengan pendaftaran peserta serta ucapan aluan dari Prof. Madya. Dr. Farrah Aini Binti Dahalan yang merupakan Pengarah Pusat Pengurusan Keselamatan Dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) UniMAP manakala penceramah jemputan bagi program ini ialah Prof. Madya. Dr. Venugopal Balakrishnan dari Institut For Research Molecular Medicine, Universiti Sains Malaysia, USM.
Slot pertama dimulakan dengan :
Session 1: Biosafety Compliance and Guidelines bagi memastikan setiap peserta memahami standard dan regulasi keselamatan makmal terkini.
Sesi Tengahari: Pencegahan Kontaminasi.
Session 2: Contamination Prevention and Case Study. Melalui sesi ini, para peserta didedahkan dengan kajian kes sebenar untuk memahami kaedah terbaik dalam mencegah sebarang risiko kontaminasi biologi.
Sesi Petang: Hands-On PPE & Pencegahan Jangkitan.
Session 3: Important of PPE in Biosafety yang mengupas peranan kritikal kelengkapan pelindung diri.
Session 4: Infection Prevention in Laboratory (Hands-On). Slot praktikal ini dimana peserta mempraktikkan sendiri langkah-langkah pencegahan Jangkitan secara betul dan selamat.
Sesi hari ini diakhiri dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderahati serta bergambar beramai-ramai.
Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu COSHE UniMAP atas pengajuran program ini.