Mint-Src

Mint-Src Microelectronics & Nanotechnology - Shamsuddin Research Centre or MiNT-SRC is one of the Center of E

Delegasi UTHM dan PRSB Mengadakan Kunjungan Kerja ke Hokkaido Universiti, JepunEvents | 25–29 November 2025Delegasi gabu...
05/12/2025

Delegasi UTHM dan PRSB Mengadakan Kunjungan Kerja ke Hokkaido Universiti, Jepun

Events | 25–29 November 2025

Delegasi gabungan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pihak industri Petronas Research Sdn Bhd (PRSB) telah mengadakan kunjungan kerja ke Hokkaido University, Jepun bagi tujuan penanda aras dan pengukuhan kerjasama penyelidikan antarabangsa. Lawatan ini berlangsung dari 25 hingga 29 November 2025 dan melibatkan sesi libat sama bersama penyelidik dan pelajar dari Pusat Penyelidikan Shamsuddin – Mikroelektronik dan Nanoteknologi (MiNT-SRC), Institut Kejuruteraan Integrasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Bidang tumpuan lawatan adalah berkaitan teknologi plasma, bahan termaju dan tenaga. Disamping lawatan penyelidikan, delegasi ini diketuai oleh Prof. Dr. Nafarizal bin Nayan dari Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTHM juga cuba mendapatkan peluang pendanaan geran penyelidikan antarbangsa.

Lawatan Akademik

1. Laboratory of Plasma Processing for Environmental Technology

Delegasi telah memulakan lawatan akademik ke Laboratory of Plasma Processing for Environmental Technology, Division of Quantum Science and Engineering, yang dipimpin oleh Prof. Koichi Sasaki. Makmal ini terkenal dengan kepakaran dalam teknologi plasma suhu rendah (low-temperature plasma) pada tekanan atmosfera yang diaplikasikan untuk rawatan air dan udara, pemprosesan bahan, surface modification serta penyelesaian berkaitan alam sekitar.
Sesi perbincangan turut memberi ruang kepada penerokaan potensi kerjasama dengan UTHM, khususnya dalam bidang diagnostik plasma, interaksi plasma–bahan, aplikasi pensterilan, agroteknologi serta inovasi tenaga berasaskan plasma.

2. Laboratory of Energy Media, Centre for Advanced Research of Energy & Materials

Lawatan kedua telah diadakan di bawah penyeliaan Prof. Takahiro Nomura. Fokus utama penyelidikan makmal ini merangkumi:
• pembangunan bahan penyimpan haba berkapasiti tinggi,
• bahan penyimpan dan pemisah oksigen,
• teknologi penghasilan besi berasaskan ammonia,
• sintesis bahan baharu melalui kaedah pembakaran (combustion method), dan
• reka bentuk sistem industri berkecekapan tinggi bagi meminimumkan pembaziran tenaga.
Perbincangan turut menyentuh peluang kolaborasi akademik–industri serta penyertaan bersama dalam projek penyelidikan masa hadapan.

Aktiviti Budaya

Sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan, delegasi turut mengunjungi Otaru Music Box Museum bagi memahami sejarah, budaya dan warisan tempatan di wilayah Hokkaido.

Senarai Delegasi UTHM dan PRSB

• Prof. Dr. Nafarizal bin Nayan – Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UTHM & Penyelidik Utama MiNT-SRC, I2E, UTHM
• Dr. Noor Kamalia binti Abd Hamed – Pensyarah, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UTHM
• Dr. Riyaz Ahmad bin Mohamed Ali – Pensyarah, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM
• Dr. Zulkifli bin Azman – Pembantu Penyelidik, UTHM
• Ms. Natasya Salsabiila – Pelajar PhD, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM
• Dr. Jia Cherng Chong – Penyelidik, Petronas Research Sdn Bhd

Kunjungan kerja ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan penyelidikan antarabangsa, meningkatkan keupayaan penyelidikan strategik UTHM-PRSB, serta membuka ruang kerjasama baharu antara UTHM dan Hokkaido University.

Tahniah Team Integra X Five
28/11/2025

Tahniah Team Integra X Five

CONGRATULATION WORLD CHAMPION🎉🥇 *Heartiest Congratulations to Malaysia’s Representative, Natasya Salsabiila!* 🇲🇾We are p...
28/11/2025

CONGRATULATION WORLD CHAMPION

🎉🥇 *Heartiest Congratulations to Malaysia’s Representative, Natasya Salsabiila!* 🇲🇾

We are proud to announce that *Natasya Salsabiila* has emerged as the *WORLD CHAMPION* of the *Young Persons’ World Lecture Competition (YPWLC) 2025*, organised by IOM3 at the world level!

This outstanding victory marks a remarkable achievement for Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) and for Malaysia on the global stage.

A special appreciation goes to *Prof. Madya Ts. Dr. Hamimah Binti Abd Rahman, Prof. Madya Ir. Dr. Sufizar Binti Ahmad, Prof. Dr. Nafarizal Bin Nayan*, and *Dr. Abdul Hakim bin Md Yusop (Chairperson, IMM MLC committee)* for their continuous guidance, encouragement, organizing and unwavering support throughout this journey.

✨ Your dedication, excellence, and commitment have made the nation proud. Congratulations once again on this extraordinary accomplishment!






14/08/2025

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua warga kerja di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas PPSM, Anugerah Inspirasi Cendekiawan, Anugerah Sukan, Anugerah Jasa 30 Tahun, Anugerah Taat Setia dan Anugerah Jasa Bakti sempena Anugerah Bitara Kirana 2025.

Penganugerahan ini adalah pengiktirafan atas usaha gigih, komitmen, dan kecemerlangan yang telah anda tunjukkan. Saya berharap kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita semua terus melangkah maju, memperkukuh budaya kerja yang berkualiti, inovatif, dan berintegriti demi kecemerlangan UTHM.

Syabas dan tahniah sekali lagi atas pencapaian yang membanggakan!

RMC UTHM Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTHM - ICC ICRC UTHM - Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat Institut Kejuruteraan Integrasi Penerbit UTHM Transform UTHM ISWAJ Malaysia Research Institute For Vocational Education & Training Malaysian Real Estate Institute - MYREI Metro System Academy - MSA UTHM

TECHNICAL SESSION ON XRF EQUIPMENT FROM BRUKER13 OGOS 2025BILIK PERBINCANGAN MiNT-SRC, BLOK F5
14/08/2025

TECHNICAL SESSION ON XRF EQUIPMENT FROM BRUKER

13 OGOS 2025
BILIK PERBINCANGAN MiNT-SRC, BLOK F5

BRUKER EDS WORKSHOP -SRC12 Ogos 2025Bilik Seminar MiNT-SRC, Aras1, Blok F5
14/08/2025

BRUKER EDS WORKSHOP -SRC

12 Ogos 2025
Bilik Seminar MiNT-SRC, Aras1, Blok F5

ANUGERAH BITARA KIRANA 2025Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada staf MiNT-SRC yang menerima Anugerah Bitara Kirana 2...
12/08/2025

ANUGERAH BITARA KIRANA 2025

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada staf MiNT-SRC yang menerima Anugerah Bitara Kirana 2025 yang telah diadakan di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) UTHM pada 11 Ogos 2025.

Prof. Madya. Dr. Marlia Morsin yang juga merupakan Ketua Pusat MiNT-SRC dan Prof. Dr. Nafarizal Nayan, Pengarah RMC UTHM menerima Anugerah Taat Setia (ATS) sempena 20 tahun perkhidmatan di UTHM dan Mohd Azwadi Omar menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga staf MiNT-SRC dan semoga terus cemerlang dimasa akan datang

LAWATAN PENANDA ARAS DARI MAKMAL NANO-SCITECH, INSTITUT SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), SHAH ALAM KE MINT-SRC9 ...
09/07/2025

LAWATAN PENANDA ARAS DARI MAKMAL NANO-SCITECH, INSTITUT SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), SHAH ALAM KE MINT-SRC

9 Julai 2025
MiNT-SRC telah menerima Lawatan Penanda Aras dari Makmal Nano-SciTech, Institut Sains, UiTM Shah Alam yang diketuai oleh Senior Fellow Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Firdaus Malek, Ts. Salifairuz Mohammad Jafar dan En. Azlan Jaafar. Manakala MiNT-SRC diwakili oleh Ketua Pusat MiNT-SRC iaitu Prof. Madya. Dr. Marlia Morsin, Puan Faezahana Mohkhter, Encik Ahmad Nasrull Mohamad dan Encik Azwadi Omar.

Dalam lawatan ini, MiNT-SRC telah berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman dan maklumat berkaitan pengurusan di MiNT-SRC, perkhidmatan yang ditawarkan serta membawa deligasi melawat ke makmal- makmal bagi menunjukkan peralatan-peralatan yang terdapat di MiNT-SRC yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pengujian sampel.

Semoga dengan lawatan ini akan mewujudkan kerjasama dua hala antara MiNT-SRC dan Makmal Nano-SciTech, Institut Sains, UiTM Shah Alam.

Address

Uthm
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mint-Src posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Mint-Src:

Share