MH Translation Consultant Legacy

MH Translation Consultant Legacy Menyediakan Khidmat Terjemahan Bahasa Arab-Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris dalam pelbagai bentuk teks

18/05/2025

Perkhidmatan yang ditawarkan:

1) Terjemahan (Melayu, Inggeris, Arab & Indonesia)
2) Bacaan Pruf/Proofreading
3) Penyuntingan/Editing
4) Memformat dokumen/Formatting
5) Transkripsi Audio/Video
6) Menaip
7) Pembantu Penyelidik
8) Menghasilkan karya kreatif
9) Membariskan perkataan Arab
10) Mencari nama yang baik dan sesuai untuk bayi

Murni Syakirah Musa
Pengasas MH Translation Consultant Legacy

18/05/2025

Assalamualaikum semua. Selamat pagi.

Sahabat dunia akhirat. Semoga segala doa menjadi azimat agar diri lebih bersemangat. Inspirasi meraih berkat. Menjulang posisi terindah di sisi Allah, Tuhan Yang Maha Hebat.

KENANGAN INDAH 17 Februari 2022. Lebih kurang 3 minggu sebelum suami dijemput pulang ke pangkuan ilahi. Buat kerja sambi...
17/02/2024

KENANGAN INDAH

17 Februari 2022. Lebih kurang 3 minggu sebelum suami dijemput pulang ke pangkuan ilahi. Buat kerja sambil menemani suami di Pusat Hemodialisis. Selesaikan kerja transkripsi video. Salah satu perkhidmatan yang saya tawarkan kepada masyarakat.

Ramai yang tanya, "Apa itu transkripsi video"? Mendengar ucapan/temu bual yang disampaikan melalui rakaman video. Kemudian, menukarkan setiap isi ucapan dan temu bual tersebut ke dalam bentuk teks bertulis. Proses ini melibatkan pelbagai bidang, termasuklah perundangan, perubatan dan sebagainya. Video yang sedang saya tonton dan dengar ini berdurasi 2 jam 20 minit 59 saat. Proses yang memerlukan ketelitian dan kesabaran yang agak tinggi.

Saya masih ingat kali pertama saya tawarkan perkhidmatan transkripsi audio/video, seorang klien memerlukan perkhidmatan tersebut untuk lebih daripada 1 audio. Jumlah durasi keseluruhan hampir 5 jam dan perlu disiapkan dalam masa 2 hari. Pulun habis-habisan untuk siapkan. Bersengkang mata. Alhamdulillah dapat siapkan dengan pertolongan Allah. Terlalu penat sehingga demam satu badan. Pengalaman berharga.

NO PAIN NO GAIN

Murni Syakirah Musa
Pengasas
MH Translation Consultant Legacy (TR0194565-A)

Tengah berehat. Redakan ketidakselesaan akibat demam. Tiba-tiba klien hantar mesej beritahu tesis beliau dah lulus. Pera...
16/06/2022

Tengah berehat. Redakan ketidakselesaan akibat demam. Tiba-tiba klien hantar mesej beritahu tesis beliau dah lulus. Peratusan turnitin (plagiarism check) hanya 6%. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Itu pentingnya sesebuah tesis mendapatkan perkhidmatan bacaan pruf (Proofreading). Ketika proses membaca pruf, saya akan membaca keseluruhan teks. Menyemak ejaan, melakukan penambahbaikan dari segi tatabahasa dan juga melakukan proses Paraphrasing (mengolah balik ayat dalam teks mengikut kesesuaian) supaya tidak ada unsur plagiat dalam penulisan. Apabila klien berjaya, saya tumpang gembira.

Murni Syakirah Musa
Penterjemah/Pembaca Pruf Bebas

Tahniah, Puan. Nanti dah boleh panggil Dr. Terima kasih, Allah.
09/03/2022

Tahniah, Puan. Nanti dah boleh panggil Dr. Terima kasih, Allah.

08/03/2022
Alhamdulillah. Haza rahmatun min rabbi. Tahniah, puan. Kami turut berbangga dengan puan. Sangat gembira mendapat berita ...
07/03/2022

Alhamdulillah. Haza rahmatun min rabbi. Tahniah, puan. Kami turut berbangga dengan puan. Sangat gembira mendapat berita baik ini daripada salah seorang klien kami.

Insya-Allah, setiap masa ada sahaja idea untuk menulis. Terima kasih, Allah.
02/03/2022

Insya-Allah, setiap masa ada sahaja idea untuk menulis. Terima kasih, Allah.

02/03/2022

Selesai kerja transkripsi video berbahasa Inggeris berkaitan '21st Century Learning' (13 minit). Kerja seterusnya: terjemahan dan semakan ayat. Terima kasih, Allah.

02/03/2022

Assalamualaikum. Selamat pagi semua sahabat. Sahabat yang hebat. Sahabat yang kuat semangat. Semoga Allah penuhi hidup sahabat sekalian dengan rahmat dan berkat.

Dariku untukmu,
Murni Syakirah Musa

Semoga dapat menjalinkan kerjasama yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih, Allah atas segala peluang.
01/03/2022

Semoga dapat menjalinkan kerjasama yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih, Allah atas segala peluang.

Address

Batu Pahat

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MH Translation Consultant Legacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share