Kelab Iqra' UTHM

Kelab Iqra' UTHM Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1998 oleh pelajar-pelajar sarjana di bawah pihak HEP UTHM. "Membina Generasi Al-Quran"
ki-uthm.blogspot.com

Kelab Iqra' UTHM Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1998 oleh pelajar-pelajar sarjana di bawah HEP. Mendapat perhatian tinggi daripada mahasiswa & mahasiswi semenjak penubuhannya. Melahirkan beberapa barisan pimpinan dalam organisasi kelab & majlis di ITTHO dahulu & kemudian KUiTTHO & sehingga sekarang UTHM. Telah meraih pelbagai anugerah dari peringkat kampus sehingga peringkat IPT.

[🎓 TAHNIAH KONVOKESYEN ALUMNI PIMPINAN KELAB IQRA’ 🎓]Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,Sukacita diucapkan setin...
18/12/2025

[🎓 TAHNIAH KONVOKESYEN ALUMNI PIMPINAN KELAB IQRA’ 🎓]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Sukacita diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Alumni Pimpinan Kelab Iqra’ atas kejayaan menamatkan pengajian dan bergraduasi sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang serta terus membawa nilai kepimpinan, ilmu dan kecintaan terhadap Al-Quran dalam setiap langkah kehidupan.

Seluruh warga Kelab Iqra’ UTHM amat berbangga dengan pencapaian para alumni dan mendoakan kejayaan berterusan di dunia dan akhirat.

Sekian, tahniah dan terima kasih.

“MEMBINA GENERASI AL-QURAN”

Ikuti dan sertai kami di media sosial :
FB : https://www.facebook.com/KelablqraUthm)
IG : https://www.instagram.com/kelab_iqrauthm)
TT : https://www.tiktok.com/)
X : https://x.com/kelabiqrauthm)



05/12/2025

Adakah anda pelajar yang berbakat dalam tilawah Al-Quran? Jom sertai Musabaqah Tilawah Al-Quran sempena Festival Konvokesyen UTHM 2025 anjuran Kelab Iqra' dan hadiah lumayan menanti anda!

🎯 Kategori penyertaan:
> Kategori 1 — Kolej Vokasional & Sekolah Menengah
> Kategori 2 — Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

🗓️ Fasa Pertandingan
Fasa 1️⃣ (Saringan):
> Tarikh: 6 Disember 2025
> Masa: 8.30 Pagi - 12.00 Tengahari
> Tempat: Dewan Al-Farabi & Bilik Al- Wasit Masjid Sultan Ibrahim, UTHM
Fasa 2️⃣ (Pusingan Akhir):
> Tarikh: 11 Disember 2025
> Masa: 4.00 Petang - 6.00 Petang
> Tempat: Pentas Festkon, Padang Kawad UTHM

Slot adalah terhad — daftar sekarang di link dan QR yang diberikan‼️

🔗: https://forms.gle/5Mhhwvd1f4soP5qY7

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Saudara Haqeem: 017-724 3529
Saudara Haziq: 017-835 8773

Ayuh sertai dan tonjolkan bakat bacaan Al-Quran anda! 🌟

“MEMBINA GENERASI AL-QURAN“




[ LENSA PROGRAM : DISKUSI  ILMU 1.0 ]Alhamdulillah, program Diskusi Ilmu anjuran Exco Pembangunan Modal Insan Kelab Iqra...
02/12/2025

[ LENSA PROGRAM : DISKUSI ILMU 1.0 ]

Alhamdulillah, program Diskusi Ilmu anjuran Exco Pembangunan Modal Insan Kelab Iqra’ UTHM telah berlangsung dengan jayanya!

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta panduan kepada para pelajar dalam menyesuaikan diri dan cabaran di peringkat universiti. Terima kasih kepada semua peserta yang turut serta bersama menjayakan sesi ini!

Sekian, terima kasih.
KELAB IQRA' UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
"MEMBINA GENERASI AL-QURAN"

Ikuti dan sertai kami di media sosial :
FB : https://www.facebook.com/KelablqraUthm
IG : https://www.instagram.com/kelab_iqrauthm
TT : https://www.tiktok.com/
X : https://x.com/kelabiqrauthm



Lensa Media 📸 | Program Jelajah Kuala Lumpur 2025Alhamdulillah, Program Jelajah Kuala Lumpur anjuran Kelab Iqra’ UTHM de...
20/11/2025

Lensa Media 📸 | Program Jelajah Kuala Lumpur 2025

Alhamdulillah, Program Jelajah Kuala Lumpur anjuran Kelab Iqra’ UTHM dengan kerjasama Rakan Masjid telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mei 2025.

Antara lokasi yang dikunjungi:
📍 Nasyrul Quran
📍 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
📍 Beryl’s Chocolate Factory
📍 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Semoga perjalanan ilmu ini menambah pengalaman, membuka minda dan mengukuhkan ukhuwah peserta. 🌟

Sekian, terima kasih.
KELAB IQRA’ UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
“MEMBINA GENERASI AL-QURAN”

Ikuti dan sertai kami di media sosial :
FB : https://www.facebook.com/KelabIqraUthm
IG : https://www.instagram.com/kelab_iqrauthm
TT : https://www.tiktok.com/
X : https://x.com/kelabiqrauthm



✨SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER✨Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Kelab Iqra' ...
18/11/2025

✨SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN
SEMESTER✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Kelab Iqra' UTHM ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Pertengahan Semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Gunakan kesempatan ini untuk berehat, memperbaharui semangat, serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jadikan cuti ini ruang untuk memperkukuh hubungan dengan keluarga, mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat, dan membuat refleksi diri ke arah kecemerlangan akademik serta sahsiah.

Semoga cuti ini membawa ketenangan dan kekuatan baharu untuk menghadapi baki semester yang mendatang dengan lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.
KELAB IQRA' UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
"MEMBINA GENERASI AL-QURAN"

Ikuti dan sertai kami di media sosial :
FB : https://www.facebook.com/KelabIqraUthm
IG : https://www.instagram.com/kelab_iqrauthm
TT : https://www.tiktok.com/
X : https://x.com/kelabiqrauthm



03/11/2025

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap pengakhiran membuka ruang permulaan baru. 🌿

Terima kasih kepada barisan kepimpinan sesi 2024/2025 atas segala jasa, masa, dan tenaga.

Selamat datang kepimpinan baharu. Semoga terus membawa sinar dakwah dan semangat Iqra’ ke hadapan!

Sekian, terima kasih.
KELAB IQRA’ UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
“MEMBINA GENERASI AL-QURAN”

——————————————————

Ikuti dan sertai kami di media sosial :
FB : https://www.facebook.com/KelabIqraUthm
IG : https://www.instagram.com/kelab_iqrauthm
TT : https://www.tiktok.com/
X : https://x.com/kelabiqrauthm




Suasana sekitar Majlis Annual Grand Meeting 2025 ✨Dari pendaftaran hingga ke sesi perkongsian ilmu, setiap detik menjadi...
28/10/2025

Suasana sekitar Majlis Annual Grand Meeting 2025 ✨

Dari pendaftaran hingga ke sesi perkongsian ilmu, setiap detik menjadi kenangan yang mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli Kelab Iqra’.

Semoga semangat dan inspirasi daripada majlis ini terus menyala untuk tahun yang akan datang 💫

’UTHM

📸 LENSA MEDIA HARI PROMOSI KELAB IQRA’ MHS UTHM 2025 📸Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,Sukacita dimaklumkan ba...
08/10/2025

📸 LENSA MEDIA HARI PROMOSI KELAB IQRA’ MHS UTHM 2025 📸

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Iqra’ UTHM telah menyertai Hari Promosi Kelab yang berlangsung dengan jayanya sewaktu Minggu Haluan Siswa UTHM 2025.

Program ini menjadi platform untuk memperkenalkan objektif, aktiviti serta peranan Kelab Iqra’ dalam membina generasi mahasiswa yang berilmu, berakhlak dan berteraskan Al-Quran.

Pihak kelab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah singgah ke booth Kelab Iqra’ serta menunjukkan minat untuk menyertai aktiviti kami. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan dan menjadi asbab kepada kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.
KELAB IQRA' UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
“MEMBINA GENERASI AL-QURAN”

——————————————————

Ikuti dan sertai kami di media sosial :
FB : https://www.facebook.com/KelabIqraUthm
IG : https://www.instagram.com/kelab_iqrauthm
TT : https://www.tiktok.com/
X : https://x.com/kelabiqrauthm



[ TAHNIAH & SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2025/2026 ]Assalamualaikum wbt.P...
29/09/2025

[ TAHNIAH & SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2025/2026 ]

Assalamualaikum wbt.

Pimpinan dan seluruh ahli kelab Iqra' Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada mahasiswa/i kemasukan baharu. Tahniah kerana terpilih sebagai salah seorang mahasiswa UTHM.

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.“
(HR Muslim — 4867)

Semoga mahasiswa baharu ini memperoleh ilmu yang bermanfaat dan dapat menyumbang tenaga untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara agar memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

"Membina Generasi Al-Quran"

'



___
Ikuti dan sertai kami di media sosial 👇🏻
📚 Facebook:
• Facebook: https://bit.ly/2ReTpmG
📸 Instagram:
• Instagram: https://bit.ly/2xSHRyY

📖 Menuntut Ilmu Itu Jihad yang Mulia 📖Tahukah anda?Menuntut ilmu bukan sekadar menambah pengetahuan, bahkan ia adalah ji...
29/09/2025

📖 Menuntut Ilmu Itu Jihad yang Mulia 📖

Tahukah anda?
Menuntut ilmu bukan sekadar menambah pengetahuan, bahkan ia adalah jihad yang membuka jalan ke Syurga.

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan ke Syurga.” (Riwayat Muslim)

📚 Mari kita jadikan majlis ilmu sebagai keutamaan kerana setiap langkah menuju ilmu adalah langkah menuju Syurga. ✨

Sekian, terima kasih.
KELAB IQRA' UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
“MEMBINA GENERASI AL-QURAN”

——————————————————

Ikuti dan sertai kami di media sosial :
FB : https://www.facebook.com/KelabIqraUthm
IG : https://www.instagram.com/kelab_iqrauthm
TT : https://www.tiktok.com/
X : https://x.com/kelabiqrauthm



🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA🇲🇾Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam sejahtera,Kami dari Kelab Iqra' U...
16/09/2025

🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA🇲🇾

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam sejahtera,

Kami dari Kelab Iqra' UTHM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia dengan tema Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.

16 September bukan sekadar tarikh, tetapi simbol penyatuan dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Mari kita bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan, menghargai kepelbagaian budaya, dan mengekalkan semangat cintakan tanah air. Bersama kita jayakan Malaysia yang harmoni, makmur, dan sejahtera.

Sekian, terima kasih.
KELAB IQRA' UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
"MEMBINA GENERASI AL-QURAN"

Ikuti dan sertai kami di media sosial :
FB : https://www.facebook.com/KelabIqraUthm
IG : https://www.instagram.com/kelab_iqrauthm
TT : https://www.tiktok.com/
X : https://x.com/kelabiqrauthm



🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1447H🌙Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  ﷺ. Maulidur Rasul bukan sekadar me...
05/09/2025

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1447H🌙

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran baginda ﷺ, tetapi juga peluang kita menghidupkan semula sunnah-sunnah baginda dalam kehidupan seharian.

Baginda diutuskan bukan sekadar sebagai pemimpin umat, tetapi juga sebagai rahmat yang meliputi manusia, haiwan, bahkan seluruh makhluk. Allah S.W.T berfirman:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah al-Anbiya’ : 107)

Pada hari yang penuh barakah ini, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda au, menghidupkan sunnahnya, dan berazam memperbalki diri dengan akhlak mulia yang telah ditunjukkan Baginda.

Seikhlas Hati dari,
KELAB IQRA' UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
"MEMBINA GENERASI AL-QURAN"

Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di:

FB : https://www.facebook.com/KelabIqraUthm
IG : https://www.instagram.com/kelab_iqrauthm
T

Address

D15-101-01N, Tingkat 1
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Iqra' UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share