Akademi Seni Bahasa SR

Akademi Seni Bahasa SR Mencakna Bahasa, Memartabat Bangsa. Klik LIKE!

Tahniah, SK Seri Gading Johan Pesta Pantun Daerah. Kita mencari pengalaman di negeri. Step by step. Biarlah telus dan tu...
14/10/2021

Tahniah, SK Seri Gading Johan Pesta Pantun Daerah. Kita mencari pengalaman di negeri. Step by step. Biarlah telus dan tulus ikhlas dalam menggalas tugasan. Ingat sk lain🤭😬✍️👆

26/01/2021

Seloka: Rakan Taman

Rangkap 1

Rakan Taman Seri Damai,
Laksana Program Bank Rezeki,
Juga Projek Alam Hijau,
Jalin kerjasama yang sungguh erat.

Rangkap 2

Tujuan Bank Rezeki Bergerak,
Kurangkan pembaziran bahan makanan,
Ringankan beban golongan miskin,
Anak yatim dan orang tua.

Rangkap 3

Projek Alam Hijau p**a,
Aktiviti tanam semula pokok,
Akhirnya taman kembali menghijau,
Seri Damai semakin ceria.

26/01/2021

Syair: Permata Keluargaku

Rangkap 1

Bakat adik mula disedari,
Bakat istimewa sukar dicari,
Rasa gembira tidak terperi,
Anugerah Allah kami syukuri.

Rangkap 2

Nasihat guru adik turuti,
Tunjuk ajarnya sentiasa diikuti,
Kuat semangat dan cekal hati,
Tekun berusaha tidak berhenti.

Rangkap 3

Ibu dan ayah tiada menghalang,
Malah gembira bukan kepalang,
Semoga adik terus cemerlang,
Memburu kejayaan gilang-gemilang.

26/01/2021

Seloka Jiran Tetangga

Rangkap 1
Jiran tetangga amat dibangga,
Saling menolong tak kira masa,
Setiap hari bertegur sapa,
Kunjung-mengunjung adat biasa.

Rangkap 2
Jiran peramah rumah di kiri,
Wajahnya manis tiada iri,
Terlalu gemar memasak kari,
Masa terluang asyik menari.

Rangkap 3
Jiran penyegan rumah di kanan,
Setiap minggu hantar makanan,
Ucapan salam penuh sopan,
S**a bergurau dengan teman.

Kenangan 2020
20/01/2021

Kenangan 2020

20/01/2021

Pantun Kenangan:

Assalamualaikum bait yang indah,
Alunan acara tingkah bergema;
Adik praktikum diintai sudah,
Ditugas ke mana kali pertama?

Buah belimbing bersama berangan,
Dimakan tuan sesat di halkum;
Sayang pembimbing dipimpinnya tangan,
Ditingkat acuan si adik praktikum.

Baju bertema memang diidam,
Warna sekata gubahan sendiri;
Memori lama tiada terpadam,
Tetap bertakhta di sanubari.

Johan Pertandingan Mencipta Pantun SR Daerah Batu Pahat Tahun 2020Raja Farah Farzana binti Raja Fairol FaroukTahun 6 Cer...
30/10/2020

Johan Pertandingan Mencipta Pantun SR Daerah Batu Pahat Tahun 2020

Raja Farah Farzana binti Raja Fairol Farouk
Tahun 6 Cerdik
SK Seri Gading, Batu Pahat
Posisi: Pemantun Utama
Pengalaman: 3 Tahun

29/10/2020

Syair:Junjungan Kita

Nabi Muhammad Junjungan Kita,
Mari Berselawat Setiap Ketika,
Walau di Mana Jua Berada,
Umat Menanti Syafaat Darinya.

03/05/2020
28/09/2019

28 September 2019
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pantun Ilmu:

Ke Padang Temu ceramah diperlu,
Bersama tersayang indah dikenang;
Insan berilmu berhemah selalu,
Hatikan riang jiwa pun tenang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nbp130373

Pemantun Terbaik SK Daerah Batu Pahat:Nur Syuhadah binti Mohd Lazim-SK Seri Gading
14/04/2019

Pemantun Terbaik SK Daerah Batu Pahat:
Nur Syuhadah binti Mohd Lazim-SK Seri Gading

Address

NO. 3, Jalan AMAN 2, TAMAN BUDIMAN, PARIT RAJA
Batu Pahat
86400

Telephone

+60177823923

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Seni Bahasa SR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share