Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM

Call Directions Website Contact the university

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฎ ๐—š๐—น๐—ผ๐—ฏ๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฒ๐—ฐ๐—ต๐—ป๐—ผ๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐˜‚๐—ฟ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐˜† ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ( #๐—š๐—ง๐—จ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฌ)

https://linktr.ee/uthmofficial "


๐—ง๐—”๐—š๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—˜
UTHM Produces Professionals
(361)

The establishment history of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia started off on September 16, 1993. The university was formerly known as Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). The core business of PLSP then was to train and produce polytechnics academic staff to become knowledgeable and skilful in various engineering fields. PLSP was upgraded to Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) on April 12, 1996. This promotion is an acknowledgment to the institution that has excelled in producing human resources for technical education. On September 27, 2000, the institute achieved another milestone when the Malaysian government agreed to award a university-college status to the institute. This was to recognise its contributions in science and technology-based development as well as in helping the nation to achieve its aspiration. With the new status, the institution was known as Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) . KUiTTHO continued to grow and progress, producing graduates who were skilful, knowledgeable and competitive. Consequently, the Malaysian government, on September 20, 2006, agreed to award the university-college a full university status and changed its name to Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) on February 1, 2007.

๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก
โ€œTo be a global technical university in sustainable technology and transportation โ€


๐— ๐—œ๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก
โ€œ Provide technical solution for industry and community based on tauhidic paradigm โ€


๐——๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—–๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก
UTHM as a Global Technopreneur University 2030 ( )


๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—ข๐—•๐—๐—˜๐—–๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฆ

๐™๐™๐™ƒ๐™ˆ ๐™€๐˜ฟ๐™-๐™๐™๐˜ผ๐™„๐™‰
Developing competent, professional and entrepreneurial graduates.

๐™๐™๐™ƒ๐™ˆ ๐™๐™€๐˜พ๐™ƒ๐™‰๐™Š๐™‹๐™๐™€๐™‰๐™€๐™๐™
Providing an ecosystem to develop TECHNOPRENEUR.

๐™๐™๐™ƒ๐™ˆ ๐™‹๐™๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„๐™‰
Fulfilling social responsibility towards community and environment.

๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—š๐—ข๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ก๐—–๐—˜
Practising good governance and high performance culture.


๐—˜๐——๐—จ๐—–๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—ข๐—ฃ๐—›๐—ฌ
UTHM education and training, founded on the tauhidic paradigm, strive to produce competent, professional and entrepreneurial graduates, driven by advanced technologies for global development.


๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฅ๐—˜๐—— ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—˜๐—ฆ
Trustworthy
Professional
Innovative


๐— ๐—ข๐—ง๐—ง๐—ข
" With Wisdom , We Explore.

  Sesi Ramah Mesra Menteri Pendidikan Tinggi bersama Pegawai Perhubungan Awam Jabatan, Agensi dan Universiti Awam sempen...
19/10/2026

Sesi Ramah Mesra Menteri Pendidikan Tinggi bersama Pegawai Perhubungan Awam Jabatan, Agensi dan Universiti Awam sempena Program KARISMA Pegawai Perhubungan Awam KPT 2026 anjuran Unit Komunikasi Korporat KPT bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

UTHM diwakili oleh Profesor Dr. Elmy Johana Mohamad (Pengarah) dan Puan Suriayati Baharom (Unit Media dan Kewartawanan), Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat.

Pejabat Komunikasi Korporat Uthm



  | UTHM PERKASA KEMAHIRAN RUNDINGAN STRATEGIK PENTADBIR KANAN MENERUSI PROGRAM MUST LEAD WITH VCBATU PAHAT, 16 Oktober ...
18/10/2026

| UTHM PERKASA KEMAHIRAN RUNDINGAN STRATEGIK PENTADBIR KANAN MENERUSI PROGRAM MUST LEAD WITH VC

BATU PAHAT, 16 Oktober 2026 โ€“ Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas UTHM (PENTAS UTHM) telah menganjurkan program Must Lead with VC: Strategic Negotiation bertempat di Bilik Lestari 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM.

Program yang melibatkan 24 staf pentadbir Gred 13 dan ke atas itu menampilkan YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd. Ali, Naib Canselor UTHM sebagai penceramah utama bagi berkongsi ilmu, pengalaman dan pendekatan kepimpinan dalam mengendalikan rundingan secara strategik.

Pengisian program merangkumi pengurusan konflik dalam rundingan, prinsip dan asas rundingan serta simulasi rundingan yang memberi penekanan kepada kemahiran mengurus perbezaan pandangan, membina persefahaman dan mencapai persetujuan secara berkesan dalam konteks pengurusan universiti.

Penganjuran ini merupakan antara inisiatif UTHM dalam memperkukuh kompetensi kepimpinan dan keupayaan membuat keputusan secara strategik dalam kalangan pentadbir kanan, sekali gus membudayakan pendekatan rundingan yang profesional, berkesan dan berorientasikan penyelesaian demi kepentingan universiti.

๐™†๐™ก๐™ž๐™  ๐™ฅ๐™–๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ https://linktr.ee/uthmofficial ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™ž๐™ฃfo ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ž ๐™๐™๐™ƒ๐™ˆ.


17/10/2026

| Majlis Makan Malam Rejimental Rai Pentauliahan 51 Pegawai Muda PALAPES UTHM

  Majlis Makan Malam Rejimental Rai Pentauliahan 51 Pegawai Muda PALAPES UTHM Batu Pahat - 16 Oktober 2026 Majlis Makan ...
17/10/2026

Majlis Makan Malam Rejimental Rai Pentauliahan 51 Pegawai Muda PALAPES UTHM

Batu Pahat - 16 Oktober 2026 Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Pentauliahan Diraja Pegawai Muda PALAPES UTHM telah berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan di Hotel Katerina, Batu Pahat. Majlis penuh gemilang ini diraikan bersama Komandan PALAPES UTHM, Kol (K) Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Ali, bagi meraikan 51 Pegawai Muda PALAPES UTHM yang telah ditauliahkan oleh DYMM Raja Muda Perlis di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 12 September yang lalu.

Majlis tradisi ketenteraan ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan rasmi serta memperkukuh nilai disiplin, kepimpinan, dan semangat patriotisme dalam kalangan pegawai muda yang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan mereka.

Kejayaan pentauliahan ini membuktikan komitmen UTHM dalam melahirkan modal insan holistik yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah berdisiplin tinggi serta bersedia menyumbang bakti demi pertahanan dan kedaulatan negara.

๐™†๐™ก๐™ž๐™  ๐™ฅ๐™–๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ https://linktr.ee/uthmofficial ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™ž๐™ฃfo ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ž ๐™๐™๐™ƒ๐™ˆ.


Salam Jumaat. Mari kita berselawat.
15/10/2026

Salam Jumaat. Mari kita berselawat.

Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjemput seluruh warga sekitar Bat...
15/10/2026

Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjemput seluruh warga sekitar Batu Pahat dan orang awam untuk hadir ke Industry & Graduate Networking Internship and Technopreneur Expo (IGNITE) 2026!

๐Ÿš€๐Ÿ”ฅ ๐‰๐Ž๐Œ ๐Š๐„ ๐”๐“๐‡๐Œ ๐ˆ๐†๐๐ˆ๐“๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐€๐๐“๐ˆ ๐€๐๐ƒ๐€! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿš€

๐Ÿ“ข ๐๐„๐‘๐‡๐€๐“๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘, ๐†๐‘๐€๐ƒ๐”๐€๐, ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐€๐“๐” ๐๐€๐‡๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐–๐€๐Œ!

๐ŸŽฏ Mahu terokai dunia usahawan? Sedang mencari pekerjaan? Sedang mencari tempat latihan industri? Inilah peluang anda !!!!

Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjemput seluruh warga sekitar Batu Pahat dan orang awam untuk hadir ke Industry & Graduate Networking Internship and Technopreneur Expo (IGNITE) 2026! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ’ผ ๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข๐ค ๐๐ข ๐ˆ๐†๐๐ˆ๐“๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”?

โœ… Meneroka peluang pekerjaan daripada pelbagai majikan dan industri.
โœ… Mendapatkan peluang latihan industri (LI).
โœ… Berinteraksi secara langsung dengan wakil majikan.
โœ… Menghadiri sesi temu duga secara bersemuka.
โœ… Membina jaringan profesional untuk perkembangan kerjaya masa hadapan.

Sama ada anda graduan baharu, pencari kerja atau individu yang ingin meneroka peluang perniagaan & kerjaya, inilah masanya untuk mengambil langkah ke arah masa depan yang lebih cerah! โœจ

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐ŸŽ & ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š & ๐‘๐š๐›๐ฎ)
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ’.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ (๐ƒ๐’๐ˆ), ๐”๐“๐‡๐Œ

๐ŸŽ‰ Jangan lepaskan peluang ini! Ajak keluarga dan rakan-rakan yang sedang mencari pekerjaan untuk bersama-sama memanfaatkan peluang yang tersedia.

๐Ÿ”ฅ ๐ˆ๐†๐๐ˆ๐“๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€” ๐๐ฒ๐š๐ฅ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐จ๐ญ๐ž๐ง๐ฌ๐ข, ๐“๐ž๐ซ๐จ๐ค๐š๐ข ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐ , ๐๐ข๐ง๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง!

15/10/2026

ย  โ€“ Seramai 110 delegasi mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara menyertai Konvensyen Kepimpinan Belia 2026 anjuran Sekretariat Rukun Negara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (SRN UTHM) sebagai antara platform memperkasa kepimpinan mahasiswa....

  I 15 OKTOBER 2026 | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UTHM PENUH PENGISIAN, TINGKAT PENGHAYATAN WARGA KAMPUSSambutan M...
15/10/2026

I 15 OKTOBER 2026 | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UTHM PENUH PENGISIAN, TINGKAT PENGHAYATAN WARGA KAMPUS

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini menyaksikan penzahiran sulung Anugerah Tokoh Maulidur Rasul UTHM sebagai penghargaan kepada individu yang berjasa dalam pembangunan ummah, khususnya kepada universiti.

Anugerah sulung itu diberikan kepada Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainal Abidin Ahmad, Mantan Penolong Naib Canselor (Pembangunan) UTHM, yang kini berusia 81 tahun dan dianggap sebagai pengasas UTHM. Beliau diberi amanah mengetuai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) pada tahun 1993 sebelum dilantik sebagai Pengarah pertama Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) apabila PLSP dinaik taraf pada tahun 1996. Sepanjang kira-kira dua dekad berkhidmat, beliau memegang pelbagai jawatan pentadbiran dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Naib Canselor (Pembangunan).

Majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Ibrahim, UTHM turut diisi dengan ceramah oleh Dr. Hj. Hidris Shahri, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jemaah Nazir Negeri Johor.

Hadir sama, Naib Canselor UTHM, Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali bersama Pegawai-pegawai Kanan Universiti; Mantan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Wahid Razally; serta Pengarah Pusat Islam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Tuan Haji Shafry Salim.

Sambutan kali ini turut menyaksikan pelancaran kerjasama Masjid Sultan Ibrahim dengan Touch 'n Go eWallet, pelancaran platform pembayaran zakat dalam talian iSkimInfaq serta penyerahan sumbangan wakaf berjumlah RM10,000 bagi Dana Sistem Audio Masjid Sultan Ibrahim.

Selain itu, sumbangan dana wakalah zakat daripada Maybank, Bank Rakyat dan Bank Muamalat kepada Tabung Zakat UTHM berjumlah keseluruhan RM187,500 turut diserahkan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sepanduk dan perbarisan terbaik yang melibatkan 18 kontinjen.

Suasana sambutan diserikan dengan persembahan kumpulan Ahbabur Ruhama yang mendendangkan qasidah dan nasyid bertemakan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

๐™†๐™ก๐™ž๐™  ๐™ฅ๐™–๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ https://linktr.ee/uthmofficial ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™ž๐™ฃfo ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ž ๐™๐™๐™ƒ๐™ˆ.


  | UTHM PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA BERSAMA OISCA INTERNATIONAL DI JEPUNTOKYO, 9 Oktober 2026 โ€“ Universiti Tun Huss...
15/10/2026

| UTHM PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA BERSAMA OISCA INTERNATIONAL DI JEPUN

TOKYO, 9 Oktober 2026 โ€“ Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus memperkukuh jaringan antarabangsa menerusi penyertaan dalam OISCA International Board of Directors Meeting 2026 di Tokyo, Jepun pada 7 Oktober 2026.

Delegasi UTHM diketuai YBhg. Datoโ€™ Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti merangkap Naib Presiden OISCA International, bersama YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd. Ali, Naib Canselor UTHM dan Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar, Pengarah Institut Antarabangsa Teknologi Biodiversiti dan Kelestarian.

Dalam mesyuarat tersebut, Naib Canselor membentangkan potensi UTHM Aerospace Technopark @ Tanjung Laboh, manakala Dr. Latiff berkongsi pembentangan bertajuk โ€œSustaining Nature, Driving Future Decarbonisationโ€ yang mengetengahkan peranan teknologi dalam menyokong agenda kelestarian dan penyahkarbonan.

Selain itu, delegasi UTHM turut mengikuti lawatan kerja pada 6 hingga 9 Oktober 2026 ke National Institute of Technology (KOSEN), Numazu College bagi meninjau sistem pendidikan teknikal Jepun, serta Oriental Shiraishi Corporation Technology untuk mendapatkan pendedahan mengenai teknologi konkrit prategasan, kejuruteraan awam, sistem akuaponik dan fermentasi metana.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen UTHM dalam memperluas diplomasi akademik, meneroka peluang kerjasama pendidikan dan industri, sekali gus memperkukuh perkongsian pengetahuan dan teknologi antarabangsa.



  | 14 Oktober 2026 | WoCTVET 2026 Himpun Hampir 300 Pakar TVET dari 10 Negara UTHM melalui Fakulti Pendidikan Teknikal ...
14/10/2026

| 14 Oktober 2026 | WoCTVET 2026 Himpun Hampir 300 Pakar TVET dari 10 Negara

UTHM melalui Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah menganjurkan 10th World Conference on Technical and Vocational Education and Training (WoCTVET 2026) bertempat di Novotel Hotel, Johor Bahru. Majlis perasmian persidangan antarabangsa ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan.

Turut hadir menjayakan program ini, Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali, Naib Canselor UTHM; Prof. Ts. Dr Rabiah Ahmad FASc, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi; Puan Shereen Sabrina Abd Syukor, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi; Puan Norliah Yaakob, Penasihat Undang-Undang dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hasril Amiruddin, Dekan FPTV.

Membawa tema โ€œNext Gen Workforce: Reimagine TVET for the Future,โ€ persidangan edisi ke-10 ini bertujuan membincangkan hala tuju baharu TVET, memperkasakan kurikulum era digital dan keterjaminan mampan, serta memperkukuh integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam latihan teknikal.

Menerusi kerjasama strategik bersama TVET UNESCO Chair, RAVTE, MyRIVET dan Tourism Johor, persidangan ini mengukuhkan peranan UTHM sebagai pusat rujukan utama TVET tempatan dan antarabangsa dalam melahirkan tenaga kerja berdaya saing global.

๐™†๐™ก๐™ž๐™  ๐™ฅ๐™–๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ https://linktr.ee/uthmofficial ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™ž๐™ฃfo ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ž ๐™๐™๐™ƒ๐™ˆ.



Address

Jalan Batu Pahat
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074537000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM:

Shortcuts

Share