19/03/2026
Assalamualaikum wrt.wbt.
Temuduga utk pengambilan pelajar lelaki & perempuan bagi tahun 2026.
SOALAN : MENGAPA MEMILIH MADRASAH DINIYYAH ARRAUF?
JAWAB : Madrasah Diniyyah Arrauf Kg Tehel Melaka adalah antara madrasah cawangan Pasentren Temboro Indonesia. Ada beberapa buah cawangan Pasentren Temboro di Malaysia.
SOALAN: APA KEBAIKAN SISTEM TEMBORO?
JAWAB : Pasentren Temboro menjalankan sistem Hafiz & Alim serentak.
1. Dengan ini anak2 dapat memendekkan masa belajar di Madrasah.
2. Anak2 tidak hanya menghafal Al Quran tetapi dalam masa yang sama akan belajar kitab, hadis, bahasa arab, tauhid, feqah dll.
3. Sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran, mereka akan terus melangkah naik ke kelas atas.
4. Sebaliknya jika mereka ingin menamatkan pengajian agama, Sekurang-kurangnya-kurangnya asas agama mereka telah mantap.
SOALAN: BRAPA LAMA TEMPOH PENGAJIAN?
JAWAB: 4 tahun di Malaysia & 4 tahun di Indonesia sehingga tamat TAKASSUS
SOALAN: Bagaimana dengan ustaz & Ustazah yang mengajar?
JAWAB: Semua ustaz & ustazah adalah lepasan Pasentren Temboro yang Sekurang-kurangnya telah tamat pengajian Daurah Hadis.
SOALAN : Bolehkah kita melawat ke Pasentren Temboro di Indinesia?
JAWAB: Madrasah Diniyyah Arrauf sering mengadakan lawatan ke sana bersama ibu bapa & Ibu bapa digalakkan membawa anak2 untuk memberi motivasi kpd anak2.
SOALAN: Boleh ke pelajar menjadi hafiz dengan belajar kitab serentak?
JAWAB: Insyallah.... Pelajar bukan sahaja menjadi Hafiz, malah mereka juga dapat Syahadah & ramai yg menghafal beribu2 hadis.
SOALAN : Ada aktiviti lain pelajar?
JAWAB: Pelajar lelaki yg benrumur 15 tahun ke atas digalakkan menyertai ustaz dalam aktiviti Dakwah bulanan 3 hari & tahunan 40 hari tanpa paksaan untuk memantapkan iman, ilmu & latihan bersama masyarakat.
HJ MOHD RAHOF ABDUL 0196076822
# Dibenarkan share