10/06/2026
PMDIUC MELAKAR SATU LAGI PENCAPAIAN DI PENTAS ANTARABANGSA
Professional Mutawwif Development International University College (PMDIUC) kini secara rasmi menjadi ahli Malaysia-China Tourism & Hospitality Industry-Education Alliance (MCTHIEA), sebuah platform kerjasama strategik yang menghubungkan institusi pendidikan, industri dan rakan antarabangsa dalam sektor pelancongan, hospitaliti dan TVET.
Pengiktirafan ini menandakan satu langkah penting dalam usaha PMDIUC memperluaskan jaringan kerjasama global serta memperkukuh kedudukannya sebagai institusi yang komited terhadap pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dan pendidikan berteraskan industri.
Melalui keanggotaan ini, PMDIUC berpeluang meneroka kerjasama rentas negara dalam bidang latihan, pembangunan kompetensi, pertukaran kepakaran, mobiliti pelajar serta pelbagai inisiatif pendidikan dan industri yang memberi manfaat kepada warga PMDIUC serta masyarakat keseluruhannya.
Ke arah memperkasa pendidikan, memperluas jaringan global dan membangunkan profesional masa hadapan.