04/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฌ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Hari terakhir Program Jejak Komuniti di Kampung Sungai Raba RPS Air Banun dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti menyantuni komuniti yang menjadi tuan rumah sepanjang program 3 hari 2 malam ini. Perkampungan yang dihuni sekitar 51 keluarga itu menjadi ruang terakhir mahasiswa merasai kehidupan komuniti dengan lebih dekat.
Mahasiswa bergerak secara berkump**an dari rumah ke rumah membawa saguhati sambil bertegur sapa dan berkenalan dengan penduduk setempat. Aktiviti ini membuka peluang kepada peserta memahami suasana perkampungan serta latar belakang kehidupan harian komuniti secara lebih mendalam. Antara pengalaman paling bermakna apabila mahasiswa berpeluang menjala ikan bersama Batin Askee sendiri, malah ikan yang diperoleh turut menjadi hidangan makan tengah hari sebelum rombongan bertolak p**ang.
Sebelum majlis penutup, para peserta bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar sebagai tanda penghargaan atas layanan baik yang diberikan. Dalam majlis penutup, pengarah program, saudara Ahmad Akmal Ahmad Nasir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komuniti khususnya Tok Batin yang menerima kehadiran mahasiswa, menyediakan makan minum serta memberi ruang pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung. Pihak komuniti juga menyatakan hasrat agar hubungan yang terjalin dapat diteruskan pada masa akan datang.
Program diakhiri dengan suasana penuh kebersamaan melalui sesi bergambar kenangan bersama tok batin serta jamuan makan tengah hari yang disediakan. Sekitar jam 3.00 petang, rombongan mahasiswa IPTIPs bertolak meninggalkan kampung dengan membawa p**ang pengalaman berharga dan bermakna.
Pihak IPTIPs mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sokongan dan kerjasama rakan strategik iaitu HALUAN Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang sentiasa komited menjayakan usaha khidmat komuniti bersama mahasiswa.