21/08/2026
๐ PEMANTAUAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI (LI)
Pemantauan pelajar Latihan Industri (LI) Kolej Komuniti Betong telah selesai dilaksanakan di:
Perpustakaan Sarikei
Seri Gedong Songket
Hasil pemantauan mendapati para pelajar menunjukkan komitmen dan prestasi yang baik sepanjang menjalani latihan industri. Semua pelajar turut menerima pujian daripada penyelia masing-masing, khususnya dari aspek sikap positif, disiplin, kerjasama serta komitmen dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. ๐โจ
Pengalaman latihan industri ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada suasana pekerjaan sebenar serta meningkatkan kemahiran, keyakinan dan profesionalisme pelajar sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
Terima kasih kepada pihak Perpustakaan Sarikei dan Seri Gedong Songket atas kerjasama, bimbingan dan sokongan yang diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti Betong sepanjang menjalani latihan industri. ๐ค
Tahniah dan teruskan kecemerlangan! ๐