Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMS

Directions Website Contact the university

Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMS, College & University, PO Box 396, Nyabau Road, Bintulu.

Semoga melalui laman Facebook ini akan dapat membantu anda semua mengakses dan mengetahui info serta maklumat mengenai FSPH yang diperlukan dengan lebih terperinci dan jelas.

19/10/2026
MENELUSURI DUNIA PERTANIAN MELALUI SARAWAK AGROFEST 2026 (SAF2026) BINTULU,1 OKTOBER 2026 – Seramai 69 pelajar Diploma P...
12/10/2026

MENELUSURI DUNIA PERTANIAN MELALUI SARAWAK AGROFEST 2026 (SAF2026)

BINTULU,1 OKTOBER 2026 – Seramai 69 pelajar Diploma Pengurusan Perladangan Makanan, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah mengadakan lawatan akademik ke Sarawak Agrofest 2026 di Lasar Kenyalang, Bintulu, bagi mendalami perkembangan teknologi, inovasi dan industri pertanian semasa.

Lawatan akademik ini melibatkan para pelajar bersama pensyarah daripada beberapa kursus berkaitan bidang pertanian dan hortikultur. Selaku penyelaras program ini ialah LAr. Dr. Owen Yeo Thian Seng bagi kursus DFM2104 Pengeluaran Tanaman Hortikultur, Ts. Dr. Shiamala Devi Ramaiya bagi kursus DFM2103 Pembiakan Tumbuhan dan Pengurusan Semaian, Dr. Anysia Hedy Ujat bagi kursus DAG2401 Pertanian dan Manusia, Dr. Mohammad Azizi bin Haji Jamil bagi kursus DAG2105 Pengeluaran Tanaman Industri, Ts. Dr. Franklin Ragai Kundat bagi kursus DAG2101 Amalan Perladangan Tanaman Tahunan serta Prof. Madya Dr. Zakry Fitri bin Ab.Aziz yang turut terlibat dalam menjayakan lawatan akademik ini.

Lawatan sambil belajar ini menjadi jambatan yang menghubungkan teori di dalam dewan kuliah dengan realiti di dunia pertanian. Para pelajar berpeluang melihat sendiri pelbagai inovasi, teknologi, hasil tanaman dan perkembangan terkini sektor agro yang dipamerkan sepanjang Sarawak Agrofest 2026

Lawatan ini bukan sahaja membawa para pelajar mendekati dunia pertanian, malah menyemai benih kesedaran bahawa pertanian bukan sekadar pekerjaan, tetapi juga nadi kehidupan dan salah satu tonggak penting dalam pembangunan negara.

Lawatan akademik ini turut menjadi satu wadah penting untuk memperluas perspektif para pelajar terhadap dunia agro yang sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Dalam era yang semakin dipacu oleh kemajuan teknologi dan inovasi, pertanian tidak lagi dilihat sebagai bidang yang bergantung semata-mata pada kaedah tradisional, sebaliknya berkembang sebagai sektor yang dinamik, moden dan mempunyai potensi yang luas.

Di samping itu, program ini juga menjadi ruang untuk para pelajar membina keyakinan serta mengembangkan kemahiran insaniah melalui interaksi dengan pensyarah dan rakan-rakan. Kebersamaan sepanjang lawatan bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama warga akademik, malah mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih terbuka dan menyeronokkan. Ilmu yang dipelajari menjadi bekalan, pengalaman yang dilalui menjadi pedoman dan perjalanan yang ditempuh menjadi memori berharga.

Para pelajar yang menyertai Sarawak Agrofest 2026 dibawa menelusuri pelbagai laman yang sarat dengan ilmu, inovasi, dan pengetahuan baharu. Setiap laman mengetengahkan keunikan tersendiri daripada tanaman dan ternakan hinggalah kepada teknologi agro serta produk yang dihasilkan di Sarawak.

Lawatan dimulakan di Laman Pavilion yang menghimpunkan pelbagai pameran daripada jabatan pertanian, veterinar dan agensi berkaitan. Dari sini, para pelajar dapat melihat dengan lebih dekat peranan pelbagai jabatan dalam memperkasa sektor agro serta pembangunan industri pertanian di Sarawak.

Di Laman Padi, para pelajar didedahkan kepada pelbagai jenis padi serta teknologi yang digunakan dalam aktiviti penanaman. Aktiviti yang dijalankan menjadi lebih menarik apabila peserta turut berpeluang menyertai pertandingan kuiz mengenai padi. Aktiviti sebegini bukan sahaja menghiburkan malah membuktikan bahawa pembelajaran dan persaingan yang sihat mampu mewujudkan suasana yang bermakna.

Langkah diteruskan ke Laman Nanas yang mengetengahkan pelbagai jenis varieti nanas, teknologi pertanian serta produk yang dihasilkan daripada tanaman tersebut. Selain melihat pameran dan deretan jualan, para pelajar turut berpeluang mencuba permainan meneka berat nanas yang menguji ketelitian dan pengetahuan.

Di Laman Ikan Agro Tech, para pelajar mengenali pelbagai jenis ikan dan turut menguji pengetahuan mereka melalui pertandingan meneka nama saintifik ikan. Sementara itu, laman Komoditi membantu para pelajar mengenali tanaman industri penting negara seperti kelapa sawit dan getah. Mereka bukan sahaja mengenali jenis-jenis komoditi dan syarikat yang terlibat dalam tanaman industri sawit, malah berpeluang mempelajari cara menoreh getah serta kaedah pembukaan ladang tanaman.

Keunikan Sarawak p**a terserlah di Laman Sagu dan Nipah yang mengetengahkan pameran, produk, serta informasi berkaitan sagu, nipah, dan ulat sagu. Kemudian, lawatan diteruskan ke Laman Pertanian Pintar yang memperlihatkan kepentingan teknologi dan penggunaan jentera moden seperti ekskavator, dron, sensor dan IoT yang memainkan peranan dalam memajukan sektor pertanian. Di sinilah para pelajar dapat melihat bahawa pertanian bukan lagi hanya bergantung kepada kudrat manusia, tetapi turut bergerak seiring dengan arus teknologi.

Selain pengetahuan dan teknologi, Sarawak Agrofest 2026 turut menjadi ruang untuk mengenali hasil keluaran tempatan. Laman Agro menampilkan pelbagai produk Sarawak seperti baja, anak pokok, makanan, minyak wangi, produk kesihatan dan kosmetik. Sarawak Kitchen p**a mengetengahkan pelbagai juadah dan makanan tradisional Sarawak yang memperlihatkan kekayaan cita rasa negeri.

Tidak ketinggalan, Laman Peladang E-Shop menawarkan pelbagai produk makanan seperti makanan dalam tin, aiskrim dabai dan ikan pada harga promosi. Di Laman Ternakan, para pelajar berpeluang mendekati pelbagai haiwan seperti lembu, kambing, kerbau, biri-biri, ayam, anak ayam dan arnab. Penglibatan secara langsung bersama haiwan serta pendedahan terhadap penjagaan ternakan menjadi antara detik yang menarik sepanjang lawatan kerana para pelajar bukan sekadar melihat, malah berinteraksi secara langsung dengan dunia penternakan.

Keseluruhan perjalanan ini memperlihatkan betapa luasnya dunia pertanian. Daripada sebutir benih yang tumbuh di tanah, kepada hasil yang memenuhi pasaran dan teknologi yang membantu manusia mengusahakannya. Daripada ladang kepada teknologi, daripada ternakan kepada produk tempatan, setiap laman meninggalkan satu cerita. Setiap langkah membawa ilmu dan setiap pengalaman menjadi kenangan yang akan terus subur dalam ingatan.









Memperkasa Komuniti Kampung Sebiew melalui Ilmu Penanaman dan Pembiakan Pudina serta Aloe VeraBintulu, 26 September 2026...
05/10/2026

Memperkasa Komuniti Kampung Sebiew melalui Ilmu Penanaman dan Pembiakan Pudina serta Aloe Vera

Bintulu, 26 September 2026 – Kerjasama antara Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dan Ahli Jawatankuasa Komuniti Kampung Sebiew telah berjaya menganjurkan taklimat penanaman dan pembiakan pudina serta aloe vera pada Sabtu, 26 September 2026 di Kampung Sebiew, Bintulu.

Program yang disertai oleh 46 orang ahli komuniti ini merupakan salah satu inisiatif pemindahan ilmu daripada universiti kepada masyarakat. Ia bertujuan menggalakkan penanaman tumbuhan di kawasan bandar menggunakan kaedah polibag. Kedua-dua tanaman ini dipilih kerana mudah dijaga dan berpotensi untuk diproses menjadi pelbagai produk.
Sesi bermula dengan penerangan pengenalan tanaman pudina dan aloe vera serta kesesuaiannya untuk ditanam di kawasan kediaman oleh Dr. Syed Muhammad Iqbal Syed Othman. Seterusnya, Dr. Sawanah Mumin membentangkan asas pemasaran melalui konsep 4P (Product, Price, Place dan Promotion) untuk memberi pemahaman kepada peserta tentang aspek yang perlu diberi perhatian sekiranya hasil tanaman ingin dipasarkan.

Prof. Madya Dr. Zakry Fitri Ab. Aziz kemudian menjalankan sesi amali yang meliputi ciri-ciri tanaman, bahagian yang sesuai untuk pembiakan, kaedah pembiakan serta medium tanaman dalam polibag. Program ini juga disokong oleh LAr. Dr. Owen Yeo Thian Seng, Dr. Anysia Hedy Ujat dan Siaw Shin Yee.

Melalui penekanan terhadap penjagaan, pembiakan dan pemasaran, program ini diharapkan dapat memperkukuh amalan pertanian bandar serta menarik lebih ramai komuniti untuk memanfaatkan ruang terhad di kawasan kediaman. Dengan penglibatan aktif masyarakat dan sokongan berterusan daripada pihak penganjur, inisiatif sebegini berpotensi meningkatkan kesedaran serta kemahiran penanaman di persekitaran rumah.









FSPH UPM SARAWAK DAN SARAWAK ENERGY PERKUKUH KERJASAMA DALAM PEMULIHARAAN DAN KELESTARIAN HUTANBINTULU, 30 September 202...
01/10/2026

FSPH UPM SARAWAK DAN SARAWAK ENERGY PERKUKUH KERJASAMA DALAM PEMULIHARAAN DAN KELESTARIAN HUTAN

BINTULU, 30 September 2026 – Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menjayakan Sarawak Energy Tree Planting, Protection and Habitat Restoration Campaign 2021–2030 Tahun 2026 di UPM Sarawak.

Program yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya melibatkan kira-kira 120 peserta, terdiri daripada warga Sarawak Energy, pelajar Diploma Perhutanan dan staf UPM Sarawak. Sebanyak 1,500 anak pokok telah ditanam pada tahun ini, merangkumi 600 pokok Belian (Eusideroxylon zwageri) dan 900 pokok daripada pelbagai spesies natif tempatan, sebagai usaha menyokong penghijauan, pemulihan habitat dan pemuliharaan biodiversiti.

Program ini turut diintegrasikan dengan aktiviti Pengembangan Perhutanan oleh pelajar Diploma Perhutanan menerusi pendekatan Service Learning Malaysia–University for Society (SULAM). Melalui pembelajaran secara langsung di lapangan, pelajar berpeluang mengaplikasikan ilmu dengan berkongsi pengetahuan berkaitan spesies pokok tempatan, teknik penanaman, fungsi ekologi hutan serta kepentingan pemuliharaan sumber hutan.

Pendekatan SULAM ini menghubungkan pembelajaran di bilik kuliah dengan pengalaman sebenar di lapangan, di samping memperkukuh kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan pemindahan ilmu melalui interaksi bersama pihak industri.

Ucapan alu-aluan program disampaikan oleh Dr. Zamri bin Rosli, Pengarah Program, manakala ucapan pembukaan disampaikan oleh Ir. Robin Tigai, General Manager, Health, Safety & Environment, Sarawak Energy, sebelum para peserta bersama-sama menjayakan aktiviti penanaman.

Dengan penanaman 1,500 pokok pada tahun ini, jumlah kumulatif penanaman sepanjang empat tahun kerjasama UPM Sarawak dan Sarawak Energy kini mencecah kira-kira 6,000 pokok. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memelihara biodiversiti, memulihkan habitat serta memperkukuh hubungan universiti–industri–pelajar demi kelestarian sumber hutan untuk generasi akan datang.









📌 Selamat Datang & Tahniah 🎉🎊Selamat datang dan setinggi‑tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar baharu Program Bacelor ...
28/09/2026

📌 Selamat Datang & Tahniah 🎉🎊

Selamat datang dan setinggi‑tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar baharu Program Bacelor ke Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Sarawak bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Kehadiran anda amat dialu‑alukan sebagai sebahagian daripada keluarga akademik fakulti ini. Semoga perjalanan ilmu yang bakal ditempuh menjadi pengalaman bermakna, penuh inspirasi, serta membentuk diri anda sebagai graduan yang berdaya saing dan berbakti kepada masyarakat serta negara.

Tahniah sekali lagi daripada Warga Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan yang sentiasa berbangga menerima anda sebagai generasi baharu pencetus kecemerlangan.









Setinggi‑tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Wan Asrina binti Wan Yahaya atas kejayaan merangkul Anugerah Buk...
28/09/2026

Setinggi‑tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Wan Asrina binti Wan Yahaya atas kejayaan merangkul Anugerah Buku Umum menerusi karya berjudul Lada Hitam Permata Sarawak bersempena dengan Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak.

Kemenangan ini bukan sahaja mengangkat martabat penulisan ilmiah, malah turut memperkukuh kedudukan Universiti Putra Malaysia sebagai institusi yang melahirkan karya berkualiti tinggi serta berimpak besar kepada masyarakat dan negara.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga akademik dan penulis lain untuk terus berkarya, menyumbang ilmu, serta memperkayakan khazanah intelektual negara.

Tahniah dari Warga Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan!









TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆Sekalung tahniah diucapkan kepada Tiew Siew Jin, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) atas keja...
28/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆

Sekalung tahniah diucapkan kepada Tiew Siew Jin, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) atas kejayaan meraih Pemenang (Winner) dalam Youth Research Proposal Competition 2026 anjuran FAO-AUN-ASEAN Food and Agricultural Sciences Youth Research Proposal Competition (FAO-AUN-AFS YRPC).

Kejayaan tersebut menerusi cadangan penyelidikan bertajuk:
“Transforming Underutilised Sago (Metroxylon sagu) Starch into Healthier Breakfast Flakes: Nutritional, Sensory and In Vitro Prebiotic Evaluation”

Beliau turut menerima hadiah sebanyak USD2,000.00 daripada Better Nutrition.

Pencapaian ini membuktikan potensi dan komitmen generasi penyelidik muda dalam mengetengahkan inovasi berasaskan sumber tempatan, khususnya dalam bidang makanan, pemakanan dan pertanian mampan.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi untuk melahirkan lebih ramai penyelidik muda yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Tahniah dan syabas! 👏









TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Latifah Binti Omar, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (F...
28/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Latifah Binti Omar, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan (Swasta) daripada SD Guthrie Research Sdn. Bhd. Geran ini adalah bagi projek penyelidikan bertajuk:

“Methodology Refinement – Water Bath Experiment to Test Nitrogen Release and Qualitative Assessment of PCU via SEM and FTIR”

Projek ini menerima peruntukan sebanyak RM130,750.00 bagi tempoh 29 Jun 2026 hingga 30 Jun 2027.

Penerimaan geran ini memperlihatkan komitmen FSPH UPMS dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri serta memperluas jaringan penyelidikan yang berimpak dan relevan.

Semoga kerjasama ini terus membuka ruang kepada penerokaan ilmu, inovasi dan penyelidikan yang memberi manfaat kepada industri serta pembangunan sektor pertanian.









TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Hanisah Kamilah Binti Abd Razak, Fakulti Sains Pertanian dan ...
28/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Hanisah Kamilah Binti Abd Razak, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) atas kejayaan menerima Geran Putra-IPS bagi projek penyelidikan bertajuk:

“Investigation of Eleuthrine Bulbosa Bioactive Compounds: Profiling and Elucidation of the Kinetic Interactions, and Observation of Molecular Reactions via Immobilized Eleuthrine Bulbosa Extract”

Projek ini menerima peruntukan sebanyak RM25,000.00 bagi tempoh 1 September 2026 hingga 1 September 2028.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen FSPH UPMS dalam memperkukuh kecemerlangan penyelidikan serta menghasilkan ilmu yang berimpak dalam bidang sains dan pertanian.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian dalam penyelidikan dan inovasi.

Tahniah dan syabas! 👏









Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Univer...
23/09/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tempoh 18 September 2026 hingga 17 September 2028.

Seluruh warga Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dengan penuh sukacita merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan agar YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu dipermudahkan dalam menerajui UPM ke arah kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan jaringan global yang berterusan.

Pelantikan ini diyakini akan memperkukuh lagi kedudukan UPM sebagai universiti bereputasi tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa, selain memperkasa agenda pembangunan lestari serta inovasi dalam bidang pertanian, perhutanan, dan sains hayat.

Semoga kepimpinan beliau terus diberkati dengan iltizam, kebijaksanaan, dan visi yang jelas dalam mengangkat martabat universiti ke tahap yang lebih gemilang.

Sekian, tahniah dan selamat maju jaya.









Address

PO Box 396, Nyabau Road
Bintulu
97008

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 09:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMS:

Shortcuts

Share