Universiti Putra Malaysia Sarawak - UPMS

Call Directions Website Contact the university

Universiti Putra Malaysia Sarawak - UPMS Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) is the twin campus of UPM, located in Bintulu, Sarawak, Malaysia.

25/09/2026
🚀✨ Cradle LIVE! Roadshow Sarawak ✨🚀The Cradle LIVE! Roadshow Sarawak was successfully held on 22 September 2026 (Tuesday...
23/09/2026

🚀✨ Cradle LIVE! Roadshow Sarawak ✨🚀

The Cradle LIVE! Roadshow Sarawak was successfully held on 22 September 2026 (Tuesday) at TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu.

A total of 77 participants joined the programme, bringing together participants from various institutions for an engaging session on innovation, entrepreneurship, and networking opportunities.

Thank you to all participants for your support and active participation throughout the programme. 🙌✨

🤝 In collaboration with:
TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu
Youth Leadership and Entrepreneurship (YLE) Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)












 BINARY BRAIN OUTREACH PERKASA KEMAHIRAN DIGITAL PELAJAR DI SMK BANDAR BINTULUBINTULU, 18 September 2026 – Program Binar...
23/09/2026



BINARY BRAIN OUTREACH PERKASA KEMAHIRAN DIGITAL PELAJAR DI SMK BANDAR BINTULU

BINTULU, 18 September 2026 – Program Binary Brain Outreach: SULAM @ UPMS anjuran pelajar Diploma Sains Komputer Semester 4, Sesi Akademik 2026/2027, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintulu pada 17 hingga 18 September 2026.

Program yang melibatkan seramai 68 orang pelajar Tingkatan 3 ini menampilkan pelbagai aktiviti interaktif berteraskan sains komputer dan teknologi digital menerusi kursus Rangkaian Komputer (ECS2701). Pelaksanaan program ini bertujuan menyemarakkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping memperkukuh hubungan antara universiti dengan komuniti setempat.

Melalui program ini, para pelajar didedahkan kepada kepentingan ilmu teknologi maklumat dan rangkaian komputer dalam kehidupan seharian serta perkembangan era digital. Pendekatan pembelajaran secara interaktif turut memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran kognitif, kepimpinan, komunikasi dan kerjasama berpasukan.

“Binary Brain Outreach bukan sahaja meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap sains komputer, malah turut membantu membentuk kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerjasama dan komunikasi berkesan.”

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program termasuk Team Building: Sit Down If, ceramah “All About Computer Science” dan “Information Technology”, Kemahiran Digital dan Interactive Fun (Canva & Treasure Hunt), Komunikasi Antara Diri: Data Corrupt Game, serta Sukan & Rekreasi “Running Man! Coding Mission Run”.

Pelbagai aktiviti tersebut mendapat sambutan meriah daripada para pelajar SMK Bandar Bintulu dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai, interaktif serta menyeronokkan.

Penganjuran Binary Brain Outreach: SULAM @ UPMS diharap dapat menjadi platform berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dan sekolah, selain menyemai minat generasi muda terhadap bidang teknologi, inovasi dan STEM serta melahirkan pelajar yang berdaya saing dan celik digital.







JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UPMSUniversiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) mel...
23/09/2026

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UPMS

Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP-UPMS) akan menganjurkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPMS pada 21 hingga 25 September 2026.

Sehubungan itu, seluruh warga UPMS dijemput hadir ke Majlis Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPMS seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 23 September 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: Dewan Sri Kenyalang, UPMS

Kehadiran dan sokongan seluruh warga UPMS amat dialu-alukan bagi bersama-sama menyemarakkan budaya keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja.

Ayuh bersama-sama menjadikan keselamatan sebagai tanggungjawab dan amalan kita bersama.

“MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”










🌟 PUTRA FUTSAL UPMS ELITE CHALLENGE 2026 🌟⚽ Bersedia untuk tunjukkan skill futsal anda dan rebut peluang keemasan?Jom se...
23/09/2026

🌟 PUTRA FUTSAL UPMS ELITE CHALLENGE 2026 🌟

⚽ Bersedia untuk tunjukkan skill futsal anda dan rebut peluang keemasan?

Jom sertai PUTRA FUTSAL ELITE CHALLENGE 2026!

✨ Mendekatkan Belia dengan Sukan dan Kepimpinan! ✨

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8:00 pagi – 7:00 petang
📍 Tempat: Stadium Tertutup Muhibah, Bintulu
💵 Yuran: RM250(Per/Sepasukan)

🔥 Kenapa Sertai ?
✅ Pertandingan futsal yang kompetitif dan menarik
✅ Peluang tingkatkan kemahiran dan pengalaman berpasukan
✅ Bertemu dan bergaul dengan pemain futsal dari seluruh Bintulu
✅ Hadiah menarik menanti juara!

📲 Cara Daftar:
Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah:
👉 [Daftar Sekarang]https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScVL5aGOkxzBhI39LjYzbF6Rqsoak0ED5ItlvMXQhb8emIWXg/viewform?usp=header

🎉 Daftar segera sebelum tempat penuh!

📞 Untuk Pertanyaan:
• Darius (Pengarah Program): 0139061219
• Ferdinand (Timbalan Pengarah): 01116238667

🎯 Anjuran:
Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2104 Futsal
Semester Pertama Sesi Akademik 2026/2027
Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)








Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra...
22/09/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa dari 18 September 2026 hingga 17 September 2028

Ikhlas daripada: Pengarah dan seluruh Warga Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)







22/09/2026

PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) sukacita memaklumkan pelantikan YBrs. Prof. Dr. Arifin Abdu sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu berkuat kuasa mulai 18 September 2026.

Sebelum pelantikan ini, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM dan merupakan Profesor di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM. Beliau turut mempunyai pengalaman sebagai Pengetua Kolej 13 dan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba di universiti berkenaan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan (Pengurusan Hutan) dan Ijazah Sarjana Sains Perhutanan daripada UPM, serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pemulihan dan Pemuliharaan Hutan dari Jepun.

Bidang kepakaran beliau merangkumi tanah hutan, pemulihan dan pemuliharaan hutan. Penyelidikan beliau turut meliputi penilaian kualiti tanah serta pemulihan hutan tropika.

JPT yakin pengalaman beliau dalam kepimpinan dan pengurusan universiti, disokong oleh kepakaran akademik serta kefahaman terhadap ekosistem UPM dapat memacu kecemerlangan universiti. Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecemerlangan akademik dan penyelidikan serta memajukan agenda pembangunan pelajar dan kelestarian universiti, sekali gus memperkukuh kedudukan UPM di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pelantikan ini adalah bagi menggantikan YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah yang tamat tempoh pelantikan sebagai Naib Canselor UPM pada 17 September 2026. JPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas khidmat bakti, kepimpinan serta sumbangan sepanjang menerajui UPM.

JPT mengucapkan tahniah kepada YBrs. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan ini dan selamat menjalankan amanah dalam menerajui UPM ke arah kecemerlangan yang berterusan.

Universiti Putra Malaysia





Address

Universiti Putra Malaysia
Bintulu
97000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Putra Malaysia Sarawak - UPMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Putra Malaysia Sarawak - UPMS:

Shortcuts

Share