Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains UPMS

Directions Contact the university

Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains UPMS Laman Rasmi Facebook Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPM Sarawak

πŸ“° Keratan Artikel Sarawak TribuneMaximise Productivity per Worker: Prosperity Depends on Individual Capability and Smart...
28/09/2026

πŸ“° Keratan Artikel Sarawak Tribune

Maximise Productivity per Worker: Prosperity Depends on Individual Capability and Smart Technology, Not Workforce Size

Artikel Kepakaran:
Dr. Shairil Izwan bin Taasim
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah)
Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains









BINARY BRAIN OUTREACH Perkasa Kemahiran Digital Pelajar di SMK Bandar BintuluBINTULU, 18 September 2026 – Program Binary...
25/09/2026

BINARY BRAIN OUTREACH Perkasa Kemahiran Digital Pelajar di SMK Bandar Bintulu

BINTULU, 18 September 2026 – Program Binary Brain Outreach: SULAM @ UPM anjuran pelajar Diploma Sains Komputer Semester 4, Sesi 2026/2027, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu pada 17 hingga 18 September 2026.

Program yang melibatkan seramai 68 orang pelajar Tingkatan 3 ini menampilkan pelbagai aktiviti interaktif berteraskan sains komputer dan teknologi digital menerusi kursus Rangkaian Komputer (ECS2701), yang bertujuan untuk menyemarakkan minat pelajar dalam bidang STEM serta memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan ilmu teknologi maklumat dan rangkaian komputer dalam era digital, sekali gus memantapkan kemahiran kognitif, kepimpinan dan kerjasama berpasukan.

β€œBinary Brain Outreach bukan sahaja meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap sains komputer, malah turut membantu membentuk kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerjasama dan komunikasi berkesan.”

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Team Building: Sit Down If.., Ceramah β€œAll about Computer Science” dan β€œInformation Technology”, Kemahiran Digital dan Interactive Fun (Canva & Treasure Hunt), Komunikasi Antara Diri: Data Corrupt Game dan Sukan & Rekreasi β€œRunning Man! Coding Mission Run” yang mendapat sambutan meriah daripada pelajar SMK Bandar Bintulu.

Penganjuran ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk memperkukuh kerjasama antara universiti dan sekolah serta melahirkan pelajar yang berdaya saing dan celik teknologi.









Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Univer...
23/09/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tempoh 18 September 2026 hingga 17 September 2028.

Seluruh warga Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan agar YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu dipermudahkan dalam menerajui UPM ke arah kecemerlangan yang berterusan.

Ikhlas daripada,
Warga Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains,
Universiti Putra Malaysia Sarawak.









πŸ“° Keratan Artikel Sarawak Tribuneβ€œPunching Rubber Yields Up Threefold”New extraction technology offers higher productivi...
15/09/2026

πŸ“° Keratan Artikel Sarawak Tribune

β€œPunching Rubber Yields Up Threefold”
New extraction technology offers higher productivity with lower dependence on skilled labour

14 September 2026

Artikel Kepakaran:
Dr. Anita Rosli
Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan,
Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains,
Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)

πŸ”— Baca artikel penuh:
https://www.sarawaktribune.com/punching-rubber-yields-up-threefold/









Tahniah diucapkan atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan Sarawak Social Development Council Research Grant.Projek ber...
14/09/2026

Tahniah diucapkan atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan Sarawak Social Development Council Research Grant.

Projek bertajuk Laporan Trend Sosial Sarawak 2020–2025 ini diketuai oleh Dr. Yasmin binti Yaccob bersama ahli projek seperti berikut:

β€’ Dr. Adrian Daud
β€’ Dr. Ahmad Mustapha bin Mohammad Pazi
β€’ Dr. Malisah Latip
β€’ Dr. Ribka Alan
β€’ PLC. Gs. Ts. Dr. Mohammad Mujaheed Hassan
β€’ Dr. Muslihah binti Hasbullah @ Abdullah
β€’ Dr. Zufar Yadi Brendan bin Abdullah

Dengan peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi tempoh lima (5) bulan bermula 1 Julai hingga 30 November 2026, projek ini dijangka memberi sumbangan dalam memahami perkembangan dan trend sosial di Sarawak bagi tempoh 2020 hingga 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat di Sarawak.

Ikhlas daripada: Pengarah dan Seluruh Warga Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)









πŸ€πŸ»πŸ›£οΈ Lawatan Akademik Delegasi SMK Bugaya, Semporna ke UPM Sarawak26 Ogos 2026 β€” Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sai...
27/08/2026

πŸ€πŸ»πŸ›£οΈ Lawatan Akademik Delegasi SMK Bugaya, Semporna ke UPM Sarawak

26 Ogos 2026 β€” Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), UPM Sarawak telah menerima Lawatan Akademik Delegasi SMK Bugaya, Semporna ke UPM Sarawak sebagai salah satu pengisian Program Kembara Ilmu Jelajah Borneo Semporna - Kuching 2026, yang dilaksanakan selaras dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kunjungan ini melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 6 aliran Sastera bersama guru-guru pengiring, diketuai oleh Pengetua SMK Bugaya, Tuan Haji Johan bin Haji Okasa.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Juniza binti Md Saad, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), FKPS, UPM Sarawak, diikuti taklimat pengenalan program akademik UPM Sarawak oleh Tuan Haji Sudirman bin Asmadi, Ketua Pentadbir, Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan, UPMS.

Delegasi turut mengikuti sesi perkongsian pengalaman sepanjang pengajian di UPM Sarawak bersama Saudari Sarina binti Samsudin, pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian), Semester 6, merangkap Presiden Majlis Perwakilan Fakulti Sesi Akademik 2026/2027, dan Saudara Alexender anak Tony, pelajar program yang sama, Semester 4, merangkap Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Kolej. Perkongsian meliputi pengalaman akademik, kehidupan kampus, aktiviti kokurikulum serta peluang penglibatan mahasiswa dalam persatuan dan kepimpinan.

Pengisian turut merangkumi lawatan ke bilik-bilik kuliah serta Perpustakaan UPM Sarawak, yang disantuni oleh En. Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan, Ketua Pustakawan. Selain itu, delegasi turut berpeluang berkunjung ke Kolej Sri Rajang dan Dapur Siswa MADANI @ UPMS yang disantuni oleh En. Fauzi Mohamad, Penolong Pegawai Tadbir, Kolej Sri Rajang bersama mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat sebagai sukarelawan.

Secara keseluruhannya, program ini memberikan gambaran yang lebih dekat kepada para pelajar mengenai persekitaran pembelajaran, program akademik, kemudahan kampus, kehidupan mahasiswa serta ruang penglibatan dalam aktiviti dan kepimpinan sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian selepas Tingkatan 6.

FKPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi SMK Bugaya serta seluruh warga UPM Sarawak yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program ini. Semoga kunjungan ini menjadi pengalaman yang bermakna serta menyuntik inspirasi kepada para pelajar dalam menentukan hala tuju pendidikan dan masa hadapan mereka.

Selamat meneruskan Kembara Ilmu Jelajah Borneo Semporna - Kuching 2026! πŸŒΏπŸšπŸŽ“βœ¨

25/08/2026

Dr. Shairil Izwan bin Tassim, Deputy Dean (Research and Postgraduate) at the Faculty of Humanities, Management and Science, Universiti Putra Malaysia Sarawak, shares his insights on whether technology can help address the challenges of a shrinking workforce. He explores how automation, innovation and productivity gains could play a vital role in mitigating the impacts of demographic change and labour shortages.

FB: https://www.facebook.com/share/r/19kpua9CmR/

X: https://x.com/BernamaTV/status/2091868313815232595

IG: https://www.instagram.com/reel/DcbFHnOzmBr/?igsi=MXhrdzY1bmN0OTkwaw==

THR: https://www.threads.com/share/BATevEK9Tj/







Program Keusahawanan Perniagaantani di Rh Jungan, Sg. Mas, BintuluPada 25 Julai 2026, melalui Jabatan Sains Sosial dan P...
31/07/2026

Program Keusahawanan Perniagaantani di Rh Jungan, Sg. Mas, Bintulu

Pada 25 Julai 2026, melalui Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains telah menganjurkan Program Keusahawanan Perniagaantani di Rh Jungan, Sg. Mas, Bintulu pada 25 Julai 2026 yang diketuai oleh Dr. Anita Rosli. Program khidmat komuniti tersebut menghimpunkan 34 orang peserta daripada Rh. Jungan serta dua buah rumah panjang berhampiran, iaitu Rh. Sam dan Rh. Micheal Bilong. Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan komuniti dalam aspek pengurusan projek pertanian, kewangan dan pemasaran agar mereka mampu melihat pertanian daripada perspektif yang lebih luas, bukan sekadar aktiviti sara diri. Program Keusahawanan Perniagaantani di Rh Jungan ini adalah salah satu program di bawah Geran Minor Rural Project daripada Ahli Parlimen P.217 Bintulu merangkap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing dengan dana sebanyak RM100,000.

Dalam sesi pertama yang disampaikan oleh Dr. Anita Rosli, peserta didedahkan kepada perancangan dan penjadualan sesuatu projek pertanian sebelum ia dilaksanakan. Pada sesi kedua p**a, Dr. Ismawati berkongsi tentang asa pengurusan kewangan dan pemasaran. Program ini juga melibatkan 23 orang pelajar daripada Kelab Agribiz UPMS sebagai ahli jawatankuasa pelaksana dan fasilitator untuk aktiviti latihan dalam kump**an (LDK). Selain itu, penceramah daripada pihak AgroBank (En. Wilson Kamis Tagal) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) (Cik Nur Alyaa Rothman ) cawangan Bintulu turut dijemput untuk berkongsi maklumat tentang bantuan kewangan dalam perniagaan pertanian dan faedah koperasi kepada masyarakat.









See less

🌱⚑ MASTER IN RENEWABLE ENERGY (MRE)Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)πŸŽ“ Master by Coursework | MQF Level 7 | 42 cre...
21/07/2026

🌱⚑ MASTER IN RENEWABLE ENERGY (MRE)
Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)

πŸŽ“ Master by Coursework | MQF Level 7 | 42 credits | 3 semesters (min. 1.5 years) | MQA/PSA 18200

πŸ“… TWO INTAKES β€” APPLY NOW:
* October 2026 intake β€” apply by 31 July 2026
* March 2027 intake β€” apply by 31 December 2026
πŸ”— Apply online: https://sgs.upm.edu.my/admissions-2964

πŸ’» Blended Learning:
* Online classes β€” live & recorded
* Weekend classes only β€” Friday evening, full day Saturday & Sunday
* Physical attendance at UPMS only ~8–9 weeks per semester

πŸŽ“ No degree? No problem!
Significant work experience may qualify via the APEL T-7 pathway (subject to MQA APEL assessment).

πŸ’Ό Careers: energy manager Β· ESG officer Β· RE project engineer Β· energy auditor & more
Courses: Solar β˜€οΈ Wind πŸ’¨ Hydro πŸ’§ Biofuel 🌿 Energy Storage πŸ”‹ Smart Energy Management πŸ’‘

πŸ“© Enquiries:
Dr. Omar Faruqi Bin Marzuki (Programme Coordinator)
βœ‰οΈ [email protected]
Deputy Dean (Research, Funding & Postgraduate), FKPS
βœ‰οΈ [email protected] | ☎️ +60 86-855 348

Study while you work β€” share with someone ready to power the clean energy future! πŸ”‹πŸŒ

Tahniah diucapkan atas kejayaan menerima geran daripada All Party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Developmen...
21/07/2026

Tahniah diucapkan atas kejayaan menerima geran daripada All Party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals (APPGM-SDG).

Projek bertajuk β€œLivelihood Constraints in Pulau Bruit, Mukah, Sarawak” ini diketuai oleh Dr. Rohaizahtulamni Binti Radzlan bersama ahli projek seperti berikut:

* Prof. Madya Dr. Noorasmah Binti Saupi
* Dr. Shairil Izwan Bin Taasim
* Dr. Sawanah Binti Mumin
* Dr. Edwin Anak Francis
* Dr. Steward Giman anak Stephen

Dengan peruntukan sebanyak RM20,000.00 bagi tempoh enam (6) bulan bermula 16 Julai 2026, projek ini dijangka memberi impak kepada pembangunan komuniti setempat serta menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG).

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi serta memperkukuh peranan universiti dalam pembangunan masyarakat.









Address

Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan Dan Sains
Bintulu
97008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains UPMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains UPMS:

Shortcuts

Share