30/03/2025
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami, Jawatankuasa Kelab Pensyarah, UiTM Cawangan Perak.
Rata-rata kami sudah di tahun ke-6 bersama dalam jawatankuasa. Ada juga yang baru sertai tapi akrabnya seperti sudah lama bersama.
Kelab ini mengajar kami saling bertoleransi dengan perbezaan. Perbezaan bukan sebab untuk berpecah, tetapi peluang untuk kenal mengenali dan mengambil manfaat antara satu sama lain.
*Di UiTM Cawangan Perak, kampus Seri Iskandar sahaja terdapat lebih 400 orang pensyarah daripada hampir 20 jabatan/fakulti berbeza.
DR MUHD IMRAN ABD RAZAK
PRESIDEN KELAB PENSYARAH