Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi

Call Directions Website Contact the university

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi A leader in the mechanical engineering discipline towards global excellence through world class education and research.

๐Ÿ† 7 EMAS, 1 PERAK โ€” TAHNIAH PELAJAR FKM UiTMCTKBB!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada lapan pelajar Fakulti Kejurut...
21/09/2026

๐Ÿ† 7 EMAS, 1 PERAK โ€” TAHNIAH PELAJAR FKM UiTMCTKBB!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada lapan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi atas kejayaan meraih ๐Ÿฅ‡ 7 pingat emas dan ๐Ÿฅˆ 1 pingat perak dalam International Innovative & Creative Ideas Poster Competition 2026 (IICIPC 2026). Keputusan pertandingan telah diumumkan pada 20 September 2026.

๐ŸŒ Menurut pihak penganjur, pertandingan ini menghimpunkan 314 projek dari tujuh buah negara, iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Bangladesh, Afrika Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Setiap projek dinilai secara bebas oleh dua panel juri yang terdiri daripada 108 pakar dari pelbagai institusi.

โœจ From FYP to International Recognition!โœจ
Pencapaian membanggakan bagi pelajar program EM246 dan EM110 ini mencerminkan usaha, kreativiti dan komitmen mereka dalam mengetengahkan idea inovasi berasaskan ilmu kejuruteraan di pentas antarabangsa!

Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada para penyelia serta semua pihak yang memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang penyertaan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FKMBB untuk terus mengetengahkan hasil karya dan inovasi masing-masing di persada antarabangsa serta mengharumkan nama baik UiTMCTKBB. Syabas kepada semua pemenang! ๐Ÿ‘โœจ

๐Ÿ† 2 PERAK โ€” TAHNIAH PELAJAR FKM UiTMCTKBB!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga pelajar Diploma Kejuruteraan Mek...
21/09/2026

๐Ÿ† 2 PERAK โ€” TAHNIAH PELAJAR FKM UiTMCTKBB!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (EM110), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi atas kejayaan meraih๐Ÿฅˆdua pingat perak bagi dua projek inovasi dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi โ€” Innovation Development Through Educational Activities (iDEAโ€™26).

Pengiktirafan ini diperoleh pada peringkat prakelayakan bagi bidang Teknologi Mekanikal, kategori Pelajar IPT/ILK. Keputusan pertandingan telah diumumkan pada 18 Jun 2026.

Tahniah kepada kumpulan pelajar:
๐ŸŒŸ Ahmad Lutfi bin Ahamad Yani
๐ŸŒŸ Muhammad Azhar Naeim bin Kamarul Azhar
๐ŸŒŸ Muhammad Syamim bin Ahmad Masโ€™ab

Dua projek yang menerima pingat perak ialah:

๐Ÿฅˆ Innovative BBQ Flip Grill
๐Ÿฅˆ Innovative Portable Gas Welding Trolley

Pertandingan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dengan IKTBN Temerloh sebagai hos, merangkumi enam bidang teknologi serta dua kategori utama, iaitu Pelajar IPT/ILK dan Murid Sekolah.

Sebanyak 92 penyertaan berdaftar direkodkan dalam bidang Teknologi Mekanikal bagi kategori Pelajar IPT/ILK pada peringkat prakelayakan. Projek dinilai berdasarkan aspek keaslian, kreativiti, kualiti, faedah, impak dan potensi pengkomersialan.

Pencapaian ini mencerminkan usaha dan komitmen pelajar dalam mengaplikasikan ilmu kejuruteraan kepada pembangunan produk inovasi. Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada penyelia serta semua pihak yang memberikan bimbingan dan sokongan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga FKMBB untuk terus menghasilkan karya dan inovasi yang bermanfaat. Syabas kepada semua pemenang! ๐Ÿ‘โœจ

๐‘๐Ž๐”๐๐ƒ ๐“๐€๐๐‹๐„ ๐ƒ๐ˆ๐’๐‚๐”๐’๐’๐ˆ๐Ž๐: ๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐‚๐„๐„๐Œ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ”/๐„๐Œ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐๐„๐๐€๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆSatu sesi perbincangan meja bula...
12/09/2026

๐‘๐Ž๐”๐๐ƒ ๐“๐€๐๐‹๐„ ๐ƒ๐ˆ๐’๐‚๐”๐’๐’๐ˆ๐Ž๐: ๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐‚๐„๐„๐Œ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ”/๐„๐Œ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐๐„๐๐€๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ

Satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan secara dalam talian pada 7 September 2026 bersama Panel Penasihat Industri bagi menyemak draf kurikulum baharu program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (CEEM246/EM246).

Fokus utama perbincangan yang dicapai:
๐Ÿ“Œ ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฆ: Menyelaraskan struktur kursus dengan kehendak dan trend industri semasa.
๐Ÿ“Œ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐„๐Ž & ๐๐‹๐Ž: Memastikan Objektif Pendidikan & Hasil Pembelajaran Program relevan serta berdaya saing.
๐Ÿ“Œ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐†๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง: Melahirkan graduan teknologi kejuruteraan yang bersedia mendepani cabaran kerjaya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan Panel Industri atas sumbangan kepakaran, pandangan, dan komitmen berterusan demi memperkasakan kualiti akademik UiTM.

LAWATAN PENANDA ARAS FKM UiTM BUKIT BESI KE FTKPM UMPSASatu lawatan penanda aras telah diadakan oleh Fakulti Kejuruteraa...
11/09/2026

LAWATAN PENANDA ARAS FKM UiTM BUKIT BESI KE FTKPM UMPSA

Satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan & Mekatronik (FTKPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Pahang bagi memantapkan kualiti akademik dan pengurusan makmal.

Fokus utama lawatan:
๐Ÿ”น Semakan Kurikulum (CEEM246/EM246): Rujukan amalan terbaik bagi memenuhi piawaian Akreditasi ETAC.
๐Ÿ”น Tatakelola Makmal: Pendedahan pengurusan makmal terkini untuk pensyarah & penolong jurutera.
๐Ÿ”น Jaringan Strategik: Membuka ruang kolaborasi penyelidikan dan perkongsian kepakaran.

Terima kasih FTKPM UMPSA atas sambutan mesra dan perkongsian yang amat bernilai.

Pada 12 Ogos 2026 telah berlangsung Sesi Penilaian Akreditasi Sementara bersekali Akreditasi Penuh bagi program Doktor F...
21/08/2026

Pada 12 Ogos 2026 telah berlangsung Sesi Penilaian Akreditasi Sementara bersekali Akreditasi Penuh bagi program Doktor Falsafah (PhD) dan Master Sains, NEC 0710 โ€“ Engineering and Engineering Trades Not Further Defined di Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) serta Institut Ekosains Borneo (IEB), Universiti Putra Malaysia Sarawak.

Sesi penilaian ini melibatkan Prof. Madya Dr. Sany Izan Ihsan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selaku Pengerusi Panel Penilai, bersama Ts. Mohd Arzaimiruddin Ariffin dari UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi selaku Ahli Panel Penilai (APP).

Terima kasih kepada pihak UPM Sarawak atas kerjasama, komitmen dan layanan yang sangat baik sepanjang sesi penilaian berlangsung.

Semoga UPM Sarawak terus maju jaya dan cemerlang!

https://www.facebook.com/share/p/18PAnXcob4/

Tahniah UiTM dan PSMZA atas pemeteraian Letter of Intent (LOI). Semoga kerjasama strategik ini membuka lebih banyak pelu...
09/07/2026

Tahniah UiTM dan PSMZA atas pemeteraian Letter of Intent (LOI). Semoga kerjasama strategik ini membuka lebih banyak peluang dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan.

๐ŸŽ“ ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐†๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ค๐š๐ง๐ข๐ค๐š๐ฅ!Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 6 orang pelajar Batch Pert...
18/05/2026

๐ŸŽ“ ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐†๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ค๐š๐ง๐ข๐ค๐š๐ฅ!

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 6 orang pelajar Batch Pertama Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) atas kejayaan menamatkan pengajian dan diraikan dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-104 (Sidang 6) pada 11 Mei 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat para graduan, pensyarah serta seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus melakar kecemerlangan dalam kerjaya dan kehidupan pada masa hadapan.

Syabas dan selamat maju jaya! ๐ŸŒŸ

PROGRAM DEMONSTRASI PERALATAN RADIO AMATUR KEPADA PELAJAR PROJEK TAHUN AKHIR EM110Program Demonstrator Peralatan Radio A...
07/05/2026

PROGRAM DEMONSTRASI PERALATAN RADIO AMATUR KEPADA PELAJAR PROJEK TAHUN AKHIR EM110

Program Demonstrator Peralatan Radio Amatur telah berjaya dilaksanakan pada 7 Mei 2026 (Khamis) di kawasan lapang bersebelahan Bangunan Ilmuan dan kolam, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi melibatkan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (EM110) bagi subjek Projek Tahun Akhir 1 (MEC299).

Program ini dikendalikan oleh Encik Sukimin Bin Ab Sattar dan Encik Haliyah Bin Mohd daripada Pertubuhan Terengganu DX Radio Amatur Rekreasi dan Perkhidmatan Kecemasan (ARRES). Melalui demonstrasi yang dijalankan, pelajar didedahkan dengan penggunaan peralatan radio amatur, teknik pemasangan antena, serta kaedah komunikasi radio dalam situasi sebenar di lapangan.

Dua projek pelajar yang terlibat ialah pembangunan mekanisme elastik dan mekanisme pneumatik bagi alat pelontar antena end-fed untuk aplikasi radio amatur. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sendiri keperluan pengguna, aspek penggunaan sebenar, serta cabaran semasa proses pemasangan antena di kawasan lapangan terbuka.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan memberi pengalaman yang sangat bermanfaat kepada pelajar dalam membantu pembangunan projek tahun akhir mereka.

Sesi Demonstrasi Projek Berkumpulan (Santai) โ€“ MET400Sesi demonstrasi projek berkumpulan bagi pelajar Tahun 1, EM246 โ€“ B...
20/01/2026

Sesi Demonstrasi Projek Berkumpulan (Santai) โ€“ MET400

Sesi demonstrasi projek berkumpulan bagi pelajar Tahun 1, EM246 โ€“ Bachelor of Mechanical Engineering Technology (Honours) untuk kursus MET400: Introduction to Engineering Technology & Professionalism telah berjaya diadakan pada 19 Januari 2026.

Projek ini memfokuskan kepada โ€œReverse Engineering and Improvement of a Small-Scale Mechanical Device.โ€

Melalui projek ini, keupayaan pelajar dinilai dari aspek aplikasi prinsip asas reka bentuk kejuruteraan, pengurusan projek, pemilihan bahan, kelestarian, ergonomik serta keselamatan dalam menyelesaikan masalah sebenar.

Sesi ini bukan sekadar menilai hasil akhir, tetapi turut menekankan proses pemikiran kejuruteraan, kerja berpasukan dan amalan profesionalisme โ€” sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke kursus kejuruteraan yang lebih kompleks.

Tahniah kepada semua kumpulan atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan. Good effort and solid learning progress. ๐Ÿ‘

13/01/2026

PERBINCANGAN PENGIKTIRAFAN B.TECH DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi membincangkan mengenai pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda Teknologi (B.Tech) dalam skim perkhidmatan awam, khususnya bagi lantikan gred DV9.

Perbincangan ini adalah susulan cadangan MBOT agar kelayakan B.Tech dipertimbangkan sebagai salah satu syarat lantikan, sejajar dengan keperluan profesional dan pembangunan laluan kerjaya tenaga pengajar TVET.

MBOT kekal berperanan sebagai pemudah cara dalam menyokong pelaksanaan penyelesaian yang praktikal dan sejajar dengan dasar sedia ada, selaras dengan aspirasi Majlis TVET Negara untuk memperkukuh ekosistem TVET negara.

Address

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi, Dungun
Bukit Besi
23200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi:

Shortcuts

Share