Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA, Kampus Bukit Besi.

Call Directions Website Contact the university

Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA, Kampus Bukit Besi. Facebook rasmi Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi.

Setinggi-Tinggi Tahniah atas Kejayaan Memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Kimia Dan Proses) Dr. Norzila Moh...
24/09/2026

Setinggi-Tinggi Tahniah atas Kejayaan Memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Kimia Dan Proses) Dr. Norzila Mohd.



LAWATAN PELAJAR MRSM KUALA TERENGGANU KE UiTM BUKIT BESI15 September 2026Pihak Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan...
17/09/2026

LAWATAN PELAJAR MRSM KUALA TERENGGANU KE UiTM BUKIT BESI
15 September 2026

Pihak Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi berbesar hati menerima kunjungan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu ke kampus UiTM Bukit Besi.

Lawatan ini menjadi satu platform yang bermakna untuk memperkenalkan kepada para pelajar suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta memberi pendedahan terhadap peluang pengajian dan kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Semoga kunjungan ini dapat membuka ruang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat bidang Kejuruteraan Kimia, di samping menyemai minat dan keyakinan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang STEM pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MRSM Kuala Terengganu atas kunjungan ke UiTM Bukit Besi. Semoga jalinan ini terus diperkukuhkan melalui program pendidikan dan STEM pada masa akan datang.




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit...
09/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi atas kejayaan memperoleh Anugerah Naib Canselor.

Sesungguhnya, Anugerah Naib Canselor bukanlah satu pencapaian yang mudah untuk diperoleh. Ia menuntut kecemerlangan akademik yang konsisten, usaha yang luar biasa, disiplin yang tinggi untuk memperoleh Anugerah Senarai Dekan pada setiap semester.

Di sebalik kejayaan ini pastinya tersimpan pelbagai cabaran, pengorbanan, malam-malam yang panjang mengulang kaji serta kesungguhan untuk terus berusaha dan tidak mudah berputus asa.

Justeru, pencapaian ini amat wajar dibanggakan. Kejayaan anda bukan sahaja mengharumkan nama diri dan keluarga, malah turut mengangkat nama Fakulti Kejuruteraan Kimia, Kampus Bukit Besi.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah FKK Bukit Besi yang sentiasa mencurahkan ilmu, memberikan bimbingan, dorongan dan sokongan kepada para pelajar.




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit...
09/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi atas pencapaian cemerlang memperoleh Gred Purata Nilai (GPA) 4.00/4.00.

Pencapaian ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin, komitmen dan kesungguhan para pelajar dalam menuntut ilmu.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. Syabas dan tahniah!

Tahniah atas kecemerlangan akademik!
Bangga dengan pencapaian anda!



🌷 JUTAAN TERIMA KASIH & SELAMAT BERSARA 🌷Azmi MahmoodPensyarah Kanan (DS13)Fakulti Kejuruteraan KimiaUiTM Kampus Bukit B...
01/09/2026

🌷 JUTAAN TERIMA KASIH & SELAMAT BERSARA 🌷

Azmi Mahmood
Pensyarah Kanan (DS13)
Fakulti Kejuruteraan Kimia
UiTM Kampus Bukit Besi

Dengan penuh penghargaan, kami merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa, sumbangan, dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bersara wajib (60 tahun) pada 4 September 2026.

Segala ilmu yang dicurahkan, tunjuk ajar yang diberikan serta jasa dan pengorbanan sepanjang menjalankan amanah akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga fasa baharu kehidupan ini dipenuhi dengan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan masa yang bermakna bersama insan tersayang.

Selamat bersara, En. Azmi.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung, ilmumu terus menjadi warisan.





SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepadaMohd Shahrul Nizam Sallehatas pelantikan semula sebagaiPENOLONG REKTORUiTM Kampus Bukit Be...
01/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada

Mohd Shahrul Nizam Salleh

atas pelantikan semula sebagai

PENOLONG REKTOR

UiTM Kampus Bukit Besi

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 September 2026 hingga 31 Ogos 2028.

Semoga pelantikan ini terus menjadi wadah untuk mencurahkan kepimpinan, komitmen dan khidmat bakti demi kecemerlangan serta kemajuan UiTM Kampus Bukit Besi.



SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepadaNorzila Mohdatas pelantikan semula sebagai Koordinator Prasiswazah, Fakulti Kejuruteraan K...
01/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada

Norzila Mohd

atas pelantikan semula sebagai Koordinator Prasiswazah, Fakulti Kejuruteraan Kimia.

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 September 2026 hingga 31 Ogos 2028.

Semoga pelantikan ini menjadi satu lagi ruang untuk terus menyumbang kepakaran, kepimpinan dan komitmen dalam memperkukuh pengurusan akademik serta kecemerlangan prasiswazah Fakulti Kejuruteraan Kimia.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam kepimpinan serta khidmat bakti.



Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepadaProf. Madya Ts. Dr. Sarifah Fauziah Syed DramanTimbalan Rektor (Hal ...
01/09/2026

Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada

Prof. Madya Ts. Dr. Sarifah Fauziah Syed Draman
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)

atas segala sumbangan, komitmen, dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menggalas amanah sebagai Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri.

Sesungguhnya, segala jasa, kepimpinan dan usaha yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pelantikan sehingga 31 Ogos 2026 amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga segala bakti yang dicurahkan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.
Selamat maju jaya dalam amanah dan perjalanan seterusnya.



Tahniah diucapkan kepada 3 pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu, Kampus Buk...
31/03/2026

Tahniah diucapkan kepada 3 pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi atas kejayaan cemerlang memperoleh Purata Nilai Gred (GPA) 4.0/4.0 pada semester Oktober 2025-Februari 2026 yang lalu.

Semoga pencapaian gemilang ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai kecemerlangan yang berterusan pada masa hadapan serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.





Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia bersama barisan pensyarah akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu te...
31/03/2026

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia bersama barisan pensyarah akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu telah terlibat dalam aktiviti konsultasi dan hebahan peluang melanjutkan pengajian kepada para pelajar di SMK Sura, Dungun serta SBPI Bukit Rakit, Kuala Terengganu yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 pada 31 Mac 2026.

Ribuan tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas pencapaian masing-masing. Semoga Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi pilihan utama untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti dan seterusnya membina masa depan yang cemerlang.



Address

Jalan Kuala Berang
Bukit Besi
23200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA, Kampus Bukit Besi. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA, Kampus Bukit Besi.:

Shortcuts

Share