Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi

Call Directions Website Contact the university

Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi, College & University, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi, Bukit Besi.

๐ŸŽ“ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐Œ๐”๐‹๐€๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐„๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ’œSelamat kembali ke kampus buat para pelajar yang meneru...
26/09/2026

๐ŸŽ“ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐Œ๐”๐‹๐€๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐„๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ’œ

Selamat kembali ke kampus buat para pelajar yang meneruskan pengajian, dan selamat datang serta selamat memulakan semester baharu kepada semua pelajar.

Semoga semester ini menjadi permulaan yang penuh dengan semangat baharu, ilmu yang bermanfaat, pengalaman yang bermakna serta kejayaan yang cemerlang.

Teruskan melangkah, manfaatkan setiap peluang dan cipta kenangan terbaik sepanjang perjalanan anda di kampus. โœจ

Welcome Back & All the Best for the New Semester!

๐Ÿ’œ UiTM di Hatiku





๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ | ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พWarga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi terus melangkah bersama m...
22/09/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ | ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Warga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi terus melangkah bersama menerusi Program 10,000 Langkah Sihat, anjuran Unit Pentadbiran dengan kerjasama Unit Sukan dan Unit Kesihatan.

Program yang berlangsung pada 15 September 2026 ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi medan mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kampus.

Bertemakan โ€œSemangat Merdeka โ€“ Sukan & Tradisiโ€, para peserta memulakan perjalanan dari Blok Perdana, melalui Pos B โ€“ Tasik Puteri โ€“ Kelab Golf Bukit Besi โ€“ Tasik Puteri โ€“ Pos B, sebelum menamatkan langkah di Dewan Emas.

๐Ÿ’ช 10,000 langkah, satu tekad โ€” warga sihat, semangat kuat, ukhuwah erat!

Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta urus setia yang menjayakan program ini. Semoga budaya hidup sihat terus menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga UiTM Kampus Bukit Besi.






๐Ÿ—๏ธ  ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ โ€œ๐‘๐Ž๐‹๐‹ ๐Ž๐ ๐’๐ˆ๐“๐„โ€ & ๐’๐€๐‘๐€๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐Ž๐‹๐Ž๐๐† ๐‘๐„๐Š๐“๐Ž๐‘Sekitar Majlis Perasmian โ€œRoll On Siteโ€ dan se...
22/09/2026

๐Ÿ—๏ธ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ โ€œ๐‘๐Ž๐‹๐‹ ๐Ž๐ ๐’๐ˆ๐“๐„โ€ & ๐’๐€๐‘๐€๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐Ž๐‹๐Ž๐๐† ๐‘๐„๐Š๐“๐Ž๐‘

Sekitar Majlis Perasmian โ€œRoll On Siteโ€ dan sesi Sarapan Pagi Bersama Penolong Rektor UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi, yang telah berlangsung pada 20 September 2026 (Ahad).

Program ini turut menjadi ruang pertemuan dan interaksi antara pihak pengurusan serta warga kampus dalam suasana santai, di samping menyaksikan perasmian Roll On Site pertama di UiTM Cawangan Terengganu.

Semoga kemudahan dan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada warga kampus serta menyokong keperluan operasi dan pembangunan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. โœจ

โ€œUiTM di Hatikuโ€ ๐Ÿ’œ






๐ŸŽ“โœจ TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU! โœจ๐ŸŽ“Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu UiTM Cawa...
22/09/2026

๐ŸŽ“โœจ TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU! โœจ๐ŸŽ“

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi bagi Sesi 1 2026/2027! ๐Ÿ’œ

Hari ini bermulanya satu perjalanan baharu dalam kehidupan anda sebagai warga UiTM di hatiku. Manfaatkan setiap peluang untuk menimba ilmu, membina pengalaman, mencipta persahabatan dan mengembangkan potensi diri sepanjang berada di kampus.

Semoga perjalanan pengajian yang bakal ditempuhi dipermudahkan dan menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih gemilang. ๐ŸŒŸ

Selamat datang ke keluarga besar UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi! ๐Ÿฅณ๐Ÿ’œ

Usaha. Taqwa. Mulia.







๐ŸŒŸ SELAMAT DATANG KE UiTM KAMPUS BUKIT BESI ๐ŸŒŸSeluruh warga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi mengucapkan selamat...
18/09/2026

๐ŸŒŸ SELAMAT DATANG KE UiTM KAMPUS BUKIT BESI ๐ŸŒŸ

Seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi mengucapkan selamat datang kepada:

Encik Muhammad Syazman bin Mohd Roslee
Pembantu Kemahiran

Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuh pasukan serta menyumbang kepada kecemerlangan UiTM Kampus Bukit Besi.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus maju jaya! ๐Ÿ’œ

โ€œUiTM di Hatikuโ€





๐ŸŽ‰ SYABAS DAN TAHNIAH! ๐ŸฅˆSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia (EH110):๐ŸŒŸ Aleeya...
09/09/2026

๐ŸŽ‰ SYABAS DAN TAHNIAH! ๐Ÿฅˆ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia (EH110):

๐ŸŒŸ Aleeya Nur Mohd Nahar Syam
๐ŸŒŸ Nur Aimi Mariam Azman
๐ŸŒŸ Siti Khairunnisa Khairul Rasyid
๐ŸŒŸ Mohd Zaqwann Mohd Zakaria
๐ŸŒŸ Mohamad Amiruddin Haja Mydin

serta penasihat projek:

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Dr. Norzila Binti Mohd
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Mohd Haikal Bin Mustafea

atas kejayaan meraih Pingat Perak menerusi inovasi โ€œHydromaze STEM Kitโ€ dalam International Innovation & Invention Through Exhibition (iCompEx) 2026 yang berlangsung pada 11 hingga 13 Ogos 2026.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk terus membudayakan kreativiti, inovasi dan kecemerlangan. Teruskan melakar kejayaan yang lebih gemilang! โœจ

Syabas dan tahniah!







๐ŸŽ‰ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ & ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›! ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:๐—ก๐˜‚๐—ฟ ๐—”๐—ณ๐—ฟ๐—ถ๐˜‡๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—”๐—บ๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ฏ ๐—”๐˜‡๐—ถ๐˜‡๐——๐—ฟ. ๐—ก๐˜‚๐—ฟ ๐—›๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ต ...
06/09/2026

๐ŸŽ‰ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ & ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›! ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

๐—ก๐˜‚๐—ฟ ๐—”๐—ณ๐—ฟ๐—ถ๐˜‡๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ถ
๐—”๐—บ๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ฏ ๐—”๐˜‡๐—ถ๐˜‡
๐——๐—ฟ. ๐—ก๐˜‚๐—ฟ ๐—›๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐—ธ
๐—ฆ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ก๐˜‚๐—ฟ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—”๐˜‡๐—ป๐—ฎ๐—บ
๐——๐—ฟ. ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜ ๐—ฌ๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—บ

atas kejayaan meraih ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฅˆ menerusi inovasi:

โœจ โ€œ๐—ฆ๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐—ธ++: ๐—” ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜ ๐—ฆ๐˜†๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บโ€

dalam ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ฉ๐—ถ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—น ๐—ฒ-๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜ ๐——๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ฝ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜ ๐—–๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฒ๐—–๐—ผ๐—ป๐——๐—ฒ๐˜ƒ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) yang telah berlangsung pada ๐Ÿญ๐Ÿดโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan komitmen, kreativiti dan usaha berterusan dalam menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada pengurusan dan pendidikan. ๐Ÿ‘โœจ

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian dan inovasi pada masa akan datang.

๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€! ๐Ÿ’œ

Ikhlas daripada,
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฅ๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ
๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—–๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚, ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜€ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ถ

๐ŸŒน ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€๐ŸŒนSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara diucapkan kepada Encik Azmi bin ...
04/09/2026

๐ŸŒน ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€๐ŸŒน

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara diucapkan kepada Encik Azmi bin Mahmood, Pensyarah Kanan (DS13), Fakulti Kejuruteraan Kimia, sempena persaraan wajib beliau pada 4 September 2026.

Terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, ilmu dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala dedikasi dan komitmen yang diberikan pastinya meninggalkan kenangan serta menjadi sebahagian daripada legasi yang akan terus dikenang.

Semoga fasa baharu kehidupan ini dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan, kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan bersama insan tersayang.

Selamat bersara dan selamat menikmati lembaran baharu kehidupan. ๐Ÿ’

Ikhlas daripada, Penolong Rektor dan Seluruh Warga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi

๐ŸŒŸ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ŸŒŸSeluruh warga UiTM Cawangan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd S...
31/08/2026

๐ŸŒŸ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ŸŒŸ

Seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Shahrul Nizam Salleh atas pelantikan semula sebagai Penolong Rektor, UiTM Kampus Bukit Besi, bagi tempoh 1 September 2026 hingga 31 Ogos 2028.

Pelantikan semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kepimpinan, komitmen dan sumbangan beliau dalam memacu kecemerlangan UiTM Kampus Bukit Besi.

Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam menggalas amanah serta menerajui kampus ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Selamat menjalankan amanah dan terus cemerlang dalam memimpin.





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พUniversiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi meng...
27/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan serta memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap tanah air.

Semoga Malaysia terus maju, aman dan sejahtera di bawah naungan semangat Malaysia MADANI.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






Address

UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi
Bukit Besi
23200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi:

Shortcuts

Share