Etika Dan Peradaban Kumpulan 4

Etika Dan Peradaban Kumpulan 4 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Etika Dan Peradaban Kumpulan 4, College & University, Universiti Utara, Bukit Kayu Hitam.

POSTER RUMUSANAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera, kami merupakan kump**an 4 dari subjek MPU1013(F) Penghayatan Etika ...
19/07/2023

POSTER RUMUSAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, kami merupakan kump**an 4 dari subjek MPU1013(F) Penghayatan Etika dan Peradaban telah merumuskan maklumat berkaitan Perlembagaan sebagai Titik Perpaduan Kaum . Diharapkan semua akan mengambil berat tentang isu ini yang semakin serius pada hari ini bagi memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Akhir sekali, kami ahli kump**an 4 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada kami sepanjang tempoh penyediaan laman ini. Diharapkan semua maklumat yang kami kongsikan dan sebarkan
dapat memberi kesedaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan semua.

Disediakan oleh : PUTERI NUR ARISHA BINTI NOR AZMI
No.Matrik : 292659

Tajuk : Kesimp**an mengenai Perlembagaan Sebagai Titik Perpaduan Kaum📝 Kesimp**an 📌 Seperti yang kita tahu, perlembagaan...
12/07/2023

Tajuk : Kesimp**an mengenai Perlembagaan Sebagai Titik Perpaduan Kaum

📝 Kesimp**an

📌 Seperti yang kita tahu, perlembagaan merupakan dokumen hukum menyusun prinsip prinsip dasar,struktur serta fungsi negara. Bukan itu sahaja, ianya juga berfungsi untuk memastikan serta menegakkan keadilan dan perlindungan hak asasi setiap masyarakat.

📌Perlembagaan Malaysia juga terkenal sebagai undang-undang tertinggi negara.

📌 Ianya digubal menjadi sebagai satu garis panduan dalam sistem pemerintahan di negara kita.

📌 Prinsip - prinsip perlembagaan mampu menjamin kebebasan beragama, hak-hak politik, hak-hak budaya serta hak perlindungan terhadap setiap lapisan kaum.

📌 Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan menjadi satu titik persetujuan yang diterima oleh pelbagai pihak.

⭐️ Kesimp**annya, negara dapat membentuk sistem pemerintahan yang sentiasa menghormari kepentingan setiap warganegara Malaysia. Oleh itu, perlembagaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara Malaysia.

NUR NADIA NAJWA BINTI ZAIRI
( 294309 )

POSTING 9TAJUK: PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN KAUM✨ CABARAN PERLEMBAGAN ✨Terdapat tiga cabaran perlembagaan Malay...
09/07/2023

POSTING 9

TAJUK: PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN KAUM

✨ CABARAN PERLEMBAGAN ✨

Terdapat tiga cabaran perlembagaan Malaysia dalam menjadi tiang seri integrasi masyarakat majmuk. Antaranya ialah :

✔️Mengekalkan kedudukan dan kesucian islam sebagai agama rasmi
✔️Mengekalkan hak istimewa orang melayu dan bumiputera
✔️Mengekalkan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan

Mengekalkan kedudukan dan kesucian islam sebagai agama rasmi

▫️ Islam diberikan hak dan kedudukan istimewa oleh Perlembagaan. Namun, Islam tidak p**a menyekat hak kebebasan mengamalkan agama bagi penganut agama lain. Bagaimanapun, ia tidak bermakna kebebasan itu mutlak kerana ia masih tertakluk kepada Perkara 11(4) yang menyekat penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.

Mengekalkan hak istimewa orang melayu dan bumiputera

▫️ Maksud mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera merujuk kepada usaha untuk mempertahankan dan melindungi hak-hak istimewa yang diberikan kepada golongan tersebut dalam sistem sosial, ekonomi, dan politik di Malaysia. Konsep ini berasal dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan pada tahun 1971 untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat Malaysia. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera termasuk dalam beberapa bidang seperti pemilikan tanah, perolehan perniagaan, pendidikan, dan peluang pekerjaan. Tujuannya adalah untuk memberikan peluang dan pemulihan kepada komuniti yang sebelumnya mengalami kekurangan dalam bidang-bidang ini.

Mengekalkan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan

▫️ Mengekalkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah penting dalam memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia dan memastikan kepelbagaian bahasa di negara ini. Beberapa langkah telah diambil untuk memastikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terpelihara. Mengekalkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah penting untuk memelihara perpaduan dan identiti Malaysia sebagai negara yang berbilang bahasa dan berbilang budaya. Walau bagaimanapun, penting juga untuk menghormati dan mempromosikan multilingualisme dan penggunaan bahasa-bahasa lain di negara ini sebagai aset budaya dan kepelbagaian yang kaya.

Mohamad Aliff Bin Hassan
(296108)

POSTING 8 TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN.📌IMPAK TIDAK MENGAMALKAN PERPADUAN📌🟣Keharmonian negara terjejasTi...
30/06/2023

POSTING 8

TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN.

📌IMPAK TIDAK MENGAMALKAN PERPADUAN📌

🟣Keharmonian negara terjejas

Tiada kesepaduan dalam kalangan masyarakat seperti rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dan tidak dikongsikan bersama. Hal ini menyebabkan kerjasama antara masyarakat tidak dapat dipupuk. Jika perpaduan tidak diamalkan, perbezaan etnik dan perkauman boleh menjadi punca konflik. Sentimen yang terbentuk akibat pemisahan dan ketidakfahaman antara kump**an etnik boleh mengakibatkan ketegangan dan kebencian.

🟣Wujud sikap mementingkan diri dalam masyarakat

Masyarakat tidak bertolak ansur dan beretika. Apabila wujud masyarakat seperti ini, timbul ketidakpuasan hati dan akhirnya mencetuskan kepada pergaduhan dan pertelingkahan dalam etnik. Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan dalam arus aktiviti ekonomi kerana setiap etnik dipisahkan mengikut pembahagian sektor. Hal ini telah menimbulkan tidak puas hati kerana pembahagian sektor yang tidak adil.

🟣Sistem pendidikan terjejas

Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersepadu, berakhlak mulia dan lain-lain. Jelaslah bahawa misi Kementerian Pelajaran Malaysia menitikberatkan perpaduan dalam sistem pendidikan. Sekiranya wujud masalah perpaduan, secara tidak langsung akan menjejaskan pembangunan pendidikan dalam negara.

🟣Pembangunan ekonomi negara tidak stabil

Jika terdapat konflik dalam negara, kepercayaan pelabur dapat terjejas. Pelabur mungkin ragu-ragu untuk melaburkan modal mereka dalam keadaan yang tidak stabil atau konflik antara kump**an-kump**an masyarakat. Negara juga mungkin menghadapi kesulitan untuk menarik modal asing. Keadaan yang tidak stabil atau persepsi ketidakadilan dan diskriminasi dapat menyebabkan pelabur asing enggan melabur dalam negara tersebut.

Oleh itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di negara kita amatlah penting untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang telah kita kecapi kekal serta mengelakkan berulangnya sejarah hitam seperti rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.

NOR ANIS AMIERA BINTI SABRI [292489]

POSTING 7TAJUK: PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN KAUM✨ KESAN PERPADUAN KEPADA NEGARA ✨📌 Perpaduan boleh ditakrifkan ...
25/06/2023

POSTING 7

TAJUK: PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN KAUM

✨ KESAN PERPADUAN KEPADA NEGARA ✨

📌 Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiapanggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satuperasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakanantara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kinidihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawakepada wujudnya jurang perpisahan

📌 Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan. Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadianyang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapatmengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

NUR HUSNIYAH NADIAH BINTI SAZALI
(294364)

11/06/2023

POSTING 6

TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN KAUM
✨Bagaimana Perpaduan Dicapai Melalui Perlembagaan✨

🌺 Elakkan diri daripada terlibat dengan perkara berbaur keganasan dan jenayah.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menjauhkan diri daripada perkara tersebut untuk mengekalkan Malaysia menjadi negara yang aman dan harmoni.

🌺 Hormati agama lain dan tidak mengamalkan sifat rasis .
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Entik Sabah dan Sarawak, sebagai seorang rakyat Malaysia menghormati budaya serta adat setiap agama dan entik untuk memupuk sikap perpaduan dalam diri.

🌺 Setiap individu harus fasih berbahasa melayu dan menjadikan sebagai bahasa pengantar.
Setiap rakyat Malaysia harus fasih dan mampu bercakap bahasa melayu untuk bertutur dan bergaul antara rakyat kerana bahasa melayu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia.

🌺 Menjadikan undang-undang sebagai perkara yang dihormati dan menghulurkan perlembagaan.
Undang-undang Malaysia dicipta untuk kesejahteraan negara dan sebagai rakyat Malaysia kita harus hormati dan wajib turuti setiap undang-undang yang ditetapkan dan menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara serta menghayati perlembagaan supaya Malaysia menjadi negara yang harmoni dan sejahtera.

📌Video dibawah merupakan pandangan siswa terhadap Bagaimana Perlembagaan Dapat Mencapai Perpaduan

Sumber video daripada youtube channel :
Yayasan Sukarelawan Siswa

MOHAMAD IKRIMAN HAKIM BIN MOHAMAD SAUFI
(294257)

POSTING 5TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN KAUM📌IMPAK PERLEMBAGAAN📌🌺 Perlembagaan dapat menjamin keselamatan ...
06/06/2023

POSTING 5

TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN KAUM
📌IMPAK PERLEMBAGAAN📌

🌺 Perlembagaan dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta.

🌺Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.

🌺Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum.
Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.

NURUL AINA NAJWA BINTI AHMAD HESAM
(292922)

POSTING 4 TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN.⚜️KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN⚜️🔵Perlembagaan merupakan rangka yang m...
29/05/2023

POSTING 4

TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN.

⚜️KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN⚜️

🔵Perlembagaan merupakan rangka yang menetapkan hubungan rakyat dengan entiti pemerintahan negara yang dipersetujui bersama.Undang-undang ini juga mewujudkan sempadan antara kuasa persekutuan dengan badan eksekutif dan badan perundangan.Oleh itu,Perlembagaan memiliki kepentingan yang sangat besar kepada rakyat,pemerintah dan pentadbiran negara Malaysia.

🔵Setiap rakyat yang bergelar warganegara Malaysia endaklah mengambil hendaklah memahami dan menguasai sejarah pembentukan negara dan mengambil iktibar daripadanya.Akhir sekali,kesepakatan dan perpaduan antara semua akan membawa kita ke arah yang lebih baik daripada bergerak secara berpecah-belah.

🔵Adalah satu kewajiban dan tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk mematuhi Perlembagaan selaras dengan Rukun Negara kita. ☺️

✍️ MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD NIZAR [294244]

POSTING 3 TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN.👑ASAS PERLEMBAGAAN 👑Perlembagaan menjamin keamanan sesebuah Negar...
17/05/2023

POSTING 3
TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN.
👑ASAS PERLEMBAGAAN 👑

Perlembagaan menjamin keamanan sesebuah Negara.
Dengan adanya perlembagaan, rakyat mendapat jaminan undang undang bahawa tidak akan ada unsur -unsur diskriminasi di kalangan mereka.

Seterusnya, pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan . Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi undang -undang , sebaliknya semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara 🇲🇾

sebagai seseorang yang mempunyai sifat cinta akan negara kita perlu mengetahui asas perlembagaan Malaysia.😊

✍️WAN NURAINA SHAFIQAH BINTI WAN KHAIRUL ANWAR [292454]

POSTING 2TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN⚜️SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN⚜️🌺Berikut adalah kro...
14/05/2023

POSTING 2
TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TITIK PERPADUAN
⚜️SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN⚜️

🌺Berikut adalah kronologi penggubalan Perlembagaan Persekutuan :*

1877
🤍Majlis Negeri Perak mengadakan mesyuarat pertama yang menjadi titik tolak kepada pembentukan undang-undang negara.
🤍Berperanan untuk menggubal undang-undang negeri Perak.
🤍Peranan yang sama ini dimainkan oleh semua Majlis Negeri di negeri Melayu yang lain.

1946
❤️Undang-undang di NNS digubal oleh Majlis Undangan Negeri
❤️Undang-undang di NNMB digubal oleh Majlis Persekutuan.
❤️NNMTB p**a digubal oleh Majlis Negeri

1948
💙Perjanjian Persekutuan merupakan titik penting pembentukan sebuah Persekutuan .
💙Antara kandungan yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah pentadbiran, kuasa raja perundangan dan kewarganegaraan.

1957
💛Suruhanjaya Perlembagaan dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
💛Perlembagaan Persekutuan disesuaikan dengan model Westminster yang diambil dari Britain.
💛Perlembagaan ini juga menjadi asas kepada perlembagaan negara kita pada hari ini.

🇲🇾PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 BERMODELKAN WESTMINSTER DIMANA NEGARA KITA MEMPUNYAI ASAS SISTEM PERUNDANGAN BERTULIS. MAKA HAL INI DAPAT MEMBANTU MALAYSIA MENGGUBAL SEBUAH PERLEMBAGAAN BERTULIS 🇲🇾

NAMA : MAJIDAH BINTI AZMI
NO MATRIK : 292571

POSTING PERTAMA 📚Tajuk: Perlembagaan Sebagai Titik Perpaduan Kaum  👨‍👨‍👦‍👦Apa itu Perlembagaan ? 😧📝🔴 Perlembagaan dalam ...
12/05/2023

POSTING PERTAMA 📚

Tajuk: Perlembagaan Sebagai Titik Perpaduan Kaum 👨‍👨‍👦‍👦

Apa itu Perlembagaan ? 😧📝

🔴 Perlembagaan dalam konteks Malaysia adalah sebuah dokumen bertulis yang diluluskan melalui proses perundangan dan ia merupakan undang-undang tertinggi bagi Malaysia.
🔴 Perlembagaan juga menetapkan had-had kuasa kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.
🔴 Menjadi panduan kepada semua undang-undang sama ada yang sedia ada mahupun yang bakal digubal.
🔴 Undang-undang perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara 🇲🇾
⚪️ Parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya.
⚪️ Semua undang-undang tidak boleh bertentangan dengan perlembangaan.
⚪️ Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan perlembangaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja.

🔆 Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlu memahami apakah itu Perlembagaan ? 🇲🇾

🔮 SITI AISYAH BINTI ZULKEPLI [ 292393 ]

Address

Universiti Utara
Bukit Kayu Hitam
06010

Telephone

+601161408353

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etika Dan Peradaban Kumpulan 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Etika Dan Peradaban Kumpulan 4:

Share