14/05/2024
POSTING 11❤️
Tajuk📝:ELEMEN PENTING MEMBERI MAKANAN KEPADA YANG MEMERLUKAN🥰
Disediakan oleh: ONG SHAN CHIN (299342)
Kelaparan telah menjadi isu global sejak sekian lama. Tahukah anda bahawa sehingga hari ini, 811 juta orang di seluruh dunia tidak mempunyai makanan yang cukup untuk dimakan??👤
Dalam konteks Agama Islam telah mengarahkan penganutnya untuk memberi makan kepada orang yang kelaparan dan membantu orang miskin untuk memerangi statistik yang mengejutkan ini melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis, yang merupakan himpunan perbuatan dan sabda Rasulullah SAW, umat Islam diseru untuk membantu mereka yang memerlukan dan memberi makan kepada orang yang kelaparan, tanpa mengira latar belakang, agama atau bangsa.
Seterusnya, dalam pandangan melayani orang lain, Allah SWT dalam Surah Al-Insaan Al-Quran berfirman:✨
“Orang-orang yang soleh itu benar-benar meminum dari cawan yang dicampur dengan kapur barus—mata air yang darinya diminum oleh hamba-hamba Allah SWT, yang mengalirkannya dengan melimpah.
Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang kejahatannya merata. Dan mereka memberi makan, kerana cinta kepada-Nya, kepada orang-orang miskin, anak yatim dan orang-orang yang ditawan, dengan berkata: “Kami memberi makan kepada kamu kerana keredaan Allah SWT sahaja, Kami tidak menghendaki pahala dan ucapan terima kasih daripada kamu. Sesungguhnya kami takut kepada Tuhan kami pada hari yang keras lagi berat.
Maka Allah SWT akan menjauhkan dari mereka kejahatan hari itu, dan menjadikan mereka bertemu dengan kemegahan dan kebahagiaan; Dan berikanlah balasan kepada mereka karena kesabaran mereka, dengan surga dan sutera.” (Surah Al-Insaan, Al-Quran 76:5-12)
Oleh sebab itu, kita sebagai manusia bermoral dan mengamalkan nilai kasih sayang akan mempunyai sikap yang memberikan makanan kepada orang yang miskin, orang yang memerlukan dan orang yang lapar. Apakah tips-tips yang saya sediakan untuk apabila anda hendak memberikan makanan kepada yang memerlukan.🥰
Poster ini bertujuan untuk menunjukkan nilai murni 💕KASIH SAYANG💕 melalui inisiatif memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan. Poster ini juga menekankan enam elemen penting dalam memberikan makanan kepada orang yang memerlukan. Pertama, kebersihan diutamakan dengan menyertakan sudu dan garpu🍴 dalam bekas makanan dan memisahkan mereka dari makanan itu sendiri, ia boleh memastikan kebersihan dan memberi kemudahan kepada masyarakat.Kedua, poster ini menunjukkan pentingnya memberikan prioritas kepada mereka yang paling membutuhkan🧓🧑🦽, seperti orang miskin, menunjukkan betapa pentingnya penglibatan komuniti dalam usaha ini. Ketiga, poster ini menekankan pentingnya menyediakan makanan yang berkhasiat🥦🫐🍗 dan sesuai untuk semua masyarakat, bukan hanya makanan segera.❌🍟🍕 Keempat, poster ini menggalakkan penggunaan pembungkusan yang mesra alam seperti bekas biodegradable🧃 atau bahan yang boleh dikitar semula. Seterusnya, bahan pembungkusan yang digunakan untuk membungkus atau membekaskan makanan adalah juga perlu mesra pengguna bagi menggelakkan apa-apa masalah yang tertimbul seperti keracunan atau kejadian yang tidak diinginan. Kelima, poster ini menyarankan untuk melabelkan maklumat tarikh🔖🗓️ dan masa penyediaan serta masa akhir perlu dimakan bagi tujuan memastikan yang terutamannya warga emas tidak akan terlupa masa akhir sebelum makan makanan tersebut. Terakhir, poster ini mencadangkan untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan🚚 ke rumah mereka yang tidak dapat keluar rumah seperti warga emas atau mereka yang kurang upaya. Semua elemen ini mencerminkan nilai-nilai KASIH SAYANG🥰 dan empati dalam masyarakat.
Melalui tindakan kita memberi makanan, kita juga memberi kasih sayang sejati. Dengan menitikberatkan nilai murni kasih sayang, kita memastikan bahawa setiap langkah yang kita ambil merangkumi kebersihan, penglibatan komuniti, piawaian makanan, pembungkusan mesra alam, label tempoh yang jelas, serta penghantaran terus kepada yang memerlukan. Bersama, kita membina sebuah masyarakat yang peduli dan peka terhadap keperluan sesama.🙌🫰