MaahadTahfiz An-Nahdhoh

Call Directions Contact the university

MaahadTahfiz An-Nahdhoh Mahad Tahfiz An-Nahdhoh Pulau Pinang

843 Mukim 5, Kampung Petani
Kubang Semang
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. No Admin: 019-2858621

📢 JAWATAN KOSONG | GURU TAHFIZ (PEREMPUAN)Maahad Tahfiz An-Nahdhoh, Pulau Pinang kini membuka peluang kerjaya kepada Mus...
28/09/2026

📢 JAWATAN KOSONG | GURU TAHFIZ (PEREMPUAN)

Maahad Tahfiz An-Nahdhoh, Pulau Pinang kini membuka peluang kerjaya kepada Muslimah yang berminat dan berpengalaman dalam bidang tahfiz untuk menyertai keluarga kami sebagai Guru Tahfiz (Perempuan). 🌿📖

Kriteria yang diperlukan:
✨ Wanita bujang, berumur 23–30 tahun
✨ Hafizah 30 Juzuk / lepasan Syahadah
✨ Tinggal sekitar Pulau Pinang
✨ Mempunyai pengalaman sebagai Guru Tahfiz

🎁 Faedah & Kemudahan:
✅ Caruman KWSP
✅ Caruman PERKESO
✅ Tempat tinggal disediakan

📲 Berminat? Hantarkan resume anda melalui WhatsApp:
www.wassap.my/60192858621/jawatankosonggurutahfiz

Ayuh sertai kami dalam usaha mendidik, membimbing dan melahirkan generasi al-Quran. 🤍

🌿 TAHNIAH & SYABAS 🌿Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Faisal Danish bin Emirizal atas kejayaan men...
25/09/2026

🌿 TAHNIAH & SYABAS 🌿

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Faisal Danish bin Emirizal atas kejayaan menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran. 🤲🏻📖

Satu perjalanan yang panjang, penuh dengan kesungguhan, kesabaran dan pengorbanan. Bermula pada 10 Mei 2022 dan akhirnya berjaya khatam pada 25 September 2026, setelah menempuh 4 tahun 4 bulan 15 hari dalam perjalanan menghafaz Kalamullah.

Semoga Al-Quran yang dihafaz sentiasa terpelihara dalam dada, diamalkan dalam kehidupan dan menjadi syafaat di akhirat kelak. Semoga terus istiqamah dalam menjaga hafazan dan menjadi asbab manfaat kepada agama, keluarga serta ummah. 🌹

Tidak lupa penghargaan kepada Ustaz Muhammad Al-Amin bin Mohd Fairuz selaku Halaqah Tasmi’ serta seluruh guru dan pihak Maahad Tahfiz An-Nahdhoh yang sentiasa membimbing dan memberikan sokongan sepanjang perjalanan ini.

بارك الله فيك ووفقك الله في حفظ كتابه والعمل به

🎓 Tahniah Faisal Danish!
📖 30 Juzuk selesai dihafaz, amanah untuk terus dijaga.







🎓 TAHNIAH & SYABAS! 🎓Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Shammeerul Faiez bin Shamsul atas kejayaan ...
23/09/2026

🎓 TAHNIAH & SYABAS! 🎓

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Shammeerul Faiez bin Shamsul atas kejayaan menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

🗓️ Tarikh Khatam: 23 September 2026
⏳ Tempoh Hafazan: 3 tahun 4 bulan 19 hari
📖 Tarikh Mula Hafazan: 4 Mei 2023
👳🏻‍♂️ Halaqah Tasmi’: Ustaz Muhammad Rasydan Hilmi bin Nazri

Semoga pencapaian ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih indah dalam menjaga, memahami dan mengamalkan kalam Allah SWT.

🌿 Semoga terus istiqamah dalam menjaga hafazan, memperbaiki bacaan serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan cahaya dalam setiap langkah.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.”
— Riwayat al-Bukhari

🤲 بارك الله فيك، وجعلك من أهل القرآن وخاصته.






🌹 *Alhamdulillah & Tahniah*🌹Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Tahniah diucapkan kepada pelajar *Maahad Tahfiz A...
27/08/2026

🌹 *Alhamdulillah & Tahniah*🌹

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Tahniah diucapkan kepada pelajar *Maahad Tahfiz An-Nahdhoh* yang telah berjaya khatam hafazan *30 juzuk Al-Quran* pada pagi yang penuh keberkatan ini. 🤲🏻📖

Syukur, pada pagi ini seluruh para pelajar bersama guru telah meraikan adik *MARSYA MARISSA BINTI KAMARUL AZMI* atas kejayaan beliau menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran di Maahad Tahfiz An-Nahdhoh.

Semoga kalam suci Al-Quran terus mekar kekal dalam ingatan, subur di jiwa dan sanubari. Semoga hafazan yang telah disempurnakan ini menjadi bekalan sepanjang hayat serta menjadi asbab keberkatan dan syafaat buat beliau dan keluarga. 🌹

Selesai hafazan, para pelajar akan meneruskan praktikal dan bakal melengkapkan tugasan sebagai salah satu syarat bagi melayakkan mereka berkonvokesyen pada konvokesyen yang akan datang, insya-Allah.

Seluruh warga kerja, guru-guru dan pentadbiran *Maahad Tahfiz An-Nahdhoh* sekali lagi ingin mengucapkan *jutaan tahniah* buat adik *MARSYA MARISSA BINTI KAMARUL AZMI* atas pencapaian yang sangat bermakna ini. Semoga terus istiqamah bersama Al-Quran dan menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan ummah. 🤲🏻✨

Terima kasih juga diucapkan kepada para waris yang telah menyumbangkan juadah sarapan pagi untuk sama-sama meraikan hari yang bersejarah buat anak Maahad ini. Semoga segala sumbangan dan kebaikan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT. 🤍

📚 *INGIN DAFTARKAN ANAK KE TAHFIZ AN-NAHDHOH?*

Buat ibu bapa yang berhasrat untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan hafazan kepada anak-anak, *Maahad Tahfiz An-Nahdhoh* mengalu-alukan penyertaan pelajar baharu.

🌱 Bina generasi bersama Al-Quran
📖 Didik hati dengan wahyu
🎓 Melahirkan Huffaz Intelektual

👉🏻 *Untuk pertanyaan dan pendaftaran, tekan link berikut:*
🔗 [https://forms.gle/az7SxjscfgbUrddY7]
📞 www.wassap.my/60192858621/pertanyaankemasukanmatan

Alhamdulillah & Tahniah pelajar Maahad Tahfiz An Nahdhoh yang telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada pagi y...
27/07/2026

Alhamdulillah & Tahniah pelajar Maahad Tahfiz An Nahdhoh yang telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada pagi yang mulia ini .
Syukur, pada pagi ini seluruh para pelajar bersama guru-guru meraikan adik MUHAMMAD HASBULLAH BIN AHMAD PESOL atas kejayaan beliau menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran di sini.
Semoga kalam suci Al-Quran terus mekar kekal di ingatan mereka, subur di jiwa dan sanubari mereka. Selesai hafazan ini, mereka terus memulakan praktikal & bakal melengkapkan imam 100 waktu sebagai syarat bagi melayakkan mereka berkonvo pada konvokesyen yang akan datang kelak.
Seluruh warga kerja guru-guru & pentadbiran sekali lagi ingin mengucapkan jutaan tahniah.
Terima Kasih juga pada waris yang menyumbang juadah sarapan pagi ini bagi sama2 meraikan hari bersejarah buat anak Maahad ini.


🔖  KEMASUKAN PELAJAR BAHARU MAAHAD TAHFIZ AN-NAHDHOH 🔖 Pendaftaran dibuka sepanjang masa bagi sesi 2027.Buat ibu bapa ya...
14/07/2026

🔖 KEMASUKAN PELAJAR BAHARU MAAHAD TAHFIZ AN-NAHDHOH 🔖

Pendaftaran dibuka sepanjang masa bagi sesi 2027.

Buat ibu bapa yang berhasrat memberikan pendidikan berteraskan al-Quran, akademik dan pembentukan sahsiah Islam kepada anak-anak, kami mengalu-alukan penyertaan anda.

📝 Daftar sekarang melalui pautan di bawah:
🔗 [ https://forms.gle/K3gUezEeM7Gcv6V57 ]

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
019-2858621 - Admin Matan

📢 *PENGAMBILAN PELAJAR BARU KINI DIBUKA!* 📢​Maahad Tahfiz An-Nahdhoh kini membuka permohonan kemasukan pelajar baharu ba...
25/06/2026

📢 *PENGAMBILAN PELAJAR BARU KINI DIBUKA!* 📢

​Maahad Tahfiz An-Nahdhoh kini membuka permohonan kemasukan pelajar baharu bagi *Sesi Julai – Ogos 2026.*

Ayuh lahirkan generasi pewaris Al-Quran yang cemerlang dunia dan akhirat!

​📌 Syarat-Syarat Kemasukan:
- ​*Lelaki (Berumur 10 – 16 Tahun)*
- *​Perempuan (Berumur 9 – 14 Tahun)*
- *​Mampu membaca Al-Quran*
- *​Lulus temuduga & ujian kemasukan*

​🗓️ Tarikh Permohonan:
*1 Julai 2026 hingga 31 Ogos 2026*

​📍 Alamat:
*843, Mukim 5, Kampung Petani, 14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.*

​"Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."
[Riwayat al-Bukhari]

​Tempat adalah terhad!

Sila hubungi admin kami segera untuk urusan permohonan dan pertanyaan lanjut:
📞 *WhatsApp/Hubungi: 019-2858621*

​

📢 Kemasukan Pelajar Baharu Dibuka!Maahad Tahfiz Annahdhoh membuka pengambilan sesi Mei & Jun 2026 ✨Tempat terhad!📞 Hubun...
25/04/2026

📢 Kemasukan Pelajar Baharu Dibuka!

Maahad Tahfiz Annahdhoh membuka pengambilan sesi Mei & Jun 2026 ✨

Tempat terhad!

📞 Hubungi kami untuk pendaftaran segera. 019-285 8621

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 atas pencapaian dan kejayaan yan...
31/03/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 atas pencapaian dan kejayaan yang diraih.

Semoga kejayaan yang diperolehi menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dalam mengejar impian serta menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat maju jaya.
Tahniah dan syabas!

Ikhlas dari:

Tuan Guru Hj Abdul Mutalib Hj Maarof P.K.T
YDP Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang

“Alumni mana lagi ni tak muncul? 👀 Jangan malu-malu… mai share gambar kat ruang komen, kasi meriah sikit!”⸻Ucapan Pengha...
18/03/2026

“Alumni mana lagi ni tak muncul? 👀 Jangan malu-malu… mai share gambar kat ruang komen, kasi meriah sikit!”

⸻

Ucapan Penghargaan Alumni

Pihak Maahad Tahfiz An-Nahdhoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua alumni yang sudi meluangkan masa hadir ke Majlis Penutup Ihya’ Ramadan.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna serta menyemarakkan lagi kemeriahan dan keberkatan majlis ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat, dan segala pengorbanan serta sokongan yang diberikan diberkati oleh Allah SWT.

جزاكم الله خيرا كثيرا

Ikhlas daripada,
Pihak Maahad Tahfiz An-Nahdhoh

Address

Kampung Petani
Bukit Mertajam
14400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+6045213500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MaahadTahfiz An-Nahdhoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to MaahadTahfiz An-Nahdhoh:

Shortcuts

Share