Akrab Ipgkik

Directions Website

Akrab Ipgkik Akrab IPG kampus ilmu khas

Salam Aidiladha 1447H/2026MAKRAB, Unit Psikologi dan Kaunseling ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sel...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H/2026M

AKRAB, Unit Psikologi dan Kaunseling ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas. Semoga Aidiladha yang mulia ini menyuntik nilai keikhlasan, pengorbanan dan kebersamaan dalam kehidupan kita semua.

27/05/2026
Selasa 26/5/2026 - Hari Arafah ni antara waktu paling mustajab untuk kita titipkan doa 🀍Semoga setiap doa yang dipohon d...
26/05/2026

Selasa 26/5/2026 - Hari Arafah ni antara waktu paling mustajab untuk kita titipkan doa 🀍

Semoga setiap doa yang dipohon dipermudahkan dan diangkat sebaik-baiknya oleh Allah 🀲🏻 Jangan lupa manfaatkan hari penuh keberkatan ini sebaik mungkin.

Bengkel Pembugaran e-2PK dan Pelaksanaan AKRAB 2026 bagi meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan peranan ahli AKRAB dala...
24/05/2026

Bengkel Pembugaran e-2PK dan Pelaksanaan AKRAB 2026 bagi meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan peranan ahli AKRAB dalam membentuk persekitaran kerja yang harmoni, prihatin dan sejahtera. Selain itu
mencapai objektif yang ditetapkan dalam memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kemahiran peserta berkaitan penggunaan sistem e-2PK secara lebih efektif dan sistematik. Peserta juga memperolehi pendedahan yang lebih jelas mengenai pengurusan data, pelaporan serta pengendalian perkhidmatan kaunseling secara digital.




π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”π†π”π‘π” ππˆπ“π€π‘π€, ππ€πƒπˆ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀Terima kasih Cikgu🌹🀍
16/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”

𝐆𝐔𝐑𝐔 ππˆπ“π€π‘π€, ππ€πƒπˆ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Terima kasih Cikgu🌹🀍




Program Majlis Iftar Bersama AKRAB & AKP telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapka...
04/05/2026

Program Majlis Iftar Bersama AKRAB & AKP telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim, meningkatkan semangat kebersamaan serta memupuk nilai kerjasama dalam kalangan ahli AKRAB dan warga organisasi.
Melalui program ini juga, para peserta berpeluang untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai dan harmoni, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan dan sokongan sosial antara satu sama lain. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan lagi semangat kekitaan serta kerjasama dalam organisasi.

04/05/2026

Program Majlis Iftar Bersama AKRAB & AKP telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim, meningkatkan semangat kebersamaan serta memupuk nilai kerjasama dalam kalangan ahli AKRAB dan warga organisasi.
Melalui program ini juga, para peserta berpeluang untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai dan harmoni, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan dan sokongan sosial antara satu sama lain. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan lagi semangat kekitaan serta kerjasama dalam organisasi.





@

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...Salam takziah diucapkan kepada Puan Nur Aisyah binti Muzeni staf IPGKIK di atas pemer...
04/05/2026

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Salam takziah diucapkan kepada Puan Nur Aisyah binti Muzeni staf IPGKIK di atas pemergian bayi tercinta. Indahnya nama diberi MUHAMMAD AYZELL SHAH bermaksud Yang terpuji, Hadiah dari Tuhan, Yang benar..Anak Syurga🀲🏻.

Semoga beliau dan keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. Semoga roh si kecil ditempatkan dalam kalangan insan yang dirahmati dan menjadi penyejuk hati buat kedua ibu bapanya di syurga kelak.

Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan JPPK, Pegawai Pengurusan, Pensyarah serta rakan2 AKRAB turut hadir. Pihak AKRAB turut memyampaikan sumbangan ikhlas kepada pihak keluarga.

Kami mendoakan agar pihak keluarga diberikan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan. 🀲




Program Jualan Hari Raya Aidilfitri : Biskut Raya & Kerepek telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan mendapat sambutan...
04/05/2026

Program Jualan Hari Raya Aidilfitri : Biskut Raya & Kerepek telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga IPGKIK. Program ini bukan sahaja berjaya mengumpul dana bagi menyokong aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh AKRAB, malah turut memupuk semangat kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan ahli yang terlibat. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada warga untuk menyokong usaha kebajikan sambil menikmati produk tradisional yang berkualiti. Sokongan dan penglibatan semua pihak telah menyumbang kepada kejayaan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia memberi manfaat kepada warga serta dapat mengeratkan hubungan dan memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan warga IPGKIK.




Program Jualan Amal Preloved AKRAB_IK telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada ...
04/05/2026

Program Jualan Amal Preloved AKRAB_IK telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada warga IPGKIK serta pengunjung yang hadir. Program ini berjaya mengumpul sejumlah dana hasil jualan barangan preloved. Dana yang diperoleh akan disalurkan bagi menyokong aktiviti kebajikan dan program komuniti yang dianjurkan oleh AKRAB malah turut memberi peluang kepada warga untuk mendapatkan barangan yang masih berkualiti pada harga yang berpatutan.
Selain itu, program ini juga berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan guna semula dan kitar semula barangan bagi mengurangkan pembaziran. Kerjasama yang baik dalam kalangan ahli jawatankuasa dan ahli turut menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak yang memerlukan, malah dapat memupuk semangat kebersamaan, keprihatinan dan budaya berkongsi dalam kalangan warga.

Address

Cheras
Cheras, Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akrab Ipgkik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share