23/10/2026
Nilai-nilai moral dan etika yang mulia dalam berniaga seperti Rasulullah SAW
Kisah Abdullah ibn Abdul Hamzah mengatakan: “Aku telah membeli sesuatu dari Nabi sebelum ia menerima tugas kenabian, dan kerana masih ada suatu urusan dengannya, maka aku menjanjikan untuk mengantarkan padanya tetapi aku lupa.
Ketika teringat tiga hari kemudian akupun pergi ke tempat tersebut dan menemukan beliau masih berada di sana.” Beliau berkata, “Engkau telah membuatku resah, aku berada di sini selama tiga hari menunggumu” (HR. Abu Dawud)
Nilai-nilai (etika) yang diamalkan oleh baginda:
Jujur, amanah, adil,
Sopan dan mesra kepada pembeli,
Perniagaan berlaku s**a sama s**a,
Larangan riba’,
Larangan menjual barang haram,
Tidak mendebat sahabat dan pembeli,
Melarang bersumpah untuk pelaris jualan,
Mengganti barangan yang rosak,
Menghindari persaingan pada harga,
Menerima keuntungan meskipun kecil,
Membayar upah pekerja dengan segera,
Mencatat setiap kontrak,
Sentiasa bersikap dermawan