Diploma Amalan Pengubatan Islam CUCMS

Diploma Amalan Pengubatan Islam CUCMS Kos pengajian termasuk asrama dan elaun sara hidup adalah lebihkurang RM 4000 satu semester.

Syarat kemasukan adalah:
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit termasuk matapelajaran bahasa arab dan pengajian islam serta lulus satu matapelajaran sains
ATAU
Memiliki sijil Amalan yang diiktiraf oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan komplementari (BPTK) dengan satu tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan
ATAU
Diploma/Ijazah dalam Sains atau Agama. Ia akan dijalankan secara sepenuh masa mungkin pada hari bekerja atau hujung minggu bergantung kepada permintaan.

Seminar ini murah saja harganya tetapi ....... Seminar ini cuma 2 hari tetapi kesannya boleh dikecapi untuk .... Banyak ...
13/11/2015

Seminar ini murah saja harganya tetapi ....... Seminar ini cuma 2 hari tetapi kesannya boleh dikecapi untuk .... Banyak rahsia-rahsia kewangan yang orang kebanyakkan tidak tahu. Ilmu adalah asas kejayaan kewangan anda... Daftarlah segera.

20/03/2014

Tahniah! bagi mereka yang berjaya dalam SPM dan STPM dan juga untuk ibubapa mereka. Semuga kejayaan ini akan menyemarakkan Islam. Bagi mereka yang berminat untuk mengambil Diploma Amalan Pengubatan Islam, bolehlah berbuat demikian secara online.

02/01/2014

Assalamualaikum!
CUCMS menawarkan jawatan sebagai Pensyarah dalam bidang Pergubatan Islam. Syarat mempunyai sekurang2nya ijazah dalam Pengajian Islam, mempunyai sijil amalan pengubatan Islam dan telah 5 tahun bekerja dalam bidang pengubatan Islam. Mohon untuk terus ajukan permohonan kebahagian HR CUCMS. Sekian, terima kasih.

19/09/2013

Pemberitahuan!
Pendaftaran Kursus DAPI untuk bulan August ditangguhkan kepada bulan Januari atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Harap maklum.

02/08/2013

Tuan/Puan,

Salam sejahtera diucapkan. Tahukah Tuan/Puan bahawa satu Akta khusus berkenaan perubatan tradisional dan komplementari telahpun diluluskan di Parlimen yang dinamakan sebagai Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013? Untuk makluman Tuan/Puan, satu kursus berkenaan perlaksanaan dan kesan Akta tersebut akan dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 27-28 Ogos 2013 bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Sebagai pengamal perubatan tradisional dan komplementari, kursus ini amat bersesuaian untuk dihadiri oleh Tuan/Puan bagi melengkapkan diri dengan kefahaman yang mendalam berkenaan kandungan dan kesan akta tersebut, mengetahui senario semasa berkenaan dengan amalan perubatan sedemikian, mengetahui hak-hak Tuan/Puan sebagai pengamal perubatan dan berkongsi pengetahuan sedia ada sesama pengamal perubatan. Pihak Jabatan Peguam Negara selaku penganjur kursus tersebut akan menyediakan sijil kepada para peserta.

Sehubungan dengan itu, penyertaan Tuan/Puan dalam kursus berkenaan adalah dialu-alukan dan sebarang penyertaan yang ingin dibuat hendaklah dimaklumkan kepada pegawai-pegawai yang dinyatakan dalam Brosur pada atau sebelum 15 Ogos 2013. Bersama-sama ini dilampirkan Brosur berkaitan kursus tersebut untuk rujukan dan pertimbangan Tuan/Puan.

Terima kasih.

29/07/2013

Sekali lagi CUCMS ingin memberikan 1x hadiah Ipad Mini kepada anda jika anda bertuah dan melakukan 3 perkara mudah berikut:

1. Like page ini. https://www.facebook.com/diplomaamalanpengubatanislamcucms

2. Tulis apa-apa komen yang baik pada posting ini.

3. Share posting ini.

Tempoh tamat adalah pada 13 Ogos 2013.

Syarat kemasukan adalah:
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit termasuk matapelajaran bahasa arab dan pengajian islam serta lulus satu matapelajaran sains
ATAU
Memiliki sijil Amalan yang diiktiraf oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan komplementari (BPTK) dengan satu tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan
ATAU
Diploma/Ijazah dalam Sains atau Agama.

Kos pengajian termasuk asrama dan elaun sara hidup adalah lebihkurang RM 4000 satu semester.

Ia akan dijalankan secara sepenuh masa mungkin pada hari bekerja atau hujung minggu bergantung kepada permintaan.

Gambar pemenang mini Ipad untuk peraduan kata-kata Program Diploma Amalan Pengubatan Islam.
24/07/2013

Gambar pemenang mini Ipad untuk peraduan kata-kata Program Diploma Amalan Pengubatan Islam.

22/07/2013

Syarat untuk masuk Diploma Amalan Pengubatan Islam ini agak unik:
Bagi pengamal yang telah mengamalkan pengubatan Islam, mereka layak mengikuti kursus Diploma ini dengan syarat mereka ada Sijil Amalan.
Bagi yang belum ada Sijil Amalan ini boleh berbuat demikian dengan pihak Darussyifa' sebagai satu dari Badan yang diiktiraf Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

18/07/2013
28/06/2013

Hari ini adalah hari Open Day CUCMS. Diharap sesiapa yang berkelapangan datang. Ada banyak acara. Antaranya adalah acara pemberian hadiah sempena peraduan menulis kata-kata sokongan kepada kursus DAPI ini. Banyak acara menarik lain seperti ujian darah, demo CPR, free consultation untuk homeopathy dll.

14/06/2013

Assalamualaikum!
Bagi mereka yang telah beri komen, like dan share peraduan kata-kata terbaik untuk kenapa Belajar DAPI (diploma amalan pengubatan Islam), sila berhubung dengan Saudara Ariff untuk urusan pemberian hadiah pemenang dengan memberi Nama Penuh, Nama Facebook, no KP, No tel, email address dan alamat rumah kepada [email protected] dengan menulis subject peraduan dapi.

Address

Cyberjaya
63000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diploma Amalan Pengubatan Islam CUCMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share