22/06/2023
Strategi vending machine Rafizi yang menjual nasi lemak dan makanan sedia dimakan untuk membasmi kemiskinan adalah satu strategi yang kurang berkesan dan kurang akal.
Kejayaan strategi ini bergantung kepada lokasi dengan pedestrian traffic yang tinggi untuk mencapai penjualan yang akan bawa keuntungan- maksudnya lokasi di mana lalu lintas pengguna adalah tinggi.
Sebab itu, mereka mulakannya dengan stesen-stesen pengangkutan awam. Lalu berkembang ke universiti dan hospital.
Tapi berapa jumlah keseluruhan stesen-stesen, universiti dan hospital di Malaysia?
Sebab itu, strategi ini adalah non-scalable.
Paling jahanam ialah penjualan nasi lemak dan makanan sedia dimakan adalah zero-sum game.
Setiap bungkus nasi lemak dijual di vending machine bermaksud kurang satu bungkus dijual oleh gerai-gerai tepi jalan makcik atau kedai makanan lain.
Negara tak berkurangan tempat-tempat untuk membeli nasik lemak dan makanan.
Jika kamu basmikan kemiskinan bagi seorang, seorang lagi akan menjadi lebih miskin.
Rafizi sepatutnya bertumpu kepada usaha di mana Malaysia menghadapi kekurangan - bukan tumpu pada pasaran yang sudah matang.
Misalnya kepada pasaran dedak dan makanan ayam yang Malaysia bergantung hampir sepenuhnya kepada import.
Bagi strategi vending machine dia, kerajaan membiayai sewa antara RM500 hingga RM700 bulan yang dibayar kepada supplier machine tersebut.
Jika sasaran 5,000 buah machine dia berjaya dicapai maka kerajaan bayar hampir sewa RM3.5 juta sebulan kepada vendor.
Yang paling untung ialah vendor. (Oh.. adakah pemilihan vendor ini melalui tender terbuka tak?
Rafizi boleh guna duit sewa ini untuk menyediakan tempat untuk golongan miskin tersasar untuk menghasilkan lalat askar hitam atau untuk tumbuh pokok ketam ayam (bukan ketam sebenar, ya) yang boleh diproseskan sebagai makanan ayam.
Ataupun untuk lanjutkan strategi Najib untuk ternak lembu tenusu sebagai usaha untuk mencapai self-suffiency dalam pengeluaran susu sebagai satu langkah untuk memperkasakan keselamatan makanan negara.
Strategi Najib bagi susu amat berjaya. Dari hampir sifar ketika Najib jadi PM, syarikat Farm Fresh kini mencapai market share sebanyak 51% bagi pengeluaran susu segar melalui penternak-penternak tempatan. Ianya berjaya mengganti jenama-jenama antarabangsa yang dah lama menguasai pasaran Malaysia.
Ketiga-tiga contoh ini adalah contoh import replacement yang tidak jejaskan pengeluar tempatan yang juga usaha untuk memperbetulkan kekurangan negara.
Banyak lagi bidang-bidang yang Rafizi boleh tumpu dalam usaha membasmi kemiskinan tegar.
Jadi, sebab apa tumpu pada pasaran matang di mana Malaysia tak berkurangan yang akan rugikan penjual lain?
Kamu ada otak tak, Lapiji?
Ataupun ianya memang minat kamu untuk berulang-kali melawat dan merasmikan setiap buah vending machine yang dipasang?