HEP UiTM Terengganu

HEP UiTM Terengganu Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Terengganu Diantara fungsi teras bahagian ini adalah:

1.

Bahagian HEP memainkan peranan yang ketara dalam aspek-aspek pembangunan dan kebajikan pelajar serta penguatkuasaan Akta 174. Menyediakan perkhidmatan seperti penginapan, khidmat nasihat, kaunseling, riadah dll.
2. Menyediakan program-program pembangunan insan agar pelajar UiTM adalah pelajar yang bukan sahaja tinggi tahap akademiknya tetapi juga pelajar yang berakhlak mulia.
3. Menguatkuasakan pe

raturan pelajar terutama yang melibatkan disiplin. Bahagian HEP diketuai oleh Timbalan Rektor (HEP) dan dibantu oleh Penolong Pendaftar (HEP) dan lain-lain ketua unit. Terdapat 8 unit yang menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu.

03/09/2026

Gotong-royong staf HEP mengecat Kolej Gemia 2

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› 𝗔𝗧𝗔𝗦 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—œπ—žπ—”π—‘Seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Terengganu merakamkan setinggi-ting...
01/09/2026

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› 𝗔𝗧𝗔𝗦 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—œπ—žπ—”π—‘

Seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBrs. Dr. Baktiar Musa atas pelantikan sebagai Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), UiTM Cawangan Terengganu, berkuat kuasa mulai 1 September 2026 hingga 31 Ogos 2028.

Seluruh warga HEP mendoakan agar YBrs. Dr. Baktiar Musa sentiasa dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kelancaran dalam melaksanakan amanah serta meneruskan usaha memperkukuh kebajikan, pembangunan sahsiah dan kecemerlangan mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi kepentingan mahasiswa serta kecemerlangan UiTM Cawangan Terengganu.

Selamat menjalankan amanah dan tahniah, YBrs. Dr. Baktiar Musa.

Ucapan tulus ikhlas daripada
Seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
UiTM Cawangan Terengganu

Universiti Unggul, Pemacu Bumiputera Profesional
Usaha, Takwa, Mulia

π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗧𝗔𝗦 π—¦π—˜π—šπ—”π—Ÿπ—” 𝗝𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—•π—”π—žπ—§π—œLayang-layang terbang ke awan,Singgah sebentar di pohon jati;Segala bakti jadi ke...
31/08/2026

π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗧𝗔𝗦 π—¦π—˜π—šπ—”π—Ÿπ—” 𝗝𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—•π—”π—žπ—§π—œ

Layang-layang terbang ke awan,
Singgah sebentar di pohon jati;
Segala bakti jadi kenangan,
Tersemat kemas di dalam hati.

Seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Sarifah Fauziah Syed Draman atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang menggalas amanah sebagai Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) bagi tempoh pelantikan yang berakhir pada 31 Ogos 2026.

Kepimpinan serta keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa dan warga UiTM Cawangan Terengganu telah banyak menyumbang kepada pengukuhan dan kelancaran pengurusan Hal Ehwal Pelajar.

Segala usaha, iltizam dan bimbingan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan amat dihargai oleh seluruh warga HEP.

Padi menguning di tengah bendang,
Dituai hasil penuh bererti;
Segala jasa tetap dikenang,
Menjadi teladan buat kami.

Terima kasih atas kepimpinan, tunjuk ajar dan dedikasi yang telah diberikan.

Jom Mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu sertai :
28/08/2026

Jom Mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu sertai :

Assalamualaikm w.b.t. dan Salam SejahteraBahagian Hal Ehwal Pelajar UiTMCT Kampus Dungun ingin mempelawa pelajar-pelajar...
20/08/2026

Assalamualaikm w.b.t. dan Salam Sejahtera

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTMCT Kampus Dungun ingin mempelawa pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadi Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS) dan memenuhi syarat, bolehlah menghantar permohonan sebagaimana di butiran yang dipaparkan di dalam poster.

Sekian, terima kasih.

TAHNIAH & SYABAS! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Haikal Irfan bin Muhammad Irwan, pelajar Diploma Per...
20/08/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Haikal Irfan bin Muhammad Irwan, pelajar Diploma Perakaunan UiTM Cawangan Terengganu, atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Perlumbaan Ketahanan Campuran (Endurance Race), mewakili Negeri Terengganu di SUKMA XXI Selangor 2026.

Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) dan seluruh warga HEP UiTM Cawangan Terengganu merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas pencapaian membanggakan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan!



Universiti Teknologi MARA -Terengganu
LENSA UiTM TERENGGANU

20/08/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Haikal Irfan bin Muhammad Irwan, pelajar Diploma Perakaunan UiTM Cawangan Terengganu, atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Perlumbaan Ketahanan Campuran (Endurance Race), mewakili Negeri Terengganu di SUKMA XXI Selangor 2026.

Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) dan seluruh warga HEP UiTM Cawangan Terengganu merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas pencapaian membanggakan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan!

12/08/2026
21/07/2026

Bersama Prof. Madya Ts. Dr. Sarifah Fauziah Syed Draman, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar). ✨

Selamat maju jaya kepada semua mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu yang sedang menghadapi peperiksaan. Semoga dipermudah setiap urusan, diberikan ketenangan, dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Aamiin πŸ’œ

Address

UiTM
Dungun
23000DUNGUN

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098400301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEP UiTM Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to HEP UiTM Terengganu:

Shortcuts

Share