12/08/2026
πΈ ππππππ ππππππππ ππππ, ππππππ ππππππππ: πππππππππ ππππ ππππ πππππ
ππππ πππ ππππππππ πΈ
Dungun, 11 Ogos 2026 β Suasana penuh makna menyelubungi Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) hari ini sempena Majlis Segunung Budi Selaut Kenangan anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Majlis istimewa ini diadakan khusus bagi meraikan persaraan yang amat kami kasihi dan hormati, Tuan Haji Sarifudin bin Abdullah.
Majlis yang bermula tepat jam 10.00 pagi ini telah diserikan dengan kehadiran barisan Pengurusan Tertinggi PSMZA:
β¨ Dr. Aishah binti Sheikh Abu Bakar (Pengarah PSMZA)
β¨ Ts. Dr. Mohd Hafizil bin Mat Yasin (Timbalan Pengarah Akademik)
β¨ En. Abdul Hadi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
Turut memeriahkan majlis adalah barisan Pengurusan JKM, pensyarah serta rakan-rakan staf JKM PSMZA yang hadir bagi menzahirkan penghargaan dan mengucapkan selamat tinggal kepada beliau.
Untuk makluman, Tuan Haji Sarifudin telah mula menabur bakti di dalam perkhidmatan awam sejak 16 Jun 1999. Beliau memulakan langkah kerjaya sebagai pendidik dengan melaporkan diri di Politeknik Seberang Perai sebelum berpindah ke PSMZA. Di sinilah beliau terus setia mencurahkan ilmu, tenaga, dan pengalaman sehinggalah tamat tempoh perkhidmatannya 8 Ogos 2026.
Hampir tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia pendidikan TVET bukanlah satu tempoh yang singkat. Pastinya segala nasihat, teguran, dan tunjuk ajar beliau akan dirindui oleh seluruh warga JKM.
Seluruh warga kerja JKM dan PSMZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, keringat, dan dedikasi yang telah dicurahkan.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Selamat melangkah ke alam persaraan, Tuan Haji! Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perjalanan hidup Tuan, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kelapangan rezeki, dan kebahagiaan berterusan di samping keluarga tercinta. π€²