03/10/2026
✨ CREATIVE CLASSROOMS WITH CANVA CODE ✨
Daripada idea kepada aplikasi pembelajaran! 💻📚
Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Terengganu telah menganjurkan Creative Classrooms with Canva Code: Bengkel Outreach Komuniti untuk Guru Bahasa Inggeris pada 16 Julai 2026.
Program ini menghimpunkan 50 peserta, termasuk 30 guru Bahasa Inggeris dari sekolah sekitar Dungun dan 5 pensyarah Bahasa Inggeris dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sepanjang bengkel, peserta diperkenalkan kepada asas vibe coding dan meneroka bagaimana Canva Code boleh digunakan untuk menghasilkan aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang interaktif. Peserta turut menghasilkan aplikasi sendiri melalui sesi hands-on!
Program ini turut mendapat kerjasama MELTA dan Canva, dalam usaha memperluas perkongsian ilmu dan kemahiran digital bersama komuniti pendidik.
Terima kasih kepada semua peserta, rakan kolaborasi dan jawatankuasa yang menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsi terus dibawa ke bilik darjah dan memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar. 🌱