MPP UiTM Terengganu

MPP UiTM Terengganu Akaun Instagram rasmi MPP UiTM Cawangan Terengganu🏁🏴🏳️
Dungun | Bukit Besi | Kuala Terengganu

[MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI OKTOBER 2025 - FEBRUARI 2026 SERTA TINDAKAN PRA-PENGUMUMAN]AHAD | 1 MAC 2026 ...
01/03/2026

[MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI OKTOBER 2025 - FEBRUARI 2026 SERTA TINDAKAN PRA-PENGUMUMAN]

AHAD | 1 MAC 2026 | 11 RAMADAN 1447H

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Oktober 2025 - Februari 2026 akan diumumkan secara rasmi mengikut tarikh dan masa yang telah ditentukan.

Ketetapan Pengumuman:
🗓 Tarikh : 17 Mac 2026 (Selasa)
⏰ Masa : Jam 11:00 pagi

📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa disarankan untuk memastikan semua keperluan berikut telah dilengkapkan sebelum tarikh pengumuman bagi mengelakkan sebarang sekatan capaian keputusan:

✅ Melunaskan sepenuhnya sebarang yuran atau bil tertunggak melalui sistem iStudent.
✅ Melengkapkan penilaian maklum balas pelajar (SuFO) di platform UFUTURE.
✅ Memuat naik gambar berukuran pasport di pautan https://kad.uitm.edu.my/ (sekiranya masih belum berbuat demikian).
✅ Mengemaskini maklumat peribadi dan tambahan di portal MyStudent termasuk:
• Maklumat penajaan kewangan (jika berkenaan)
• Pendapatan isi rumah
• Jumlah adik-beradik
• Status sebagai anak pertama melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA)
• Butiran waris atau individu untuk dihubungi ketika kecemasan

Kerjasama semua mahasiswa amat dihargai bagi memastikan proses semakan keputusan berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

📞 MPP FARHANA : https://wa.me/60179061705
📞 SMPP DIINA : https://wa.me/601111477902

Sekian, terima kasih.

"Menerajui Aspirasi, Membina Kecemerlangan"

Yang menjalankan amanah,

NUR FARHANA BINTI MOHD NASYIM
EXCO PEMBANGUNAN AKADEMIK
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UITM CAWANGAN TERENGGANU
SESI 2025/2026




AHAD | 1 MAC 2026Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.[KENYATAAN RASMI MPP UiTM SE-MALAYSIA]ISU PENG...
01/03/2026

AHAD | 1 MAC 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[KENYATAAN RASMI MPP UiTM SE-MALAYSIA]

ISU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia memandang serius isu tular melibatkan tindakan penghinaan terhadap agama Islam yang telah mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Sebagai suara mahasiswa, MPP UiTM Se-Malaysia menegaskan bahawa sebarang bentuk penghinaan terhadap agama, kaum, dan sensitiviti masyarakat tidak boleh dipandang ringan serta perlu ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang.

MPP UiTM Se-Malaysia menyeru seluruh warga mahasiswa dan masyarakat untuk terus mengekalkan perpaduan serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara adil dan telus.

Sekian, terima kasih.

"Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung"

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM SE-MALAYSIA
SESI 2025/2026


SELAMAT BERCUTI SEPANJANG CUTI SEMESTERSELASA | 24 FEBRUARI 2026 | 7 RAMADAN 1447HAssalamualaikum W.B.T,Salam Sejahtera,...
24/02/2026

SELAMAT BERCUTI SEPANJANG CUTI SEMESTER

SELASA | 24 FEBRUARI 2026 | 7 RAMADAN 1447H

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Terengganu ingin memaklumkan kepada semua pelajar bahawa cuti semester bermula pada 23 Februari hingga 28 Mac 2026. Sehubungan dengan itu, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah ditangguhkan sepanjang tempoh tersebut.

Para pelajar dinasihatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan memanfaatkan masa cuti dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

“Meneraju Aspirasi , Membina Kecemerlangan”

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SESI 2025/2026




[PEMAKLUMAN RASMI: PERMOHONAN & RAYUAN KOLEJ UiTM CAWANGAN TERENGGANU SESI MAC–OGOS 2026]SELASA l 23 FEBRUARI 2026 I 6 R...
24/02/2026

[PEMAKLUMAN RASMI: PERMOHONAN & RAYUAN KOLEJ UiTM CAWANGAN TERENGGANU SESI MAC–OGOS 2026]

SELASA l 23 FEBRUARI 2026 I 6 RAMADAN 1447H

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa permohonan dan rayuan kolej bagi Sesi Mac–Ogos 2026 untuk mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu adalah seperti berikut:

🗓️ Tarikh Permohonan Kolej
📆 12 Januari 2026 (Isnin), 10.00 pagi hingga 10 Februari 2026 (Selasa), 12.00 tengah hari

🗓️ Tarikh Keputusan Permohonan Kolej
📆 24 Februari 2026 (Selasa), 12.00 tengah hari

🗓️ Tempoh Rayuan Kolej
📆 24 Februari 2026 (Selasa), 12.00 tengah hari hingga 9 Mac 2026 (Isnin), 12.00 tengah hari

🗓️ Keputusan E-Rayuan
📆 17 Mac 2026 (Selasa), 12.00 tengah hari

Sehubungan itu, semua mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu yang ingin memohon penempatan kolej atau membuat rayuan adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pelajar tidak dipertimbangkan untuk penempatan kolej bagi sesi ini.

Permohonan boleh dibuat melalui kod QR Permohonan yang disediakan pada poster rasmi.

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan permohonan, sila hubungi:
MPP Zhaf : 011-20641074

Sekian, terima kasih.

“Meneraju Aspirasi, Membina Kecemerlangan”

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SESI 2025/2026




[KEBENARAN BERSAHUR DI LUAR KAMPUS]JUMAAT | 20 FEBRUARI 2026 | 3 RAMADAN 1447HAssalamualaikum WBT,Salam Sejahtera,Salam ...
20/02/2026

[KEBENARAN BERSAHUR DI LUAR KAMPUS]

JUMAAT | 20 FEBRUARI 2026 | 3 RAMADAN 1447H

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa kebenaran bersahur di luar kampus adalah dibenarkan sehingga jam 2.00 pagi sepanjang bulan Ramadan. Pekeliling ini terpakai di semua cawangan UiTM seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, para pelajar dinasihatkan agar mematuhi tempoh waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

📞MPP ZHAF: https://wa.me/601120641074
📞SMPP NAJWA: https://wa.me/60134529173

Sekian, terima kasih.

Meneraju Aspirasi, Membina kecemerlangan

Yang menjalankan amanah,

EXCO PENEMPATAN KOLEJ & NON RESIDENSI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SESI 2025/2026




SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADANKHAMIS | 19 FEBRUARI 2026 | 1 RAMADAN 1447HAssalamualaikum W.B.T,Salam Sejahtera,Salam Ui...
18/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

KHAMIS | 19 FEBRUARI 2026 | 1 RAMADAN 1447H

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Terengganu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadan kepada seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu.

Semoga dengan keberkatan bulan yang mulia ini, warga UiTM Cawangan Terengganu mendapat rahmat dan mempenuhi bulan ini dengan amal ibadah. Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

“Meneraju Aspirasi , Membina Kecemerlangan”

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SESI 2025/2026




Assalamualaikum W.B.TSalam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku.Kami Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Terengganu ingin...
17/02/2026

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

Kami Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Terengganu ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua mahsiswa.

Semoga kita semua sentiasa dikelilingi oleh kemakmuran dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta sepanjang tahun ini dan seterusnya. Marilah kita menghargai keharmonian antara kaum yang telah dibina agar terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Gong Xi Fa Cai 🧧🎊

Sekian, terima kasih.

"Meneraju Aspirasi , Membina Kecemerlangan"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SESI 2025/2026




SELASA | 10 FEBRUARI 2026Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.[TINJAUAN KEPERLUAN _OPEN AND DISTANCE...
11/02/2026

SELASA | 10 FEBRUARI 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[TINJAUAN KEPERLUAN _OPEN AND DISTANCE LEARNING_ (_ODL_) PADA MINGGU PERTAMA SEMESTER MAC - OGOS 2026]

Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA sedang menjalankan tinjauan terhadap keperluan pelaksanaan _ODL_ pada minggu pertama Semester Mac – Ogos 2026.

Tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar bagi memastikan kebajikan serta keberkesanan pembelajaran sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, semua pelajar amat digalakkan untuk mengisi borang tinjauan melalui pautan berikut:
🔗 Pautan: https://forms.gle/P2nGUwbhoCXQgehEA*

📅 Tarikh akhir pengisian: 25 Februari 2026

Kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
📞 MPP IYLIA: https://wa.me/60133459412

Sekian, terima kasih.

“Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SE-MALAYSIA
SESI 2025/2026

[ SELAMAT MENYAMBUT MALAM NISFU SYAABAN ]ISNIN | 2 FEBRUARI 2026 | 14 SYAABAN 1447HAssalamualaikum W.B.T,Salam Sejahtera...
02/02/2026

[ SELAMAT MENYAMBUT MALAM NISFU SYAABAN ]

ISNIN | 2 FEBRUARI 2026 | 14 SYAABAN 1447H

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Terengganu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Nisfu Syaaban kepada seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu.

Semoga dengan keberkatan malam Nisfu Syaaban ini, kita semua diberikan keampunan, rahmat serta kekuatan iman untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amalan. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, memohon keampunan serta mempersiapkan diri menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

"Meneraju Aspirasi , Membina Kecemerlangan"

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SESI 2025/2026




[ SELAMAT MENYAMBUT MALAM NISFU SYAABAN ]ISNIN | 2 FEBRUARI 2026 | 14 SYAABAN 1447HAssalamualaikum W.B.T,Salam Sejahtera...
02/02/2026

[ SELAMAT MENYAMBUT MALAM NISFU SYAABAN ]

ISNIN | 2 FEBRUARI 2026 | 14 SYAABAN 1447H

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Terengganu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Nisfu Syaaban kepada seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu.

Semoga dengan keberkatan malam Nisfu Syaaban ini, kita semua diberikan keampunan, rahmat serta kekuatan iman untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amalan. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, memohon keampunan serta mempersiapkan diri menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

"Meneraju Aspirasi , Membina Kecemerlangan"

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SESI 2025/2026




Address

UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP UiTM Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to MPP UiTM Terengganu:

Share