Institute of Technology Management And Entrepreneurship - IPTK UTeM

Institute of Technology Management And Entrepreneurship - IPTK UTeM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institute of Technology Management And Entrepreneurship - IPTK UTeM, Community College, UTeM, Durian Tunggal.

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja yang berdedikasi.Semoga setiap usaha, komitmen dan dedikasi yang dib...
30/04/2026

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja yang berdedikasi.

Semoga setiap usaha, komitmen dan dedikasi yang diberikan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi dan kesejahteraan bersama.

โ€œPekerja MADANI, KESUMA Bangsaโ€

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum Wrt. Wbt. / Salam Sejahtera,Y.Bhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik,JEMPUTAN KE SEMINAR AKADEMI...
16/04/2026

Assalamualaikum Wrt. Wbt. / Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik,

JEMPUTAN KE SEMINAR AKADEMIA: PEMERKASAAN MAHASISWA SEBAGAI PENGGUNA INTERNET SELAMAT โ€“ PERANAN LITERASI DIGITAL DAN KESEDARAN KESELAMATAN SIBER

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput Y.Bhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik untuk menghadiri Seminar Akademia.

Butiran program adalah seperti berikut:-

๐Ÿ“… Tarikh: 16 April 2026
โฐ Masa: 8.00 Malam
๐Ÿ“ Platform: Microsoft Teams (https://q.me-qr.com/nesfft8x)

Topik: Pemerkasaan Mahasiswa Sebagai Pengguna Internet Selamat: Peranan Literasi Digital dan Kesedaran Keselamatan Siber di Institusi Pengajian Tinggi

Penceramah:
Prof. Ts. Dr. Burhanuddin bin Mohd Aboobaider
Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
๐Ÿ“ž MPP Iman โ€“ 011-2801 7566

Seminar Akademia ini akan dijalankan dengan kerjasama Majlis Profesor Universiti (MPU), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa berkaitan penggunaan internet secara selamat, di samping meningkatkan literasi digital dan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan pelajar universiti.

Selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi, pengetahuan serta kemahiran digital dalam kalangan pelajar amat penting bagi membantu mereka menggunakan internet secara berhemah, selamat dan berkesan dalam bidang yang diceburi.

Kehadiran dan sokongan Y.Bhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

15/04/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Akademik IPTK Bil. 4/2026 telah berlangsung pada 14 April 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyua...
15/04/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Akademik IPTK Bil. 4/2026 telah berlangsung pada 14 April 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat SPS bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal akademik.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua staf akademik IPTK serta staf pentadbiran yang terlibat dalam pengurusan akademik.

Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat memperkukuh pengurusan akademik serta memberi manfaat kepada semua pihak. โœจ

07/04/2026

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐šโ€“๐”๐ณ๐›๐ž๐ค๐ข๐ฌ๐ญ๐š๐ง ๐„๐๐ฎ-๐‚๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ฎ๐ซ๐š๐ฅ ๐ƒ๐š๐ฒ @๐”๐“๐ž๐Œ

Jom sertai program antarabangsa yang menggabungkan ilmu, budaya dan jaringan global!

Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK) dengan kerjasama Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global (UGlobe) akan menganjurkan Malaysiaโ€“Uzbekistan Edu-Cultural Day yang bertemakan โ€œExploring the Silk Road of Knowledge: Edu-Cultural UTeM โ€“ Uzbekistan Dayโ€.

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ– โ€“ ๐Ÿ— ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ ๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข:
โ€ข ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐…๐“๐Š๐ˆ๐, ๐”๐“๐ž๐Œ
โ€ข ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก ๐…๐“๐Š๐ˆ๐, ๐”๐“๐ž๐Œ
โ€ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ค๐ข๐ซ ๐…๐“๐Š๐ˆ๐, ๐”๐“๐ž๐Œ

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan akademik dan budaya antara Malaysia dan Uzbekistan, di samping menyediakan platform pertukaran ilmu, pengalaman serta jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan, teknologi dan inovasi.

๐Ÿ“ข Terbuka kepada semua pelajar dan warga universiti.

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ๐ŸŒ™Anak bulan terang berseri,Disambut dengan penuh gembira,Syawal tiba membawa er...
18/03/2026

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ๐ŸŒ™

Anak bulan terang berseri,
Disambut dengan penuh gembira,
Syawal tiba membawa erti,
Kasih terjalin sesama kita.

Salam Aidilfitri kami titipkan kepada semua. Semoga kedatangan Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan buat kita semua.

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, kami juga ingin memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan dan kesilapan. Semoga ikatan silaturahim yang terjalin terus diperkukuhkan dan segala amalan sepanjang Ramadan diterima serta diberkati oleh-Nya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Berhati-hati di jalan raya.

Ikhlas daripada,
Dekan dan Staf Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan

Program Sentuhan Kasih Ramadan UTeM 2026 Peringkat Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK) telah berlangsu...
16/03/2026

Program Sentuhan Kasih Ramadan UTeM 2026 Peringkat Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK) telah berlangsung dengan penuh makna pada 16 Mac 2026 bertempat di Surau Ukhwah Islamiah.

Program ini bertujuan untuk menyantuni dan berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan. Seramai 20 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan anak-anak yatim telah menerima sumbangan berupa kit makanan dan duit raya sebagai tanda keprihatinan serta usaha untuk menceriakan persiapan mereka menjelang sambutan Hari Raya.

Majlis penyerahan sumbangan telah diketuai oleh Dekan Ahmad Naim bin Chee P*e bersama wakil staf daripada Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membawa kegembiraan serta meringankan sedikit beban golongan asnaf dan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba. Semoga usaha kecil ini juga menjadi inspirasi untuk terus menyemai nilai keprihatinan dan semangat berkongsi dalam masyarakat. โœจ

TIME TABLE FOR TAUGHT COURSE (MIEM AND MIIM)SEMESTER II, SESSION 2025/2026
14/03/2026

TIME TABLE FOR TAUGHT COURSE (MIEM AND MIIM)
SEMESTER II, SESSION 2025/2026

TIME TABLE SEMESTER II, SESSION 2025/2026 FOR UNIVERSITY COMPULSORY COURSES (FULL TIME AND PART TIME)
14/03/2026

TIME TABLE SEMESTER II, SESSION 2025/2026 FOR UNIVERSITY COMPULSORY COURSES (FULL TIME AND PART TIME)

๐Ÿ”ŽTO ALL DOCTORAL AND MASTER STUDENTSREGISTRATION FOR SEMESTER II SESSION 2025/2026 REGISTRATION FOR CONTINUING STUDENTS๐Ÿ“Œ...
10/03/2026

๐Ÿ”ŽTO ALL DOCTORAL AND MASTER STUDENTS
REGISTRATION FOR SEMESTER II SESSION 2025/2026 REGISTRATION FOR CONTINUING STUDENTS

๐Ÿ“ŒAfter 12 April 2026, late registration and late fees payment penalty will be charged (RM5/day, maximum RM200.00) (refer to PAR 2023 sub-clausa 3.3.1), and the student is required to register either physically at the School of Graduate Studies (SGS) or send an email or contact 06-2292307.

MESYUARAT PENYELARASAN DOKUMEN PROGRAM MIPI4 Mac 2026 โ€“ Satu mesyuarat penyelarasan berkaitan Program MIPI telah diadaka...
04/03/2026

MESYUARAT PENYELARASAN DOKUMEN PROGRAM MIPI

4 Mac 2026 โ€“ Satu mesyuarat penyelarasan berkaitan Program MIPI telah diadakan di Bilik Bincang, Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penyediaan serta penyelarasan dokumen yang akan dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) berhubung perubahan penamaan program MIPI selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkaitan.

Perbincangan melibatkan kerjasama antara IPTK, Pusat Pembangunan Pengurusan dan Akademik (PPPA) serta Pusat Pembangunan Sumber dan Kompetensi (PPSKR) bagi memastikan proses pengemukaan dokumen kepada pihak JPT dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Dekan IPTK, Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Naim, bersama Dr. Anidah Robani. PPPA diwakili oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Hyreil Anuar bersama Encik Mahathir, manakala PPSKR diwakili oleh Puan Nur Syaqqirin.

Address

UTeM
Durian Tunggal
76100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institute of Technology Management And Entrepreneurship - IPTK UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share