26/10/2017
Karnival Kerjaya Wanita Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2017 seperti ketetapan berikut :
Tempat :
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB), Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
Tarikh :
28 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa :
8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Objektif program :
i. Membantu mendapat peluang kerjaya/pekerjaan,
ii. Membantu mendapat peluang keusahawanan,
Golongan yang dijemput hadir ke program ini :
i. Ibu tunggal,
ii. Suri rumah,
iii. Wanita,
iv. Pekerja yang diberhentikan kerja,
v. Calon lepasan sekolah, Diploma & Ijazah,
vi. Penghuni PPR,
vii. Orang awam,
viii. Calon yang ingin menceburi bidang keusahawanan,
ix. Golongan yang ingin meningkatkan kerjaya,
x. Golongan usahawanis yang ingin menawarkan pekerjaan / mengembangkan perniagaan,
3. Sehubungan dengan itu, pihak JobsMalaysia Kuala Lumpur memohon kerjasama tuan/puan untuk mewarwarkan maklumat program ini kepada golongan sasaran seperti berikut :
i. Persatuan-persatuan Ibu Tunggal di Kuala Lumpur, Selangor & negeri-negeri yang lain,
ii. Sekolah, Kolej, IPTA, IPTS, Universiti, Institut-institut pengajian seperti ILP, CIAST, IKBN dan lain-lain.
iii. Alumni Persatuan
iv. Pencari kerja dan calon yang ingin menceburi peluang keusahawanan.
4. Untuk maklumat mengenai program serta maklumat majikan dan usahawan yang turut serta, sila layari :
i. Facebook JobsMalaysia Kuala Lumpur - http://www.facebook.com/JobsMalaysiaKualaLumpur
ii. Facebook JobsMalaysia Cyberjaya - http://www.facebook.com/JobsMalaysia.gov.my