Majlis Perwakilan Pelajar UTeM

Majlis Perwakilan Pelajar UTeM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Perwakilan Pelajar UTeM, College & University, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal.

[MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTeM SESI 2024/2025][PENCARIAN PEKERJA DAN PENIAGA PASAR MALAM MAHASISWA UTeM Siri 2 2024/202...
13/04/2025

[MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTeM SESI 2024/2025]
[PENCARIAN PEKERJA DAN PENIAGA PASAR MALAM MAHASISWA UTeM Siri 2 2024/2025 KINI DIBUKA!]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam UTeMku Sayang!

Kami membuka peluang kepada semua warga UTeM yang ingin:
💼 Menambah pendapatan
🤝 Mendapatkan pengalaman bekerja

Berminat untuk bekerja di pasar malam? Pengambilan adalah terhad. Daftar sekarang melalui pautan berikut:
https://forms.gle/nd5TX3MEnGeRvSkz8

Ingin membuka gerai jualan di Pasar Malam Mahasiswa UTeM? Ini peluang anda untuk:
💰 Mengembangkan perniagaan
📈 Mempromosikan jenama anda
🗣 Berinteraksi terus dengan komuniti UTeM

Pemilihan akan melalui tapisan mengikut:
💰Harga Barangan
📈 Kesesuaian Menu

Daftar sekarang melalui pautan berikut:
https://forms.gle/jC6LC9SudU8dU1i99

Tempoh pendaftaran ini dibuka dari 13 April 2025 sehingga 17 April 2025.

Syarat-syarat penyertaan:
✅ Peniaga: Sijil SSM
✅ Peniaga & Pekerja: Sijil Pengendalian Makanan
✅ Peniaga & Pekerja: Sijil Suntikan Typhoid

Sebarang pertanyaan mengenai Pasar Malam Mahasiswa UTeM Siri 2 2024/2025, sila hubungi:
📞 Qisty – 011-67648948
📞 Adam – 011-15164356

Ayuh sertai kami dan meriahkan Pasar Malam Mahasiswa UTeM!

Majlis Perwakilan Pelajar UTeM Sesi 2024/2025

"Membangun Potensi, Menggerak Transformasi"

[MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTeM SESI 2024/2025][SETINGGI-TINGGI TAHNIAH PROFESOR DATUK TS. DR. MASSILA BINTI KAMALRUDIN]...
24/03/2025

[MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTeM SESI 2024/2025]
[SETINGGI-TINGGI TAHNIAH PROFESOR DATUK TS. DR. MASSILA BINTI KAMALRUDIN]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam UTeMku Sayang, Menjajar Universiti, Melonjak Ke Hadapan.

Majlis Perwakilan Pelajar UTeM serta seluruh mahasiswa/i UTeM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin atas pelantikan semula beliau sebagai Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, berkuat kuasa mulai 21 Mac 2025.

Fajar kepimpinan kembali menyinsing, menerangi haluan dengan ilmu dan amanah. Semoga sinaran TVET UTeM di bawah kepimpinan YBhg. Datuk memancar terang, menyubur wawasan dan menyemai kecemerlangan. Setiap langkah yang diatur menjadi suluh kejayaan, menerangi jalan keilmuan dengan hikmah dan ketulusan, serta menjulang maruah universiti ke puncak gemilang.

MPP UTeM menzahirkan iltizam untuk terus berganding bahu bersama kepimpinan universiti dalam memperkasakan kebajikan mahasiswa, memperkukuh ekosistem akademik dan inovasi, serta mendukung aspirasi UTeM sebagai institusi teknikal unggul di persada global.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dan Jawatankuasa Pemilihan Naib Canselor atas keprihatinan dan kerjasama dalam memastikan UTeM terus dipacu dengan jayanya

Sekian, terima kasih.

_____________________________________________

The UTeM Student Representative Council, along with all UTeM students, extends our heartiest congratulations to Professor Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin on her reappointment as the Vice-Chancellor of Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), effective from March 21, 2025.

We hope under her leadership, UTeM will continue to achieve greater success and further strengthen its position as a leading institution in technology and innovation.

We would also like to express our deepest appreciation to Yang Berhormat Menteri, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Minister of Higher Education, for maintaining the appointment of Professor Datuk Ts. Dr. Massila as UTeM’s Vice-Chancellor.

Thank you.

Majlis Perwakilan Pelajar UTeM Sesi 2024/2025

"Membangun Potensi, Menggerak Transformasi"



Zambry Abd. Kadir
Kementerian Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr Massila Kamalrudin
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM
Ab Rauf Yusoh
Istana Melaka

17/03/2025
03/03/2025

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐈𝐑. 𝐃𝐑. 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐔𝐉𝐀𝐍𝐆, 𝐊𝐒𝐔 𝐊𝐏𝐓

YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang memulakan kerjaya sebagai pensyarah pada tahun 1988 sebelum melangkah ke dunia pentadbiran dengan dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) termuda di usia 43 tahun (2008-2013).

37 tahun mencurahkan bakti dalam perkhidmatan awam, hari ini merupakan hari persaraan beliau dan untuk itu seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan bakti yang tidak ternilai.

Semoga YBhg. Dato' Seri dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam rahmat dan kasih Allah SWT.

Selamat Hari Ulang Tahun, Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya YBhg. Dato' Seri...

Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian t**i;
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.

Dr. Zaini Ujang

18/01/2025
10/01/2025

Address

Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya
Durian Tunggal
76100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar UTeM:

Share