Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan - FTKIP UTeM

Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan - FTKIP UTeM Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera, YBhg. Profesor/ Profesor Madya/ Ir./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan, PEMAKLUMAN PROG...
04/09/2026

Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Profesor/ Profesor Madya/ Ir./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan,

PEMAKLUMAN PROGRAM SIGNATURE 01 FTKIP UNDERWATER WELDING AND INSPECTION | PENDAFTARAN 150 ORANG PELAJAR DIBAWAH PERSATUAN MALAYSIAN STRUCTURAL INTEGRITY SOCIETY (MSIS) BAGI PEMBANGUNAN PROGRAM UNDERWATER WELDING AND INSPECTION FAKULTI TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN INDUSTRI DAN PEMBUATAN (FTKIP)

Bagi menyambut hasrat Universiti untuk memberi nilai tambah dan kebolehpasaran graduan, seramai Satu Ratus lima puluh (150) orang pelajar program Sarjana Muda Teknologi Kimpalan dengan Kepujian ke berdaftar dibawah Pesatuan Malaysian Structural Integrity Society (MSIS) bagi menambah jaringan yang baik dalam bidang ini. Sejajar dengan pertambahan enrollment pelajar melebihi 120 pelajar mengenai cabaran dan perkembangan teknologi kimpalan dan pemeriksaan kimpalan di dalam air umumnya.

Seiring pertambahan bilangan pelajar yang luar biasa, pendaftaran persatuan MSIS ini dilihat akan menyokong kepada pertambahan bilangan pelajar yang mendaftar di UTeM bagi program BMIK, ia tidak dapat menampung keperluan kursus-kursus teras dan elektif. Sehubungan itu, penambahan kursus elektif telah dicadangkan dan ditambah baik seperti Cyber Physical System in Welding, Underwater Welding and Inspection for Professional, Corrosion and Surface Protection for Professional, Painting and Blasting for Professional dan program Work Based Learning (WBL).

Pengetahuan dan kemahiran dalam underwater welding dan inspection merupakan pendedahan baru yang perlu dikuasai oleh tenaga pengajar program BMIK yang perlu digunakan dalam kursus untuk program ini. Buat masa ini, ia merupakan teknologi yang berkaitan dengan bidang kimpalan yang sedang pesat membangun dan mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Akhir kata dengan pelajar dibawah persatuan MSIS bersama industri ini, ia berpotensi meningkatkan penampilan pelajar dan meningkatkan kredibiliti fakulti dan universiti sebagai pusat latihan yang menawarkan program berimpak tinggi serta menjadi rujukan dalam bidang teknologi penyelaman industri dan kerja bawah air. Melalui program ini, para pelajar akan bakal mendapat ilmu dan kemahiran yang holistik dalam bidang teknologi kimpalan yang kritikal untuk digunakan sewaktu menjalani Work Based Learning (WBL) dan semasa di alam pekerjaan kelak serta nilai tambah dari segi kebolehpasaran graduan terutamanya dalam minyak dan gas dan kolaberasi bersama pihak industri yang berkaitan bagi menyokong kedudukan UTeM sebagai 10 Universiti Terbaik bagi bidang Minyak dan Gas di Malaysia.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN”
“MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN”

b.p
Jawatankuasa Pembangunan Program Underwater Welding dan Inspection,
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM










LAWATAN INDUSTRI STAF PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI KIMPALAN DENGAN KEPUJIAN (BMIK), FTKIP KE OIL AND GAS ASIA 2026, KU...
04/09/2026

LAWATAN INDUSTRI STAF PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI KIMPALAN DENGAN KEPUJIAN (BMIK), FTKIP KE OIL AND GAS ASIA 2026, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER

TARIKH : 3 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS)
TEMPAT : OIL AND GAS ASIA 2026 (OGA2026), KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER

Oil & Gas Asia 2026 merupakan sebuah pameran dan platform perniagaan yang menghimpunkan pemain industri minyak dan gas, tenaga, kejuruteraan, peralatan serta perkhidmatan berkaitan. Bagi Program BMIK, penyertaan dalam pameran ini amat relevan kerana industri minyak dan gas mempunyai hubungan rapat dengan teknologi kimpalan, khususnya dalam aspek fabrikasi, penyambungan paip, pembinaan struktur, penyelenggaraan, pemeriksaan dan jaminan kualiti.

Lawatan ini memberi peluang kepada staf untuk melihat aplikasi teknologi secara lebih dekat serta memahami keperluan industri yang boleh diterapkan dalam pengajaran akademik. Seramai Empat (4) orang Pensyarah dan Tiga (3) orang penolong jurutera BMIK, Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan (FTKIP) telah mengadakan Lawatan Industri ke Oil And Gas Asia 2026 (OGA2026), Kuala Lumpur Convention Center.

Lawatan Industri staf Program Sarjana Muda Teknologi Kimpalan dengan Kepujian (BMIK), Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Industri (FTKIP), ke Oil & Gas Asia 2026 ini merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan, pendedahan industri dan jaringan profesional dalam bidang teknologi kimpalan serta industri minyak dan gas.

Pameran ini menjadi platform yang sesuai untuk staf akademik meninjau perkembangan teknologi, peralatan, bahan, proses dan penyelesaian kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang kimpalan. Lawatan ini juga dapat membantu memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan pihak industri bagi menyokong pengajaran, penyelidikan dan pembangunan kurikulum.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada staf mengenai perkembangan terkini teknologi kimpalan dan industri minyak dan gas. Selain itu bagi mengenal pasti teknologi, peralatan dan bahan baharu yang berkaitan dengan proses kimpalan. Setrusnya meneroka peluang kerjasama industri dalam bidang latihan, penyelidikan, konsultansi dan pembangunan kurikulum dan meningkatkan kefahaman staf terhadap keperluan kompetensi dan kemahiran industri semasa. Ia juga membina jaringan profesional dengan pemain industri, pembekal teknologi dan organisasi berkaitan serta mengumpulkan maklumat yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Program BMIK.

Selain itu, lawatan ini diadakan untuk memberi galakan kepada para pelajar terhadap bidang kejuruteraan industri dan pembuatan dengan didedahkan secara terus tentang kepentingan teknologi terkini untuk menghasilkan produk bernilai tinggi. Pengisian lawatan ini juga telah membincangkan kerjasama strategik seperti penempatan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL), perkongsian pengalaman oleh Alumni BTech, sesi bersama rakan TVET dari seluruh Malaysia, penyelidikan dan kerjasama melalui MoU.

Pemerhatian dan Dapatan Lawatan

Berdasarkan pemerhatian sepanjang lawatan, beberapa perkara penting yang berkaitan dengan Program BMIK dapat dikenal pasti:

1. Perkembangan teknologi kimpalan

Pameran memberikan gambaran mengenai perkembangan teknologi kimpalan yang semakin menekankan aspek kecekapan, ketepatan, automasi dan kualiti sambungan. Pendedahan ini dapat membantu staf memahami arah perkembangan teknologi yang relevan dengan bidang pengajian.

2. Kepentingan kualiti dan pemeriksaan

Dalam industri minyak dan gas, aspek kualiti sambungan kimpalan, pemeriksaan dan pematuhan kepada keperluan industri merupakan perkara penting. Pengetahuan ini boleh dijadikan input dalam pengajaran berkaitan prosedur kimpalan, kawalan kualiti dan pemeriksaan.

3. Keperluan kemahiran industri

Lawatan menunjukkan kepentingan penguasaan kemahiran teknikal, keselamatan, penyelesaian masalah dan keupayaan menyesuaikan diri dengan teknologi baharu. Perkara ini selari dengan keperluan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan.

4. Potensi kerjasama industri

Interaksi dengan pihak industri membuka peluang untuk meneroka kerjasama dalam bidang latihan, perkongsian kepakaran, lawatan pelajar, projek penyelidikan dan pembangunan kurikulum.

Secara keseluruhannya, lawatan industri staf Program Sarjana Muda Teknologi Kimpalan dengan Kepujian (BMIK), FTKIP ke Oil & Gas Asia 2026, Kuala Lumpur Convention Centre, merupakan satu aktiviti yang berpotensi memberikan nilai tambah kepada pembangunan akademik dan profesional staf. Lawatan ini bukan sahaja meningkatkan pendedahan terhadap perkembangan teknologi dan keperluan industri minyak dan gas, malah dapat membantu memperkukuh hubungan industri serta menyokong usaha penambahbaikan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan kurikulum Program BMIK.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM










🟡 FTKIP PERKUKUH JALINAN TVET BERSAMA KOLEJ VOKASIONAL KLUANG, JOHOR 🟡Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pe...
03/09/2026

🟡 FTKIP PERKUKUH JALINAN TVET BERSAMA KOLEJ VOKASIONAL KLUANG, JOHOR 🟡

Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan seramai 39 orang pelajar dan 5 orang pensyarah daripada Kolej Vokasional Kluang, Johor pada 27 Ogos 2026 menerusi Program Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Teknologi Industri (JTI), Kampus Teknologi UTeM.

Antara pengisian program ialah sesi perkongsian mengenai Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kimpalan yang disampaikan oleh Ketua Program Kimpalan FTKIP, Ts. Dr. Mohd Fauzi bin Mamat. Perkongsian merangkumi struktur program, bidang pengajian serta prospek kerjaya dalam industri teknologi kimpalan dan pembuatan.

Selain sesi perkongsian, para peserta turut dibawa melihat demonstrasi penggunaan mesin dan peralatan yang terdapat di Jabatan Teknologi Industri (JTI). Demonstrasi dikendalikan oleh Penolong Jurutera, Tc. Mohd Syafiq bin Ismail, Encik Fakhrulnaim bin Ibrahim dan Encik Hairulhisham bin Rosnan.

Lawatan ini bukan sahaja memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai suasana pembelajaran di universiti, malah membuka perspektif mereka terhadap laluan pendidikan TVET ke peringkat lebih tinggi serta prospek kerjaya dalam bidang teknologi kimpalan dan pembuatan.

FTKIP sentiasa komited dalam memperkukuh hubungan dengan institusi TVET bagi melahirkan generasi berkemahiran tinggi yang kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri.

Semoga kunjungan ini menjadi pengalaman bermakna dan pencetus inspirasi kepada para pelajar untuk terus melangkah maju dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM







🔸Jabatan Teknologi Industri (JTI) FTKIP Perkasa Kompetensi Pengajar BMIM Melalui Program Train-The-Trainer (TTT) - Advan...
02/09/2026

🔸Jabatan Teknologi Industri (JTI) FTKIP Perkasa Kompetensi Pengajar BMIM Melalui Program Train-The-Trainer (TTT) - Advanced Machining & Software🔸

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri dengan Kepujian (BMIM), Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP), UTeM telah menganjurkan Program Train-The-Trainer (TTT): Advanced Machining & Software pada 6 Ogos 2026. Program yang dikendalikan oleh Ir. Dr. Mohamad Ridzuan Jamli ini melibatkan pensyarah dan tenaga pengajar BMIM sebagai platform pemindahan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi pemesinan termaju.

Sepanjang latihan, peserta didedahkan kepada penggunaan ReNAN Software, MasterCAM serta pengoperasian Mesin CNC Tsugami Lathe. Sesi latihan berkonsepkan hands-on ini memberi peluang kepada peserta meningkatkan kompetensi teknikal dalam pemodelan, penjanaan toolpath dan aplikasi teknologi pembuatan moden yang digunakan dalam industri.

Latihan dilaksanakan sejajar dengan usaha BMIM untuk memperkukuh kualiti pengajaran serta memastikan kandungan pembelajaran sentiasa relevan dengan kehendak industri. Program ini turut menyokong agenda pembelajaran berterusan dan pembangunan kepakaran pengajar TVET di UTeM.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM





🌟 Melakar Impian Dalam Teknologi Pemesinan Industri di FTKIP, UTeM🌟 Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pemb...
02/09/2026

🌟 Melakar Impian Dalam Teknologi Pemesinan Industri di FTKIP, UTeM🌟

Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan seramai 28 orang pelajar Diploma Pemesinan Industri bersama 3 orang guru pengiring daripada Kolej Vokasional (KV) Melaka Tengah pada 19 Ogos 2026 menerusi Program Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Teknologi Industri (JTI), Kampus Teknologi, UTeM.

Kunjungan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat suasana pembelajaran dan ekosistem TVET di UTeM, khususnya dalam bidang Teknologi Pemesinan Industri. Para peserta berpeluang melihat sendiri kemudahan makmal dan bengkel yang dilengkapi teknologi terkini serta memahami bagaimana teknologi pembuatan moden diaplikasikan dalam memenuhi keperluan industri masa kini.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri dengan Kepujian (BMIM), Ts. Dr. Mohd Razali bin Md Yunos, yang mengalu-alukan kehadiran para pelajar dan guru pengiring ke FTKIP.

Program diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ts. Dr. Basri, yang berkongsi maklumat mengenai bidang pengajian, kemudahan pembelajaran serta peluang yang ditawarkan di UTeM kepada lepasan TVET. Sesi ini turut memberikan pendedahan mengenai laluan pendidikan ke peringkat universiti dan potensi kerjaya dalam sektor pembuatan serta teknologi industri.

Selain itu, para peserta turut dibawa melawat makmal dan bengkel pemesinan bagi menyaksikan sendiri aplikasi teknologi serta peralatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman secara langsung ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap dunia teknologi pemesinan dan automasi yang semakin berkembang pesat.

Lawatan ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara UTeM dan institusi TVET, malah menjadi platform yang berkesan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar dalam merancang laluan pendidikan dan kerjaya masa depan mereka.

FTKIP sentiasa komited untuk memperluaskan jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan teknikal dan vokasional dalam usaha melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang bersedia menghadapi cabaran industri. Diharapkan lawatan ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar KV Melaka Tengah untuk terus melakar kejayaan akademik dan profesional.

UTeM pilihan TVET ke Universiti... Mana Lagi, Melaka Ler!

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM







Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera, YBhg. Profesor/ Profesor Madya/ Ir./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan, PEMAKLUMAN PROG...
01/09/2026

Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Profesor/ Profesor Madya/ Ir./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan,

PEMAKLUMAN PROGRAM SIGNATURE 01 FTKIP UNDERWATER WELDING AND INSPECTION | LAWATAN PENILAIAN PENGTAULIAHAN PROGRAM PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA UJIAN TANPA MUSNAH BAGI PROGRAM ULTRASONIK – BINAAN BERKIMPALAN (PLAT & PAIP) MINYAK DAN GAS TAHAP 1 DAN 2 - JPK
Lawatan Penilaian Pengtauliahan Program Ujian Tanpa Musnah Bagi Program Ultrasonik – Binaan Berkimpalan (Plat & Paip) Minyak dan Gas Tahap 1 dan 2 - JPK ini bertujuan untuk nilai tambah kepada para pelajar BMIK dan tenaga pengajar dari FTKIP bagi memenuhi keperluan Program Sarjana Muda Teknologi Kimpalan (BMIK) sejajar dengan pertambahan enrollment pelajar melebihi 120 pelajar mengenai cabaran dan perkembangan teknologi kimpalan dan pemeriksaan kimpalan melalui ujian tanpa musnah umumnya.

🏭 Butiran Program
Tentatif pelaksanaan bagi Lawatan Penilaian ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)
Waktu: 8:30 pagi – 4:30 Petang
Lokasi: Makmal Kualiti Kimpalan (MKK) dan Bilik Mesyuarat JTI, Factory 3, Kampus Teknologi,
UTeM

Lawatan Penilaian Pengtauliahan Program Ujian Tanpa Musnah Bagi Program Ultrasonik – Binaan Berkimpalan (Plat & Paip) Minyak dan Gas Tahap 1 dan 2 - JPK ini menyokong kepada Program Signature FTKIP 01 iaitu Underwater Welding dan Inspection dalam rangka penubuhan Kompleks Hyperbaric UTeM yang akan memulakan pembinaanya dibawah Rancangan Malaysia ke-13 RP2 bermula pada tahun 2027.

Di bawah Kompleks Hyperbaric UTeM dan Makmal Kualiti Kimpalan (MKK), kesemua fasiliti dan peralatan yang berkaitan dengan pembangunan Program Underwater Welding dan Inspection yang akan menawarkan Kursus-kursus yang berkaitan dan program pensijilan professional yang berkaitan yang akan ditawarkan kepada para pelajar UTeM dan Masyarakat dan komuniti sekitar dan pemain industri yang berhampiran dengan UTeM.

Lawatan Penilaian Pengtauliahan Program Ujian Tanpa Musnah Bagi Program Ultrasonik – Binaan Berkimpalan (Plat & Paip) Minyak dan Gas Tahap 1 dan 2 - JPK ini juga penting bagi menyokong kepada pertambahan bilangan pelajar yang luar biasa dan pertambahan bilangan staf baru/ dipindahkan bagi menampung keperluan kursus-kursus teras dan elektif seperti Cyber Physical System in Welding, Underwater Welding and Inspection for Professional, Corrosion and Surface Protection for Professional, Painting and Blasting for Professional dan program Work Based Learning (WBL).

Akhir kata dengan berlangsungnya Lawatan Penilaian daripada pihak JPK ini, ia berpotensi meningkatkan kredibiliti fakulti dan universiti sebagai pusat latihan yang menawarkan program berimpak tinggi serta menjadi rujukan dalam bidang teknologi kimpalan dan pemeriksaan kimpalan. Melalui program ini, para pelajar akan bakal mendapat ilmu dan kemahiran yang holistik dalam bidang teknologi kimpalan yang kritikal untuk digunakan sewaktu menjalani Work Based Learning (WBL) dan semasa di alam pekerjaan kelak serta nilai tambah dari segi kebolehpasaran graduan terutamanya dalam minyak dan gas dan kolaberasi bersama pihak industri yang berkaitan bagi menyokong kedudukan UTeM sebagai 10 Universiti Terbaik bagi bidang Minyak dan Gas di Malaysia.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN”
“MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN”

b.p
Jawatankuasa Pembangunan Program Underwater Welding dan Inspection,
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM




Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,🌟 PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDI...
01/09/2026

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

🌟 PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KOMPLEKS HYPERBARIC – UNDERWATER WELDING AND INSPECTION 🌟

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas kreativiti, idea dan hasil rekaan yang telah dikemukakan. 👏

🏆 TEMPAT PERTAMA
MD RAFAT UDDIN ARMAN – M032510030 (FTMK)

💰 RM300 + Sijil Pemenang + E-Sijil Penyertaan

🥈 TEMPAT KEDUA
AHMAD SHAHRUL ASHRAF BIN MUHAMAD SUHAYRI – D112510008 (FTKE)

💰 RM200 + Sijil Pemenang + E-Sijil Penyertaan

🥉 TEMPAT KETIGA
RAIS BIN MAHAT – (PNCSKG)

💰 RM150 + Sijil Pemenang + E-Sijil Penyertaan

✨ 5 PEMENANG SAGUHATI
💰 RM50 + Sijil Pemenang + E‑Sijil Penyertaan bagi setiap pemenang

🔵ELGIN LEW JUEN HONG – B122510508 (FTKEK)

🔵HAIRUL EFFENDY BIN AB MAULOD – (STEP)

🔵LIM CHEE YONG – B112320035 (FTKEK)

🔵NOR LAILATUL AZILAH HAMDZAH – (SPAB)

🔵MUHAMMAD NAZEEM BIN SABRI – B032310744 (FTMK)

📜 PENYERAHAN SIJIL PENYERTAAN

E‑Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta pertandingan melalui pihak urus setia.

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PEMENANG!
Sehubungan itu, semua pemenang diminta berhubung dengan pihak urus setia untuk sebarang pertanyaan mengenai hadiah kemenangan dan sijil pemenang.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua staf dan pelajar UTeM yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Setiap idea dan hasil kreativiti yang diketengahkan amat dihargai dan menjadi sebahagian daripada usaha membentuk identiti visual bagi Kompleks Hyperbaric – Underwater Welding and Inspection.

💡 Kreativiti Anda, Identiti Kami!

b/p
Jawatankuasa Pembangunan Program Underwater Welding dan Inspection,
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Email: [email protected] / [email protected]

Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof. / Prof. Madya / Ts. / Dr. / Tuan / Puan, PEMAKLUMAN PROGRAM SI...
01/09/2026

Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Prof. Madya / Ts. / Dr. / Tuan / Puan,

PEMAKLUMAN PROGRAM SIGNATURE 01 FTKIP UNDERWATER WELDING AND INSPECTION | BENGKEL BERSAMA RAKAN STRATEGIK INDUSTRI (ROUNDTABLE) DAN MAJLIS MENANDATANGANI SURAT NIAT (LETTER OF INTENT - LOI) BAGI PEMBANGUNAN PROGRAM UNDERWATER WELDING AND INSPECTION FAKULTI TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN INDUSTRI DAN PEMBUATAN (FTKIP), UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan input daripada pihak industri dalam menilai, menyemak dan memurnikan pembelian peralatan yang berkaitan Underwater Welding and Inspection dan penambahan subjek elektif bagi menyokong perjalanan Program Sarjana Muda Teknologi Kimpalan. Seterusnya bagi menyambut hasrat Universiti untuk memberi nilai tambah dan kebolehpasaran graduan, FTKIP melalui penyertaan 20 rakan industri dan institusi pendidikan tinggi yang berkaitan dalam bidang kimpalan dan minyaak dan gas telah diadakan dengan jayanya

🏭 Butiran Program
Tentatif pelaksanaan bagi program latihan ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
Waktu: 8:30 pagi – 4:30 Petang
Lokasi: Fatimah Hall, Hotel Mudzaffar Melaka

Penganjuran bengkel dan majlis menandatangani surat niat ini menyokong kepada pembangunan Program Signature FTKIP 01 iaitu Underwater Welding dan Inspection dalam rangka penubuhan Kompleks Hyperbaric UTeM yang akan memulakan pembinaannya di bawah Rancangan Malaysia ke-13 RP2 bermula pada tahun 2027. Sebanyak 11 surat niat Letter of Intent (LoI) telah berjaya ditanda tangani pada majlis tersebut yang melibatkan industri seperti TWI Technology (S.E.Asia) Sdn. Bhd.,Dive Resources Sdn Bhd., Akademi Laut Malaysia, Underwater Welding Engineering Centre, CIDB Technologies Sdn Bhd, Group Technical Inspection (GTI) Sdn Bhd. dan lain-lain syarikat dan institusi pendidikan.

Seiring pertambahan bilangan pelajar yang luar biasa, penganjuran bengkel ini dilihat akan menyokong kepada pertambahan bilangan pelajar yang mendaftar di UTeM bagi program BMIK, ia tidak dapat menampung keperluan kursus-kursus teras dan elektif. Sehubungan itu, penambahan kursus elektif telah dicadangkan dan ditambah baik seperti Cyber Physical System in Welding, Underwater Welding and Inspection for Professional, Corrosion and Surface Protection for Professional, Painting and Blasting for Professional dan program Work Based Learning (WBL).

Pengetahuan dan kemahiran dalam underwater welding dan inspection merupakan pendedahan baru yang perlu dikuasai oleh tenaga pengajar program BMIK yang perlu digunakan dalam kursus untuk program ini. Buat masa ini, ia merupakan teknologi yang berkaitan dengan bidang kimpalan yang sedang pesat membangun dan mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Akhir kata dengan temeteraianya LoI bersama industri ini, ia berpotensi meningkatkan kredibiliti fakulti dan universiti sebagai pusat latihan yang menawarkan program berimpak tinggi serta menjadi rujukan dalam bidang teknologi penyelaman industri dan kerja bawah air. Melalui program ini, para pelajar akan bakal mendapat ilmu dan kemahiran yang holistik dalam bidang teknologi kimpalan yang kritikal untuk digunakan sewaktu menjalani Work Based Learning (WBL) dan semasa di alam pekerjaan kelak serta nilai tambah dari segi kebolehpasaran graduan terutamanya dalam minyak dan gas dan kolaberasi bersama pihak industri yang berkaitan bagi menyokong kedudukan UTeM sebagai 10 Universiti Terbaik bagi bidang Minyak dan Gas di Malaysia.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN”
“MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN”

b.p
Jawatankuasa Pembangunan Program Underwater Welding dan Inspection,
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM




SALAM TAKZIAHDengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa pelajar FTKIP,Mendiang Orton Jamit Anak Kunjan(B142510209)Pelajar ...
26/08/2026

SALAM TAKZIAH

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa pelajar FTKIP,

Mendiang Orton Jamit Anak Kunjan
(B142510209)
Pelajar Program BMIK

telah meninggal dunia pada 26 Ogos 2026 (Rabu), jam 1.45 pagi.

Seluruh warga FTKIP, UTeM merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga mendiang atas kehilangan ini.

Semoga keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Kenanganmu akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

🌹 Salam takziah daripada seluruh warga FTKIP, UTeM.

MAJLIS APRESIASI JAWATANKUASA PENGURUSAN TENAGA DAN AMALAN HIJAU FTKIP
19/08/2026

MAJLIS APRESIASI JAWATANKUASA PENGURUSAN TENAGA DAN AMALAN HIJAU FTKIP

Address

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Durian Tunggal
76100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan - FTKIP UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan - FTKIP UTeM:

Shortcuts

Share