19/08/2026
𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗿𝗶𝗸𝘂𝗹𝘂𝗺 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗟𝘂𝗮𝗿
Sorotan sekitar Bengkel Pemantapan Kurikulum bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian (BITS) bersama Pemeriksa Luar, PM. Ts. Dr. Yusmadi Yah Jusoh dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung pada 18 Ogos 2026 di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM.
Bengkel dimulakan dengan sesi pembukaan oleh Yang Berusaha Profesor Ts. Dr. Mohd. Sanusi Azmi, Dekan FTMK, yang menekankan kepentingan pemantapan kurikulum secara berterusan bagi memastikan Program BITS kekal berkualiti serta memenuhi keperluan semasa dan industri.
Sesi seterusnya melibatkan pengenalan program, penelitian struktur kurikulum, kandungan kursus dan kaedah penilaian, di samping lawatan ke makmal serta temu bual bersama pelajar dan staf akademik.
Bengkel diakhiri dengan mesyuarat penutup dan penyampaian laporan serta rumusan penilaian secara menyeluruh oleh Pemeriksa Luar, diikuti penyampaian cenderahati oleh Timbalan Dekan Akademik FTMK, Ts. Dr. Ahmad Shaarizan Shaarani, bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Perisian, Ts. Dr. Raja Rina Raja Ikram, dan Penyelaras Program BITS, Ts. Dr. Nuridawati Mustafa.
Semoga segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan dapat terus memperkukuh kualiti dan keberkesanan Program BITS, selaras dengan aspirasi UTeM dalam memperkasakan pendidikan TVET dan melahirkan graduan yang kompeten serta memenuhi keperluan industri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pemeriksa Luar, pihak pengurusan FTMK, JK Bengkel serta seluruh warga Jabatan Kejuruteraan Perisian atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM