Alumni Kolej Komuniti Paya Besar - kkpb

Alumni Kolej Komuniti Paya Besar - kkpb Menjejak bekas-bekas pelajar Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB)

π—œπ—žπ—Ÿπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—”π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—¦π—’π—‘π—˜π—Ÿ π— π˜†π—¦π—§π—˜π—£Jawatan Pereka Grafik (MySTEP) di Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK), Jabatan ...
15/03/2024

π—œπ—žπ—Ÿπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—”π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—¦π—’π—‘π—˜π—Ÿ π— π˜†π—¦π—§π—˜π—£

Jawatan Pereka Grafik (MySTEP) di Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Putrajaya.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut :

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs/description?jobId=f73177433f894979890cd0a852a2075d

Tarikh tutup : 17 Mac 2024 (Ahad)

Tahniah Kolej Komuniti Paya Besar - Laman Rasmi β€οΈπŸ‘πŸ»
12/01/2022

Tahniah Kolej Komuniti Paya Besar - Laman Rasmi β€οΈπŸ‘πŸ»


PENCAPAIAN KPI JPPKK TAHUN 2021

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej Komuniti Cawangan Maran yang telah menyumbang kepada pencapaian 100% KPI JPPKK Tahun 2021.

Selamat datang diucapkan kepada Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar yang baharu, Puan Shuhaila binti Ibrahim. Selamat men...
15/09/2021

Selamat datang diucapkan kepada Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar yang baharu, Puan Shuhaila binti Ibrahim. Selamat menabur bakti di Kolej Komuniti Paya Besar.

Sekalung ucapan tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar yang baharu, Puan Shuhaila binti Ibrahim yang akan mula berkhidmat di sini mulai 15 September 2021. Kami amat berbesar hati menerima puan bersama-sama warga Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej Komuniti Cawangan Maran. Semoga dapat memacu KKPB dan KKCM ke arah yang lebih gemilang dan terbilang di masa akan datang.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami semua ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Ambilkan kami buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan kami terima, Jadi kenangan bertahun-tahun. Terima kasih...
15/09/2021

Ambilkan kami buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Terima kasih atas segala jasa Mantan Tuan Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar, Tn. Hj. Mohd Faddilah bin Mohd Yusof. Selamat maju jaya kami ucapkan.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kami berjumpa lagi.

Bubur selasih ubi keladi,
Lemak manis santan kelapa,
Terima kasih jasa dan budi,
Selalu tersemat tiada lupa

Selamat maju jaya diucapkan kepada Mantan Tuan Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar , Tn Haji Mohd Faddilah bin Mohd Yusoh yang akan meneruskan khidmat bakti beliau sebagai Pengarah Politeknik Sandakan bermula pada 15 September 2021.
Kami di Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej Komuniti Cawangan Maran amat terasa dengan kehilangan sebutir permata yang amat berharga ini, namun kami percaya beliau akan meneruskan kecemerlangan yang lebih gemilang di tempat baharu kelak.
Terima kasih di atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Segala tunjuk ajar, ilmu dan teguran yang diberi akan kami semat di dalam hati dan menjadi panduan dan inspirasi kepada kami pada masa akan datang.
Selamat menabur bakti di tempat baharu. Semoga kita bertemu lagi.

Di sana padi di sini padi
Itulah nama sawah dan bendang
Di sana budi di sini budi
Baru sempurna bernama orang

Kalau ada pauh di daik
Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalua ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang ditapak tangan,
Walaupun jauh berbatu-batu,
Hilang dimata dihati jangan.

15/09/2021

TAHNIAH!!! JUARA MOS CHAMPIONSHIP MALAYSIA 2021

Sekalung tahniah diucapkan kepada saudara Ammar Solihin bin Zakaria ,Pelajar dari Program Sijil Teknologi Maklumat KKPB yang telah berjaya mendapat markah tertinggi dalam Malaysia MOS Championship 2021 kategori Microsoft Powerpoint. Kemenangan ini melayakkan beliau mewakili Malaysia ke MOS World Championship 2021 yang akan berlangsung di Orlando, USA pada bulan November 2021 nanti.

KKPB telah menghantar tujuh (7) penyertaan dalam pertandingan ini di bawah bimbingan pensyarah Program Sijil Teknologi Maklumat, Puan Sharifah Hamidah binti Syed Hamid yang juga merupakan Microsoft Office Specialist Expert dan Microsoft Certified Educator.

KKPB merupakan Certiport Authorized Testing Center (CATC) bagi Microsoft Office Specialist Certification.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Satu program Forum myAlumni PolyCC Women in TVET Professional secara atas talian ak...
02/09/2021

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Satu program Forum myAlumni PolyCC Women in TVET Professional secara atas talian akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:

Tarikh:7 September 2021 (Selasa)
Masa:10.00 pg
Link: https://bit.ly/3klVFGu

Mohon hebahan kpd semua pelajar sem akhir & alumni PolyCC.. e-Cert akan diberikan kpd semua peserta πŸ€—πŸ₯°

Tahniah buat Tuan Pengarahβœ¨πŸ‘πŸ»
31/08/2021

Tahniah buat Tuan Pengarahβœ¨πŸ‘πŸ»

Seluruh warga Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej Komuniti Cawangan Maran mengucapkan jutaan tahniah kepada Pengarah, Tn. Hj. Mohd Faddilah bin Mohd Yusoh atas kejayaan kenaikan pangkat ke Gred DH 54.




05/07/2021

β€œ Jangan rasa diri kekurangan tapi rasakan kita adalah seorang luarbiasa yang bisa gegarkan dunia ini dengan ilmu yang ada didada....” - KHAIRULNIZAM BIN MD HAIRUDDIN

Beliau merupakan pensyarah bagi program Multimedia Kreatif ( Pengiklanan ) di Kolej Komuniti Paya Besar yang bakal ke Sukan Olimpik Paramlimpik Jepun 2020 pada Ogos 2021 sebagai sebagai Jurugambar Rasmi. Kemahiran pensyarah kolej komuniti diiktiraf ke peringkat antarabangsa. Anda berminat dalam bidang kreatif?

Nak tahu program yang ditawarkan Politeknik dan Kolej Komuniti?
Jom layari http://ambilan.mypolycc.edu.my

Maklumat lanjut berkenaan Kemasukan ke Politeknik & Kolej Komuniti

πŸ‘©β€πŸ’»Layari
http://ambilan.mypolycc.edu.my

Untuk semakan syarat kelayakan calon :
http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

πŸ’¬ Sebarang pertanyaan sila hubungi kami:
☎ 03 8888 3837 (waktu pejabat)
πŸ“± 019 8683738 (whatsapp sahaja)
βœ‰οΈ [email protected]




Sumber : Facebook kolejkomunitiHQ

Assalamualaikum Alumni KKPB & KKCMπŸ˜πŸ€—βœ…  Anda minat berniaga?βœ…  Ingin ada perniagaan sendiri? βœ…  Tiada idea bagaimana nak ...
08/06/2021

Assalamualaikum Alumni KKPB & KKCMπŸ˜πŸ€—

βœ… Anda minat berniaga?
βœ… Ingin ada perniagaan sendiri?
βœ… Tiada idea bagaimana nak berniaga?

Jom sertai Program TVETPrenuership "Sijil Persediaan Keusahawanan Multimedia Pengiklanan" @ Kolej Komuniti Jasin, KPT secara PERCUMA ‼️

πŸ“Œ Ilmu Teknikal Reka Bentuk Grafik
πŸ“Œ Ilmu Asas Fotografi
πŸ“Œ Penyediaan Portfolio
πŸ“Œ Ilmu Keusahawanan
πŸ“Œ Pemantapan Jati Diri
πŸ“Œ Pendaftaran Syarikat dengan SSM
πŸ“Œ Mentoring Keusahawanan oleh Pensyarah KKJS & Industri Terpilih

Siapa yang LAYAK memohon ❓
βœ… ALUMNI Kolej Komuniti
βœ… Warganegara Malaysia berumur 18-30 tahun yang belum bekerja
βœ… Graduan IPTA & IPTS yang belum bekerja
βœ… Mempunyai asas multimedia (Reka Bentuk Grafik & Fotografi)
βœ… Berminat menjadi usahawan
βœ… Boleh memberikan πŸ’―% komitmen selama 6 bulan

πŸ‘‰ Klik link untuk memohon..
Tarikh tutup permohonan pada 7 Jun 2021.

πŸ’» http://bit.ly/tvetpreneurkkjs

☎️ Hubungi :
https://www.wasap.my/60192955878/tvetpreneurship
https://www.wasap.my/60175258022/tvetpreneurship

07/06/2021

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.
Menjunjung kasih Tuanku.

Address

Gambang
26300

Telephone

09-5498811

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Kolej Komuniti Paya Besar - kkpb posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Alumni Kolej Komuniti Paya Besar - kkpb:

Share