Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif UMPSA

Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif UMPSA Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK), sebelum ini dikenali sebagai Pusat Keusahawanan (MyPACE)

Menyalurkan maklumat dan program-program terkini kepada pelajar.

PROGRAM KEMBARA MOBILITI ANTARABANGSA 2025: PROGRAM EKSPLORASI RASA GIGET BAKERI @ INDONESIASeramai 22 pelajar daripada ...
22/09/2025

PROGRAM KEMBARA MOBILITI ANTARABANGSA 2025: PROGRAM EKSPLORASI RASA GIGET BAKERI @ INDONESIA

Seramai 22 pelajar daripada program Inkubator Keusahawan GiGET Bakery melalui pelbagai syarikat pemula mereka telah berlepas ke Bandung bagi menyertai Program Kembara Mobiliti Antarabangsa 2025: Eksplorasi Rasa Giget Bakeri yang berlangsung pada 22 – 29 September 2025 di Politeknik NHI Bandung, Indonesia.

Kumpulan pelajar ini telah diiringi oleh Puan Halizan binti Mohmood, selaku mentor dan Puan Rajuna binti Bakar, selaku Pengurus GiGET Bakery. Program ini dilaksanakan dengan objektif untuk memperkukuh kemahiran kulinari peserta, mendalami budaya kulinari Indonesia, serta membina jaringan hubungan dan pengalaman profesional dalam industri bakeri global.

Pelaksanaan program ini juga menjadi landasan penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara UMPSA dan Politeknik NHI Bandung melalui penandatanganan perjanjian kerjasama, selain memberi penghargaan kepada peserta inkubator dan mentor yang telah terlibat dalam menjayakan program inkubator bakeri ini.

Pada 20 hingga 22 Ogos 2025, Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) telah menganjurkan Program Pensijilan Pendidik K...
23/08/2025

Pada 20 hingga 22 Ogos 2025, Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) telah menganjurkan Program Pensijilan Pendidik Keusahawanan yang disertai oleh seramai 27 orang pensyarah daripada pelbagai bidang dan fakulti bertempat di Dewan Tun Teja. Program ini merupakan inisiatif PUPUK yang selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkasa keusahawanan dalam kalangan pendidik profesional, selain mengukuhkan kerjasama strategik bersama Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI).

Program berkenaan menampilkan penceramah jemputan terdiri daripada pakar keusahawanan, iaitu Profesor Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff (Pengarah Kanan UMKEI), Dr. Mohd Ikhwan Aziz (Pengarah Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana, ISME-UMKEI), serta Profesor Dr. Fakhrul Anwar Zainol (Fakulti Perniagaan, Universiti Sultan Zainal Abidin). Sepanjang tiga hari penganjuran, peserta didedahkan dengan pelbagai modul merangkumi pemahaman asas keusahawanan, penggunaan Lean Canvas, pengurusan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), asas pemasaran, kewangan, model perniagaan , pembangunan rancangan perniagaan, serta etika dan peranan seorang mentor.

Hasil daripada penganjuran ini, program berkenaan dijangka dapat melahirkan lebih ramai pensyarah yang berupaya bertindak sebagai mentor dan pembimbing kepada syarikat pelajar di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Langkah ini secara tidak langsung akan memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti ke arah yang lebih mapan, kompetitif dan berdaya saing, sekali gus menyumbang kepada agenda nasional dalam membangunkan modal insan berteraskan keusahawanan.

Selamat Maju Jaya kepada pasukan GiGET Bakery yang mewakili Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ke Grand Final...
10/08/2025

Selamat Maju Jaya kepada pasukan GiGET Bakery yang mewakili Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ke Grand Final Pitch Program The Next Big Thing: Startup Competition 2024/2025 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan pada 11-12 Ogos 2025.

Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok dengan bimbingan mentor Puan Halizan Binti Mohmood daripada Pusat Sains Matematik, bersama pasukan yang terdiri daripada:

▪️Muhammad Shaqeer Aiman Bin Mohd Soharman – Fakulti Sains dan Teknologi Industri
▪️Muhammad Nazrin Irfan Bin Noazman – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses
▪️Anis Amirah Binti Mohd Nor – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses
▪️Nur Aqilah Binti Selamat – Fakulti Pengurusan Industri

Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik pasukan GiGET Bakery sekali gus mengharumkan nama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah di persada nasional.

05/08/2025

Syarikat pemula pelajar UMPSA, Pastry Palace Story berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti keusahawanan melalui penyertaan jualan produk bakeri yang dihasilkan sepenuhnya oleh Inkubator Keusahawanan GiGET Bakery UMPSA.

Penyertaan ini berlangsung sempena Majlis Perasmian Program RakyatPreneur dan Bank Rakyat UniPreneur 2025 bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/entrepreneurship/syarikat-pemula-pelajar-umpsa-pastry-palace-story-timba-ilmu-keusahawanan

Address

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Gambang
26300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif UMPSA:

Share