KOR SISPA UMP

KOR SISPA UMP Laman ini ditubuhkan bagi memperkenalkan Kor SISPA UMP kepada umum serta menghebahkan aktiviti dan berita terbaru mengenai Kor SISPA UMP.

Objektif Penubuhan Kor SISPA UMP

1. Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen terhadap golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan Pertahanan Awam dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela.
2. Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi se

barang kemungkinan bencana serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam Pertahanan Awam.
3. Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab serta berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat menyumbangkan idea dan kepakaran akademik untuk memantapkan lagi pengurusan Pertahanan Awam.

[PENILAIAN KURSUS PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN KOR SISPA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH]Penilaian kursus t...
12/05/2026

[PENILAIAN KURSUS PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN KOR SISPA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH]

Penilaian kursus telah berlangsung pada 8 - 10 Mei 2026 bertempat di UMPSA Gambang yang melibatkan seramai 24 orang Pegawai Kadet Sispa (PKS) Pertengahan, tiga orang jurulatih dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) serta empat orang pegawai urus setia dari APM Daerah Kuantan. Penilaian ini turut merangkumi ujian teori sebagai salah satu komponen dalam proses penilaian keseluruhan kursus.

Alhamdulillah, penilaian kursus ini telah dilaksanakan dengan baik dan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Kadet Sispa (PKS) yang terlibat atas komitmen, disiplin serta usaha yang diberikan sepanjang kursus ini berlangsung.

Tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, tenaga serta dedikasi dalam menjayakan penilaian kursus ini.

Sedia | Pantas | Berintegriti



[SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT KERAJAAN MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ] Seluruh warga Kor Sispa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abd...
10/05/2026

[SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT KERAJAAN MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ]

Seluruh warga Kor Sispa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas keprihatinan dalam memperkasa kebajikan serta pembangunan mahasiswa melalui Kor Sispa. Penghargaan khusus ditujukan kepada YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, atas sokongan dan komitmen berterusan terhadap pemerkasaan Kor Sispa sebagai salah satu medium pembentukan mahasiswa yang berdaya tahan, berdisiplin dan berjiwa sukarelawan.

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada YB Datuk Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya APM, atas usaha dan sokongan dalam memperkukuh peranan Kor Sispa sebagai Benteng Ketiga Keselamatan Negara.

Kelulusan elaun latihan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh anggota Kor Sispa untuk terus komited menjalani latihan, menyumbang khidmat kepada masyarakat dan berbakti demi negara tercinta.

Sedia | Pantas | Berintegriti



[SELAMAT HARI IBU 2026]Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu.Terima kasih kerana menjadi sumber kekuatan, ...
10/05/2026

[SELAMAT HARI IBU 2026]

Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu.
Terima kasih kerana menjadi sumber kekuatan, tempat bergantung, dan doa yang tidak pernah putus.
Setiap pengorbanan yang dilakukan bukan sekadar tanggungjawab, tetapi bukti kasih sayang yang paling tulus.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dan diberkati dalam setiap langkah kehidupan.

Ikhlas daripada kami
Kor SISPA UMPSA

Sedia | Pantas | Berintegriti



Seluruh warga Kor Sispa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi ta...
07/05/2026

Seluruh warga Kor Sispa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan APM Negeri Pahang atas pencapaian luar biasa bergelar JOHAN bagi Kategori Berkumpulan dalam Civil Defence Endurance Challenge (HiPA) 2026.

Kejayaan yang dirangkul sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-74 ini merupakan satu kebanggaan buat kita semua.

Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Sispa untuk terus berbakti dengan penuh dedikasi dan integriti demi nama baik universiti dan pasukan.

Syabas dan tahniah sekali lagi!

Sedia | Pantas | Berintegriti


[MAJLIS TAHUNAN & APRESIASI KOR SISPA UMPSA 2026]Pada 12 April (Ahad), Kor Sispa UMPSA telah berjaya menganjurkan Majlis...
22/04/2026

[MAJLIS TAHUNAN & APRESIASI KOR SISPA UMPSA 2026]

Pada 12 April (Ahad), Kor Sispa UMPSA telah berjaya menganjurkan Majlis Tahunan & Apresiasi yang berlangsung di Dewan Mana Mana Cafe & Event Hall.

Majlis ini diadakan sebagai platform rasmi untuk menghargai segala usaha, pengorbanan serta pencapaian para Pegawai Kadet Sispa sepanjang sesi 2025/2026. Selain itu, majlis ini turut menjadi medium untuk meraikan kejayaan bersama, memperkukuh semangat kebersamaan serta menyemai budaya penghargaan dalam kalangan warga Kor Sispa UMPSA.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Mej. Bersekutu (PA) Mohd Akram Bin Abdul Razak dan turut hadir ketua jurulatih Kor Sispa UMPSA LT. (PA) Athirah Solehah Binti Abdul Roni berserta dua jurulatih Kor Sispa UMPSA.

Lebih istimewa, majlis ini turut diserikan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dalam suasana penuh meriah. Para hadirin tampil anggun dalam busana tradisional, sekali gus menambahkan seri majlis dengan semangat Syawal yang mengeratkan silaturahim.

Sedia | Pantas | Berintegriti


[MAJLIS TAHUNAN & APRESIASI KOR SISPA UMPSA 2026]Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anug...
22/04/2026

[MAJLIS TAHUNAN & APRESIASI KOR SISPA UMPSA 2026]
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian cemerlang sepanjang penglibatan dalam Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA). Kejayaan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan semangat yang tinggi dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan.
Semoga pencapaian ini menjadi pencetus semangat kepada seluruh warga Kor SISPA untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan mengekalkan semangat kebersamaan serta dedikasi yang tinggi.

Sedia | Pantas | Berintegriti


[MAJLIS TAHUNAN & APRESIASI KOR SISPA UMPSA 2026]Pada 12 April (Ahad), Kor Sispa UMPSA telah berjaya menganjurkan Majlis...
22/04/2026

[MAJLIS TAHUNAN & APRESIASI KOR SISPA UMPSA 2026]

Pada 12 April (Ahad), Kor Sispa UMPSA telah berjaya menganjurkan Majlis Tahunan & Apresiasi yang berlangsung di Dewan Mana Mana Cafe & Event Hall.

Majlis ini diadakan sebagai platform rasmi untuk menghargai segala usaha, pengorbanan serta pencapaian para Pegawai Kadet Sispa sepanjang sesi 2025/2026. Selain itu, majlis ini turut menjadi medium untuk meraikan kejayaan bersama, memperkukuh semangat kebersamaan serta menyemai budaya penghargaan dalam kalangan warga Kor Sispa UMPSA.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Mej. Bersekutu (PA) Mohd Akram Bin Abdul Razak dan turut hadir ketua jurulatih Kor Sispa UMPSA LT. (PA) Athirah Solehah Binti Abdul Roni berserta dua jurulatih Kor Sispa UMPSA.

Lebih istimewa, majlis ini turut diserikan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dalam suasana penuh meriah. Para hadirin tampil anggun dalam busana tradisional, sekali gus menambahkan seri majlis dengan semangat Syawal yang mengeratkan silaturahim.

Sedia | Pantas | Berintegriti


Seluruh warga Kor Sispa UMPSA ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Hormat TPj. Kehormat (PA) Profesor Da...
17/04/2026

Seluruh warga Kor Sispa UMPSA ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Hormat TPj. Kehormat (PA) Profesor Dato' Ts. Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli atas pelarasan pangkat beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (PA).

Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat terus menyumbang bakti dan membawa nama organisasi ke tahap yang lebih cemerlang. Selamat menjalankan amanah!

Sedia | Pantas | Berintegriti


[SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN PERTAHANAN AWAM KE-74]Assalamualaikum & Salam Sejahtera.Kor Sispa UMPSA merakamkan s...
24/03/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN PERTAHANAN AWAM KE-74]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kor Sispa UMPSA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-74 pada hari ini, 24 Mac 2026.

Sejarah panjang sejak 1952 telah membuktikan APM sebagai tunjang keselamatan awam dan pengurusan bencana di Malaysia. Terima kasih kepada semua wira berbaju biru atas khidmat bakti, keberanian, dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi demi kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Semoga APM terus cemerlang sebagai agensi yang disegani dan sentiasa dekat di hati rakyat.


[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026M]Assalamualaikum & Salam Sejahtera.Kor Sispa UMPSA ingin mengucapka...
20/03/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026M]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kor Sispa UMPSA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga universiti dan semua yang menyambutnya.

Semoga kehadiran Syawal pada tahun ini membawa keberkatan yang melimpah-ruah, mengeratkan silaturahim, serta menyuntik semangat baharu dalam perjuangan kita semua. Di kesempatan ini, kami menyusun jari memohon maaf atas segala khilaf.

Maaf Zahir & Batin!

Gema takbir tanda kemenangan,
Syawal dirai penuh kesyukuran.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami di Kor Sispa UMPSA.

Sedia | Pantas | Berintegriti


[SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H / 2026]Nuzul Al-Quran adalah memperingati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muham...
06/03/2026

[SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H / 2026]

Nuzul Al-Quran adalah memperingati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa ini menjadi permulaan kepada penurunan Al-Quran secara berperingkat selama 23 tahun sebagai petunjuk dan rahmat bagi seluruh umat manusia.

Al-Quran diturunkan sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan, mengajak manusia kepada kebaikan, ilmu pengetahuan serta membentuk akhlak yang mulia. Ia juga menjadi sumber kekuatan dan pedoman bagi umat Islam dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Semoga peringatan Nuzul Al-Quran ini mendorong kita untuk terus mendekati Al-Quran dengan membaca, memahami serta mengamalkan ajarannya agar kehidupan kita sentiasa dipandu dengan nilai keimanan dan kebaikan.

Sedia | Pantas | Berintegriti


Address

Gambang
26300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOR SISPA UMP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share